13 Oktober 2015

Cerita Disebalik Gambar Siri 9

Hari Sukan Negara

Baru-baru ini berlangsungnya Hari Sukan Negara.HB berkesempatan pergi ke sekolah tempat anak perempuan HB belajar.Mereka turut mengadakan hari sukan bersempena pelancaran Hari Sukan Negara yang diadakan pada 10.10.2015.Boleh dikatakan amat meriah walaupun sekadar acara tarik tali.

HB turut berpeluang merakamkan detik-detik cemas anak HB tengah menarik tali bersama ahli pasukan biru.Agak-agak boleh cam tak yang mana satu gambar anak HB.Dia menggunakan tudung putih yang dimasukkan ke dalam bajunya.

Dalam perlawanan tarik tali tersebut pasukan anak HB telah berjaya sebagai naib johan.Kalah pada peringkat akhir kerana acara tersebut dijalankan pada waktu tengahari.Faham-faham sahajalah mereka sudah keletihan dan kelaparan.

[admin]

Sewaktu zaman sekolah dulu,HB selalu juga menyertai acara tarik tali.Acara menarik tali bukan sekadar menggunakan kekuatan fizikal semata-mata.Semangat berpasukan dan teknik pemilihan ahli juga penting.Bahagian depan dan belakang seboleh-bolehnya orang kuat dan berbadan besar.

Ahli-ahli tengah pula hendak sentiasa fokus untuk sentiasa menarik dan menyentap tali sekuat yang boleh.Tapi sebelum itu hendak minum kopi penguat tenaga batin seperti Codi Cafe.Boleh baca dalam blog mrhanafi.com.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi hendaknya.

24 ulasan

lama dah tak main tarik tali

Teknik tarik tu penting...tapi kalau peringkat sekolah ni selalunya team yang ada ramai budak berbadan comel tulah yang selalunya menang :)

Semput MV kalau hari sukan ni..dah lama tak bersukan agaknya

Tak pernah main tarik tali kalo masok pun mesti kalah. haha

Betul HB, tarik tali kena ada teknik...

Unit kami selalu juga ikut tarik tali ni..adakala menang..ada juga kalah..hehe.. kena ada teknik kan...

Salam satu pasukan yang kuat, harus ada sikap kerjasama, saling memahami dan saling membantu antara satu sama lain. Cikgu kata, bersatu kita teguh....gitew

itu permainan budak-budak

seronok kalau tengok kaum ibu tarik tali..

belum cuba belum tahu bro

kalau budak budak mana reti sangat teknik tu..

teknik terbaik ialah letakkan semua abang sado

he..he..bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh

satu lagi teknik yang untapped adalah tuan hanafi sendiri kena tarik tali 2

baru jadi johan anak tuan

ehehe

Teringat kembali zaman sekolah dahulu.. Tapi pada masa tu tiada rakam gambar seperti sekarang..

itu tak adil la bro..nanti mereka juga buat macam tu juga ha..ha..ha..

dulu tak de hp ..tapi boleh rakam guna kamera yang ada kodak tu..

Wahhh... tarik jngn tak tarik... yeah!!... :) :)

Last main tarik tali 3 tahun lepas kalau tak silap saya dan kumpulan saya menang tempat pertama....happy dapat hadiah lepas tu....hehehe

Tak dapat join masa hari sukan negara, badan tak sihat..:(

he..he..tarik tali menang best tuan..

wah..puan Malinda antara orang yang kuat tu

Aduh..kasihan sungguh!


EmoticonEmoticon