10 Etika Ketika Guna Facebook

 

10 Etika Ketika  Guna Facebook…HB merupakan pengguna media sosial Facebook yang aktif.Dulu-dulu iaitu sekitar tahun 2009 pernah layan Facebook hampir 24 jam.Memang kerja gila.Sekarang tak seaktif seperti dulu.Bersandarkan pengalaman saya menggunakkan Facebook selama 6 tahun maka layak juga HB nak berkongsikan etika ketika guna media sosial ini.

 

aplikasi facebook lite

 

Antara etika yang perlu diikuti adalah seperti berikut sebelum menulis pada ruangan status:

 

1.Post privasi

 

Kita mesti sedar bahawa apa-apa yang kita postkan itu boleh dibaca ramai orang.Budak kecik maupun bapa budak.Golongan datuk dan nenek pun ada terlibat sama.Jangan postkan sesuatu yang terlalu privasi.Misalnya aktiviti suami isteri malam jumaat.Malulah sikit dengan anak-anak remaja.

 

2.Maklumat peribadi

 

Kalau boleh jangan kongsikan nama penuh ibu kita dikampung.Jumlah harta yang kita ada sama ada banyak atau sedikit.Jika info ini diketahui oleh para penjahat maka mereka akan bersukaria sebelum merompak atau memburu kita.Awas tu.

 

3.Kongsi kata laluan

 

Isu ini sangat kritikal jika jatuh pada pihak yang tidak bertanggungjawab.Mereka akan guna akaun Facebook kita untuk buat fitnah atau provakasi pihak tertentu.Jangan biarkan kita masuk penjara kerana tindakan mereka yang zalim tersebit.

 

4.Infomasi Bank.

 

Jangan dedahkan sama sekali jumlah wang yang kita bank in dalam akaun bank secara terbuka.Tindakan ini mengiurkan para pengodam komputer untuk cuba ceroboh akaun bank kita.Sekarang ramai pengintip rahsia menggunakan akaun palsu Facebook.

 

5.Alamat lengkap

 

HB selalu perhatikan ada juga pengguna Facebook yang berani dedahkan alamat lengkap.Kalau boleh jangan kerana ia mengundang keinginan pihak berniat jahat datang ke rumah.Jika facebook untuk main-main bagus kalau alamat pun main-main.

 

6.Perasaan semasa

 

Nampak macam tiada apa-apa yang pelik.Namun sedar atau tidak apabila kita selalu postkan perasaan sunyi maka ada pihak yang berniat tak baik akan menawarakan diri untuk mengubat kesunyian tersebut.Kalau dengan HB tak pelah kerana HB orang baik punya.Ikhlas dalam persahabatan ( ceh ayat power bikin cair iman seseorang)

 

7.Nama syarikat

 

Ia ada kaitan dengan jenama.JIka tak puas hati dengan majikan atau syarikat tempat kita bekerja jangan kutuk secara terbuka dalam Facebook.Kesannya boleh menjejakan jenama syarikat tersebut.Ia boleh mengundanng persepsi negatif dan kerugiaan perniagaan.\

 

8.Pautan media sosial

 

Sedar atau tidak hampir semua media sosial saling berkait antara satu sama lain.Sebut apa sahaja media sosial baik Youtube,Tweeter,Whatsapp atau Instagram ada kaitan dengan Facebook.Jika post and share perkara yang negatif pada pautan media sosial yang lain turut memberi tempias dalm Facebook.

 

9.Jemputan majlis

 

Perkara ini akan diguna pakai pada musim perayaan.Misalnya pada waktu hari raya.Kita nak buat rumah terbuka kecil-kecilan tetapi kita dah postkan status pada Facebook menyebabkan ramai yang datang tanpa kawalan.Rumah terbuka sesak dan makanan tidak mencukupi.

 

10.Isu sensitif

 

Ada golongan yang suka cari pasal.Mereka sengnaja mengabaikan etika untuk tidak bermain dengan isu sensitif.Misalnya isu agama dan perkauman.Ada yang sanggup mati demi agama walaupun setakat jarang-jarang kedengaran.

 

 

[admin]

 

HB berharap jadikan pengguna Facebook yang beretika.Jangan kerana vanila setitik susu sekontena jadi aiskrim berperisa vanila.(maaf peribahasa baru).

 

Hormati perasaan orang lain dan orang lain juga akan menghormati perasaan kalian.

 

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

 

p/s :Info ini telah diubahsuai dari majalah At-Takwa keluaran Jun-Julai 2013 dan jangan lupa Facebook juga LUBUK BUAT DUIT

24 ulasan

Sejak dah makin tua ni, dah tak berapa minat nak layan facebook....huhu

Kena fikir 2,3,4,5 kali sebelum post di facebook .

Lagi baik kalo yang dah otai dengan FB tue, cari perkataan - delete my account jek laa.... :)

Takkan takbleh hidup tanpa FB kan... :D

nak jemput orang tu tak payah lah pakai fb , pm ke sms ke tu yang terbaik . lagi sopan telefon terus

Fb, satu dunia boleh terjah itulah bahayanya kan...

Saya pon sekarang ni jarang betol buka fb...tak tau la kenapa...salahkan hormon...kikiki

hanya guna fb utk tujuan bisnes online shj..

saya pun nak mengurangkan minat pada FB...

belum lagi ke tahap tu..

sms atau phone whatsapp lebih popular untuk tujuan itu bro..

tidak dinafikan ada bahaya..

lagi jarang lagi bagus tu..

itu tujuan yang murni..

Kalau mana yg negatif tu saya unfollow je

Nak pos gambar kat FB kena berpada-pada. Yang seksi sangat tu, simpan sendiri je la :D

bagus kalau buat cara begitu..

betul tu tuan..bagus buat koleksi sendiri

Etuza tak berapa minat Fb..apapun ada jg FB..lebih kepada sembang 24 jm fb..kadang2 ja..dengan FB adik2 ja..

Hero dah jadi team bloglist 1 ..orng hero mesti jadi hero hahaha..tahnia ya..

Facebook ini ada baik dan buruknya. Saranan Mr hanafi/Hero Bornea ada kebenarannya.

baguslah tuan...sekarang saya juga kurangkan masa lepak di FB..lagipun pembaca dari FB banyak masuk blog..

hero itu untuk doa agar boleh memberi manfaat kepada orang lain..

terima kasih tuan..kita ambik saja yang baiknya


EmoticonEmoticon