Cerita Disebalik Gambar Siri 10

terbaik ..

Cerita Disebalik Gambar Siri 10…HB tak pasti bila HB ambik gambar tersebut di Google image.Apa yang pasti gambar ini memberi satu tafsiran jelas kepada kita bahawa bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama buat bisnes.

Dalam istilah hari ini buat dua kerja dalam satu masa.Satu pekerjaan memberi gaji tetap dan satu lagi bisnes yang ada turun atau naik pendapatannya.Kaedah ini ‘play safe’ dan risiko tahap zero.Ia sangat sesuai kepada mereka yang masih mempunyai komitmen hutang piutang setiap bulan.Agak-agak berapa kerat sahaja rakyat negara ini langsung tiada hutang dalam hidup mereka.

Jika diberi pilihan kepada HB sudah tentu memilih  bisnes sebagai sumber pendapatan utama.Bisnes sepenuh masa lebih mencabar dan ada ‘thrill’ tersendiri.Perlu juga ingat hati orang bisne mesti cekal tahap luarbiasa berbanding orang kebanyakkan.

Namun begitu tidak semua kita berpeluang untuk memilih bisnes sepenuh masa.Ini kerana sekarang ini mungkin sangat selesa dengan pendapatan yang ada.Pilihan untuk bisnes tetap ada untuk mereka jika tahu caranya.Tak usah gusar untuk meninggalkan pekerjaan utama demi bisnes.

Misalnya bisnes secara online.Tak perlu keluar dari rumah.Tak perlu keluar modal duit yang besar dan tak perlu ilmu yang khusus.Ada ilmu sedikit lebih bagus jika diamalkan daripada banyak ilmu tetapi cuma diketahui tanpa ada kekuatan untuk mengamalkannya.

Apa yang perlu ialah keinginan dan kesungguhan untuk berjaya.Syarat utama ada pengetahuan asas  pemasaran online dan sanggup menahan perasaan dari berputus asa.Kejayaan akan lebih nikmat setelah melalui kesusahan,keperitan dan kesengsaraan yang orang biasa tak sanggup menghadapinya.

[admin]

HB dengan rasa sukacitanya ingin berkongsikan satu pilihan untuk buat bisnes yang mudah tanpa perlu tinggalkan pekerjaan utama kalian.

Ia boleh dilakukan secara santai selama 2 jam setiap hari sambil layan media sosial.Berjaya atau tidak hanya boleh diketahui selepas mencuba.Dah cuba baru tahu.

Serius.Mencuba ada peluang untuk berjaya.Tidak mencuba memang pasti tak akan berjaya punya.

Oleh itu jom mencuba  Program Terpantas Jana Income Online

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

19 ulasan

Kalau kerja makan gaji memang tak akan kaya. So, jalan yang terbaik ialah bisnes sendiri...hehe...

Bisnes...memang satu peluang kekayaan jika dilakukan dengan betul dan bersungguh. Semoga berjaya

insha Allah kalau tak ada arah melintang, tahun depan akan bekerja sendiri

Kerja sambil bisnis memang praktikal untuk diamalkan...

org kata nak senang kena ada bisnes... hehe.. sumber pendapatan terbaik...kena gandakan usaha utk berjaya dlm apa jua bidang....

9 dari 10 punca rezeki adalah dari perniagaan. Maka... kalau xdapat sepenuh masa, cuba2lah bisness sebaruh masa atau secara sambilan. InsyaAllah... ada rezeki buat mereka yg ikhlas berusaha... :)

Yang paling penting kenalah ada ilmu yang lengkap terutama bisnes online ni.

betul tu..nak kaya mesti bisnes..

terima kasih memberi sokongan yang padu..terharu saya dibuatnya

wow..terbalik la kalau macam tu..semoga berjaya nanti aamiin

jalan yang selamat untuk mereka yang banyak hutang

gandakan usaha..nampak macam menarik..

itu yang penting..mencuba secara separuh masa dulu dalam bidang bisnes ini..

tidak dinafikan ilmu sangat penting dalam apa jua perkara sekali pun

So far , tak ada kekuatan dan kemampuan lagi untuk buat full time . Tapi berharap satu hari nanti dapat juga buat bisnes online sepenuh masa dan jadikannya sebagai income tetap.

Sekarang sedang belajar cara emelmarketing di youtube guna emelmatik berkaitan tracking tag, campaign, broadcast dll.

Sedang sedut ilmu di youtube ttg emel marketing. ho...ho.. susah juga x ada cikgu ni.

hati cekal dan keadaan terpaksa membolehkan seseorang menjadi usahawan sepenuh masa..

perkembangan yang bagus tu bro..


EmoticonEmoticon