5 Perkara Yang Musnahkan Rumahtangga

Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan dan keharmonian hingga ke akhir hayat.Namun tiada siapa menduga masalah boleh melanda.Bak kata lagu P Ramlee..’’sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri..’’

 

Saya ingin sekali untuk berkongsi informasi yang saya kutip dalam buku Kursus Pra PerKahwinan.Buku ini adalah cenderahati sewaktu saya mengikuti kursus  pra perkahwinan anjuran Jabatan Agama Islam pada tahun 2001 dahulu.Alhamdullilah saya menamatkan zaman bujang setahun kemudian.

 

images

                                       

Ada 5 perkara yang boleh memusnahkan rumahtangga kita.Perkara ini kita rujuk sebagai masalah.Berikut adalah masalah yang diadukan kepada Unit Khidmat Nasihat & Kaunseling  Jabatan Islam Sarawak :

 

 

 

 

1)Masalah kewangan

 

Ini adalah masalah paling popular sekali yang melanda ramai pasangan suami isteri.Memang tidak dinafikan wang adalah keperluan utama untuk kelangsungan hidup.Tanggungjawab yang berat pasti terpikul ke atas bahu suami.Apabila si suami sudah tidak mampu memberi nafkah zahir maka keretakan rumahtangga berlaku.Tambahan pula ada isteri yang tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya kepada suami.

 

2)Masalah peribadi

 

Ada suami yang mempunyai akhlak yang buruk.Mereka memperlakukan isteri sesuka hati.Lama kelamaan hubungan menjadi tawar dan boleh berakhir dengan penceraian.Bagi pihak isteri pula ada yang kurang menghormati suami.Pada mereka suami cuma manusia biasa.Jika ada sesuatu yang kurang berkenan isteri akan melayan suami acuh tak acuh sahaja.Tiada harmoni ini menyebabkan hubungan suami isteri kurang menenangkan.

 

3)Masalah seks

 

Masyarakat masih taboo dengan masalah ini.Sikap berdiam diri dan malu tidak bertempat boleh memakan diri.Isteri yang tidak mencapai kepuasan seks boleh curang kepada suami.Begitu juga dengan isteri yang dingin atas ranjang mendorong suami  ada hubungan sulit di luar.Masalah ini menjadi seperti api dalam sekam kepada rumahtangga.Jika tidak diselesaikan segera perceraian akan berlaku.Sudah tentu anak-anak menjadi mangsa kerana masalah seks ibubapa.

 

4)Masalah sosial

 

Suami yang terlalu sosial juga tidak baik.Mereka gemar berfoya-foya dan berlagak seperti orang bujang menyebabkan isteri makan hati.Anasir negatif dari aktiviti sosial memang mengancam institusi.Tidak kurang juga kepada isteri yang sibuk dengan persatuan.Anak dan suami di rumah akan terabai.Nasib baik kalau pembantu rumah.Ada juga yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan melaungkan masa untuk bersosial dengan rakan niaga.Hubungan begini menjadi titik tolak kecelaruan rumah tangga.

 

5)Masalah komunikasi

 

Masalah ini tampak remeh sahaja.Namun keremehannya memberi impak negatif dalam komunikasi suami isteri.Sang suami yang suka mendiamkan diri boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kepada isteri.Sang isteri pula yang bercakap tidak bertapis boleh menyebabkan suami kecil hati.Akibatnya perbualan harian hambar dan mengundang pasangan untuk mencari teman di luar untuk berbicara.Sekarang ini lebih mencabar dengan kewujudan media sosial.Si suami sibuk dengan blog manakala si isteri lalai dengan Facebook.

 

Sembang berakhir…

 

Masalah ini jika dikesan awal boleh diatasi dengan mudah.Kalau sudah menjadi barah tunggu sahaja saat kematian.Namun jangan berputus asa kerana kalau ada penyakit tentu ada ubatnya.Begitu juga kalau ada masalah sudah tentu ada jalan penyelesaian.Insya Allah

-

 

Copy and paste from old blog

14 ulasan

Seringkali 5 masalah ni la yang sering mengganggu gugat kebahagiaan perkahwinan kan?

Kadang2 perkara remeh pun boleh bergaduh.. Gaduh pun besar punya style.. sebab tu alasan kat atas tu kuar.. moga kita dijauhkan dari perkara tersebut.. huhu..

Zaman millennium skrg nie dugaan dalam alam perkahwinan nie tak terduga...org2 dulu tak berapa maju kawin sampai 4 sekalipun bleh kekal sampai akhir hayat...semoga kita sendiri dilindungi oleh-NYA...ameen

banyakkan bersabar dan bertolak ansur, banyak cabaran berumahtangga

betul tu..tidak dapat dinafikan lagi

he..he..tidak dapat dinafikan lagi..

ya..itulah kita harapkan selepas ini..

kadang-kadang cabaran juga ada limitnya

Saling memahami, melengkapi dan tolak ansur...in shaa Allah

Bahagia itu di tangan kita yang memilih. Jadi pilihlah bahagia ^-^

ya..saya memang memilih bahagia

Suami isteri kena hadkan masa berfacebook dan ber whatsapp ... sebab gajet canggih dan aplikasi sosial ni juga boleh jadi punca kedinginan dalam komunikasi rumah tangga. Mungkin kena ada jadual tu ..

betul dan saya setuju..media sosial penyebab kedinginan rumahtangga


EmoticonEmoticon