Menyesal Sehari VS Menyesal Selamanya

Menyesal Sehari VS Menyesal Selamanya…Semasa solat jumaat HB telah tertarik dengan bingkisan kata dari seorang khatib yang membaca khutbah.Ayat yang digunakan begitu menarik dan menyampaikan mesej yang mendalam.Mari kita hayati bersama-sama.Semoga ia berbekas ke dalam hati kalian semua.Bagi HB memang ya dan sebab itu sudi untuk berkongsikan di blog ini.

menyesal

Jika salah masak nasi akan menyesal sehari,

Jika salah gunting rambut akan menyesal seminggu,

Jika salah beli pakaian akan menyesal sebulan,

Jika salah jawap dalam peperiksaan akan menyesal setahun,

Jika salah pilih pasangan hidup akan menyesal seumur hidup

Jika salah guna iman  akan menyesal buat selamanya

[admin]

Ternyata apa yang dinyatakan itu ada benarnya.Misalnya meyesal sehari lebih baik dari menyesal selamanya.Kesilapan memilih apabila diketemukan pilihan memang lumrah namun percayalah peluang memperbetulkannya tetap ada.Percayalah bahawa menyesal kemudian tidak ada gunanya.

Ayuh fikir dan gunakan  akal fikiran untuk muhasabah diri setiap hari agar perjalanan kehidupan abadi itu tidak akan disesali buat selamanya.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

buku online

34 ulasan

Memang MV pun kekadang menyesal juga..kenapa la makan nasi banyak, padahal masa makan tadi tak ingat sebab sedap dan sangat lapar....

Manusia tidak lari dari kesilapan tetapi yang penting adakah kita belajar dari kesilapan yang dilakukan?

Teringat pada lirik lagu Raihan.."Iman tak dapat di warisi, Iman tak dapat dijual beli"..

memang mendalam ucapannya.. biarlah menyesal sehari dari menyesal selamanya

tulah yang dinamakan nafsu..kalah akal fikiran dibuatnya

itu yang terbaiknya..learn from mistake

yalahkan harap kita mendapat sesuatu yang berharga dari ucapan tersebut..

Memang sentap ke hati..

Kene hati2 ni kalau takmo menyesal selama lamanya....ringkas tapi sangat dalam maksudnya

Selagi ada nafas, kita masih ada peluang tapi jangan tersilap langkah kan...

tulah pasal. bab aqidah bukan boleh ubah ubah atau buat main.
isu feqah takpa lagi boleh berubah rubah ikut zaman...
hehehhehe.

Mendalam maknanya, sentap di buatnyer..

Kalao buat pape yg besar kene isthiharoh. Kalo x menyesal memanjang..huhuhuhu

Itulah yg harus kita fikirkan selalu..tak nak fikir untuk menyesal buat selama lamanya..

Insya Allah itu yang terbaik..

Istikarah merupakan pendekatan terbaik..

salah pilih pasangan menyesal seumur hidup? ... zaman sekarang ni, senang-senang jer masing-masing cari pasangan baru kot :P

Semoga kita dapat memahami dengan akal yang cerdik..

Menyesal tapi tidak bertindak memperbetulkannya bukanlah menyesal namanya ...

Hidup mesti banyak pilihan tetapi implikasi tu yang sukar nak diterima

paling selalu saya menyesal adalah menyesal makan banyak, cemana nak kurus ni

itu menyesal bermusim..

macam mana nak kurus..he.he..makanlah suplimen Shaklee.

Menyesal dan kemudiannya insaf.. Semoga terus istiqamah dengan keinsafan..

insaf terus dan tak nak buat lagi adalah yang tebaik

Bersamalah kita berdoa agar kita semua tidak menyesali perkara yg terbesar sekali iaitu keimanan. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini HB. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan HB... aamiin.

aamiin dan sama-sama kita berusaha serta berdoa bro..

sebab itu saya abadikan dalam blog ini..biar dibaca oleh semua orang


EmoticonEmoticon