Tip Untuk Elak Bazir Pendapatan

Tip Untuk Elak Bazir Pendapatan…Entri ini HB kongsikan khas untuk pembaca yang mementingkan perbelanjaan secara berhemah.Jika pembaca tergolong dalam kategori berpendapatan tinggi mungkin tip ini kurang sesuai.Biasalah kuasa membeli tinggi maka tak lah perlu pening kepala untuk cari harga barang yang murah.Lebih baik barang yang berharga mahal kerana wang mereka tak habis dibelanja tujuh keturunan.

Antara tip yang sempat HB kutip dalam majalah lama Keluarga Harmoni keluaran 2011 adalah seperti berikut.

elak pembaziran

1.Pilih keperluan berbanding kehendak

Sebelum membeli sesuatu barangan tanya kepada diri sendiri adakah pembelian tersebut bersifat keperluan atau kehendak.Barang keperluan ialah ialah barang yang mesti dibeli supaya kehidupan kita lebih selesa.Misalnya pakaian.Jika tiada pakaian yang menyaluti badan maka kita seperti orang yang kurang waras.Pakaian mahal tidak perlu bagi mereka yang hidup dalam kemiskinan.Cukup sekadar pakaian yang harga berpatutan.Janji selesa.

2.Buat perbandingan harga yang termurah

Pilih barangan yang ditawarkan dengan harga rendah.Buat apa beli barangan yang lebih mahal kalau ada tawaran yang lebih murah.Misalnya baru-baru ini HB terbeli nasi lemak bungkus yang basic berharga RM1.80.Dalam masa yang sama ada gerai lain yang menjual RM1.50 sebungkus.Ternyata HB menyokong kenaikan barangan tersebut.Memang menaikkan harga boleh menambah keuntungan namun pengguna merasai kerugian kerana berbelanja lebih.

3.Buat keputusan selepas bangun tidur

Sekiranya kalian memghadapi dilema untuk beli atau tidak sesuatu barangan adalah amat molek untuk menangguh sehari dua keinginan tersebut.Bawa tidur seketika supaya pemikiran lebih rasional.Sebab dengan tidur otak kita cukup rehat untuk berfikir semula.Jadi dapatlah otak kita menimbang semula adakah pembelian tersebut benar-benar diperlukan.

4.Bertanya untuk promosi yang berikutnya

Andai kata kalian belum cukup bajet jangan dipaksa untuk membeli juga barangan tersebut.Cuba tanya dengan promoter bila promosi yang seterusnya.Pastikan pada ketika itu kalian sudah cukup bajet dan ia tidak mengganggu perbelanjaan lain pula.Cara ini amat berkesan untuk memastikan keputusan paling tepat.Ya,paling tepat sama ada perlu atau tidak memiliki produk tersebut.

5.Barangan yang amat disukai dan diperlukan

Ada barang yang kita sukai namun kurang diperlukan.Lama-kelamaan barang itu kurang disukai.Ia kemudiannya membimbitkan perasaan menyesal yang amat mendalam.Lainlah ia kita sukai dan ia memang diperlukan.Mahu tidak mahu perasaan menyesal akan dibenamkan begitu sahaja.Oleh itu pembaca sekalian hendaklah berhati-hati.Bak kata orang tua-tua.Menyesal dahulu berpendapatan dan menyesaln kemudian tiada gunanya lagi.

[admin]

HB berharap kalian semua mendapat manfaat dari tips untuk elak bazir pendapatan ini.Ekonomi dunia semasa tidak menentu.Boleh jadi semakin baik dan ada kemungkinan semakin buruk’

Langkah bijak berbelanja secara berhemah.Dalam masa yang sama cari sumber pendapatan alternatif seperti dalam link >>>>KLIK SINI 

Projek Duit RM50

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

28 ulasan

Saya akan praktikkan untuk buat keputusan sebelum tidur.
Tapi biasalah, kalau orang perempuan memang tak dapat nak dipisahkan dengan 'shopping'. Cuma harus bijak mengawal kehendak dan juga aliran tunai.

Langkah 1 dan 2 tu memang dah lama saya buat....selalu tanye diri dulu sama ada penting ke tidak barang yg saya ingin beli ni...alhamdulillah kadang tu selamat gak dari terjebak...hehehe

bagus tips camni, boleh membantu jangan membazir, kita kena sedar diri sekarang bukan cam dulu

Salam HB... TQ for the tips.. memang kena lebih berjimat cermat skrg ni... semua dah naik harga & taraf hidup pun meningkat...

Pada zaman segalanya mahal ini, pembaziran adalah sesuatu yg amat perlu dielakkan. Tip yg amat bagus dr HB!

zaman skrg nak membeli kena fikir dulu samaada keperluan atau kehendak..lagi-lagi yang suka online shopping cam saya. Dalam gambar semua nampak cantik je..btw, nice tips

"Buat keputusan selepas bangun tidur."

Menarik tips yang ni :D

sebelum tidur...pun ok kerana pada ketika itu otak sudah rilek-rilek.

tak ramai yang praktis tips ini tau..mereka belasah sahaja apa yang patut..

pembaziran memang dapat dielakkan ..

itulah harapan saya kepada pembaca semua..

terima kasih tuan BM..

ujian beratkan kepada nafsu membeli..

ia sebenarnya untuk memudahkan proses berfikir..

hebat tips ni. harap ramai yang amalkan.

Terima kasih atas tips yang dikongsikan ^-^

Panduan yang sangat baik namun kena ada disiplin yang tinggi untuk mengamalkannya.

harap-harap begitulah..

tidak dinafikan disiplin adalah pokok untuk berjaya..

Dalam keadaan ekonomi sekarang, kita pun kena buat bajet keluarga juga. Kalau negara sibuk dengan bajet 2016.

bajet keluarga amat penting agar kita boleh urus kewangan dengan baik..

nice tips ... no 1 tu sangat tepat, beli ikut keperluan :)

Memang kena lebihkan keperluan dari kehendak sekarang ni kan

itulah yang saya cuba praktikkan sekarang ini..beli ikut keperluan

betul sangat..jadikan keperluan melebihi kemahuan

Masa dok gawat macam sekarang, memang penting untuk berjimat cermat.

betul tu tuan...jimat amalan berkat


EmoticonEmoticon