Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga Jarak Jauh

Rahsia Kebahagiaan Rumahtangga Jarak Jauh…Sedang HB membelek majalah Keluarga Harmoni terjumpa satu artikel hebat hasil penulisan Ustazah Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood.Cukup menarik dan kerana itu HB teruja pulak nak berkongsikan dengan pembaca melalui blog ini.

Bukan fenomena baru kalau ada suami dan isteri tinggal berjauhan.Mereka terpaksa demi tuntutan kerja.Sungguhpun begitu kebahagiaan rumahtangga mesti diutamakan.Bukan alasan berjauhan maka tiada merasai nikmat bahagia berumahtangga.

Antara rahsia kebahagiaan rumahtangga jarak jauh yang sempat HB ulas dan kupas adalah seperti berikut.Perlu kalian fahami bahawa apa yang sempat HB kongsikan ini bersandar cara penulisan blog dan bukannya penulisan artikel majalah.Harap maklum la ye.

kebahagiaan rumahtangga

1.Memberi sokongan

Apabila berjauhan sudah pasti  si isteri atau si suami yang akan bersedih dan rasa pilu dalam hati.Situasi ini memerlukan sokongan moral dari pasangan masing-masing.Beri kata semangat dan motivasi demi masa depan keluarga.

2.Saling mempercayai

Jauhkan prasangka negatif yang boleh menimbulkan perasaan cemburu buta.Bagi kepercayaan kepada pasangan kalian.Jika mereka jujur maka kita gandakan lagi kejujuran tersebut.Memang dugaan sangat hebat baik kepada isteri atau suami tatkala berjauh.Tambahan pula sekarang ini media sosial banyak membuka pintu kemaksiatan.Kawal diri dan ingat tanggungjawab masing masing

3.Sibukkan diri

Tidak dapat dinafikan dengan berada jauh dari pasangan boleh menimbulkan perasaan sepi.Oleh itu sibukkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan atau aktiviti keagamaan.Bagi mereka yang boleh menulis apa kata menulis blog seperti Buku Online

4.Sentiasa berhubung

Dunia komunikasi hari ini jauh lebih baik berbanding dahulu.Gunakan kemudahan Whatsapp atau Facebook untuk saling berhubung.Cari masa yang sesuai agar pasangan kalian tidak terganggu dan selesa ketika berhubung menggunakan telefon.

5.Libatkan anak-anak

Anak-anak adalah pengikat kasih sayang.Dengan kehadiran anak-anak maka keluarga bertambah bahagia.Ketika membuat panggilan telefon misalnya libatkan sekali anak-anak untuk mendengar suara ayah atau ibu mereka.

6.Lawatan mengejut

Baik suami atau isteri maka buatlah lawatan mengejut ke rumah kediaman masing-masing.Sediakan kunci pendua supaya tidak perlu membuat temujanji untuk lawatan.Cara begini macam susah diterima namun sangat berkesan untuk menimbulkan rasa saspen dalam hubungan suami isteri.Jeng..jeng..jeng.

7.Hadiahkan doa

Suami yang pemurah tidak semestinya menghadiahkan sebentuk cincin emas setiap bulan kepada isteri.Paling afdal hadiahkan doa agar si isteri sentiasa ada hidayah dan petunjuk dalam kehidupan ini.Si isteri doakan suami agar dilimpahi rezeki mencurah-curah agar bertambah cawangan bahagia.

[admin]

Ingatlah kebahagiaan rumahtangga bukan terletak pada jauh atau dekatnya jarak pasangan masing-masin.Ia bermula dalam jiwa dan hati yang saling percaya bahawa rumahtangga adalah tanggungjawab serta amanah.

Tidak bertangggungjawab dan tidak beramanah boleh menghancurkan kebahagiaan.Oleh itu jauhkan sejauh yang boleh.

Sekian.Salam ceria dan moga berbahagia selalu.

 

p/s: Jom baca juga Cara Isteri Sayang Suami atau Bestnya Rezeki Suami Untuk Poligami

32 ulasan

selalunya hidup berumah tangga nie lebih senang kalau duduk dekat

tapi kalau hidup jauh boleh cuba tips nie

Masing2 perlu jujur dan saling percaya..kalau pasangan jenis kuat cemburu susah sikit nak duduk asing2 ni.

Kena jujur dan percaya serta memahami :)




Jom follow blog saya http://zindanazie.blogspot.my/

Tak nak jauh-jauh... Nak dekat2 dan rapat2 jer...hehe
Namun, yakinlah ketentuan Allah itu adalah yg terbaik buat hambanya

p/s: Terima kasih di atas sokongan dan semoga ukhuwah berpanjangan. Blog ini telah tersenarai di My Bloglist. :)

sebenarnya dalam hidup berumah tangga
kesetian dapat di bina apabila kita faham satu sama lain
bataskan pergaulan untuk kerja sahaja

Betul tu HB, jarak jauh memang banyak pancaroba...

Lawatan mengejut tu memang akan bagi saspens la kalau ada 'sesuatu' yang disembunyikan pasangan

sejak kawen tak pernah berjauhan. dulu sebelum ada anak ada jugak sekali dua balik kg sorang sejak ada anak ni memang tak pernah langsung kemana2 tanpa suami even ke pasar malam pun. kalau keluar je mesti bertiga. Bagi yang PJJ ni saya kagum nak2 lagi yang boleh handle anak ramai sorang2.

Nasib baik saya sejak kawen belom penah lagi duduk berjauhan dengan somi....memang kene jadi tabah bila duduk jauh2 camni....perkongsian yg baik hanafi :)

nice sharing ... rumahtangga jarak jauh lebih mencabar kan

Hidup berjauhan suami isteri kerana terpaksa tu..

Jujur dan saling percaya itu penting..

Tuan memang jenis yg romantik kalau macam tu..

Setia itu paling utama .

Kalau dah terpaksa apa boleh buat..

Lebih baik jangan sembunyikan sesuatu dari pasangan..

Hanya mereka yang mampu sahaja dapat diuji dengan situasi tersebut..

Beli kain tudung labuh,
Jangan pula kain jarang;
Lepas kawih duduk jauh,
Hati-hati godaan datang.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Berat cabarannya

dah terpaksa apa boleh buat kan..

bagi yang memahami tak pelah kan..


Pagi pagi minum susu,
Susu dicampur hirisan halia,
Usah tergoda bisikan nafsu;
Hati setia cinta mulia.

khas untuk mereka yang kuat sahaja tau!

Perkahwinan jarak jauh atau dekat ada cabaran masing-masing. PJJ menuntut saling mempercayai dan juga menghargai masa bersama yang terhad.

Kalau berjauhan sekejap oklah. Tapi, kalau lama berjauhan memang susah sikit. Rindu...hehe...

kadang-kadang ada juga bagusnya PJJ ini.

rindu pada orang yang sepatutnya tak pe..

Saya pernah PJJ dengan hubby setahun di awal perkahwinan… SAya di Malaysia, si dia di obersi... Bil telefon melambung sangat! :P

sangat mencabar bunyi nya. tapi dengan tips yang di kongsikan, dan bantu dengan teknologi, jarak jauh itu hanya di pisahkan dengan kilometer

dulu tak ada FB atau wasap ..tu sebab kan

dunia hari ini didekatkan oleh teknologi telekomunikasi..namun dalam soal perkahwinan ada sesuatu yang lebih berharga dari itu iaitu 'bersama' suami dan isteri


EmoticonEmoticon