Blog Review Iryantyahamad.blogspot.my

Blog Review iryantyahamad.blogspot.my …Kesibukan mengurus kehidupan menyebabkan HB kesuntukan masa tahap gaban.Masa untuk online,offline dan keluarga memang menuntut banyak masa.Namun ada kesempatan waktu yang sedikit ini HB cuba meluangkan masa buat blog review ke atas blog Yan.Rasanya HB lebih tua dan lebih mesra HB memanggil beliau sebagai Yan sahaja.Ok ke..

blog kak yan

Secara umumnya blog ini sangat sederhana.Namun pengisian sangat bermakna.Banyak ingatan dan info yang bersifat keimanan dikongsikan melalui blog iryantyahmad.blogspot.my.Tak caya jomla terjah blog tersebut.

Tidak disangkal juga bahawa blog Yan mempunyai jumlah komen yang banyak.Mereka suka datang ke blog iryantyahmad.blogspot.my kerana entri yang ditulisnya pendek-pendek.Nak baca pun mudah dan senang.Ho..Ho..

Namun begitu HB terpanggil untuk membuat blog review secara jujur demi kebaikan bersama.Tak bermakna segala komen dan teguran HB adalah betul.Mungkin pandangan HB boleh juga silap.Perlu HB tekankan bahawa membuat penilaian ke atas blog orang lain bukan perkara yang mudah.

Baiklah Yan,dah bersedia ke untuk menerima sudut kelemahan blog yang bakal HB persembahkan dalam segmen blog review.

1.Template

Dari mula HB mengenali blog ini nampaknya template Watermark belum bertukar lagi.Masih setia dengan template asas blogger.Warna latar belakang template ini memang HB tak berkenan kerana warna cokelat.Bagus kalau Yan cari template yang asas juga tetapi menggunakan latar belakang warna putih.Ho..ho.sekadar pandangan HB sahaja.

2.Tagline

Bab ini HB berkenan.Tagline ‘Belajar Untuk Sabar’ amat mendalam maknanya.Dalam kehidupan sebenar yang penuh pancaroba dan ujian maka sabar adalah teras untuk mencapai ketenangan hati.HB selitkan juga penerangan lanjut tentang tagline blog Yan.

" aku menulis bukan kerana aku bijak pandai.. tetapi kerana aku ingin berkongsi cerita sebagai kenang kenangan kepada yang mengenali diri ini " SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN..INSYALLAH..

3.Bahasa

Yan memang boleh menggunakan bahasa yang standard.Oleh kerana penulisan Yan sangat ringkas jadi penonjolan gaya bahasanya kurang terserlah.Jika tulis lebih panjang dan gaya bahasa yang santai maka Yan akan mempunyai ramai pembaca setia.Bahasa yang sedap dan mudah difahami boleh mendatangkan pengunjung datang berkali-kali.Betul tak bahasa jiwa raga.

4.Wiget

Blog ini hanya ada dua sahaja wiget yang wajib.Satu daripadanya Arkib blog dan profil penulis.HB sarankan Yan pasang  wiget  artikel popular dan langanan emel.Selain itu letakkan jumlah artikel maksima lima pada mukasurat hadapan.Sebab terlalu banyak boleh melambatkan masa loading

5.Keunikan

Setiap seorang ada kisah manis dan pahit tersendiri.Untuk itu HB kaitkan keunikan Blogger Yan membina blog hanya menggunakan telefon pintar.Jadi kalau ada orang diluar sana yang nak jadi blogger tetapi tak jadi kerana tiada PC atau laptop susah nak diterima.Ada insan hebat yang tidak menjadikan halangan kecil untuk mengejar kejayaan.Boleh dicontohilah Yan nie.

[admin]

HB memohon maaf jika blog review ini tak menyeronokkan pemilik blog iryantyahmad.blogspot.my.

Semoga Yan dan keluarga terus ceria serta bahagianya hendaknya.Teruskan perjuangan menulis blog dan hargai pembaca blog dengan pengkongsian yang terbaik selalu.

buku online

53 ulasan

Selalu gak dtg blog iryanti ni, ringkas shj penulisan dia. So mmg kejab je baca dahbpaham apa yg nak disampaikan. Bnykmkisar kehidupan seharian..,kekadang buat kita tersentap

Blog Yan memang biasa saja... tetapi kelemahannya ada pada pandangan MrHanafi itu saya setuju. Bolehlah cuba ubah mana yang patut. Itu aje...

penulisannya menggunakan emosi..terbaik

saya sarankan Yan untuk hubungi tuan Kamil untuk make over blog..rundingan secara damai boleh dilakukan bersama beliau he..he..

Saya pon antara pengunjung blog yan....n3 nye walau pon pendek tapi dalam maksudnye....kipidap yan don gibab....ulasan yg baik hanafi :)

wah buat review ye.. lama tak buat review blog kawan-kawan

No 1 dan 4 tu memang dalam perancangan...

Kak Yan seorang blogger yang peramah ^-^

Semoga kak Yan terus bersemangat nak berblog lepas baca review ni..saya pun baru ni la kenal blog kak Yan..lepas ni boleh la singgah blog dia..

buat la review blog saya bro..

ya..itu yang terbaik

ya..sebetulnya begitu

itulah juga harapan saya terhadap blogger Yan

Hebat blog kak yan ni... bagi saya ulasan yang diberi juga hebat, untuk meningkatkan kualiti blog masing masing...

rajin heroborneo ulas. part background warna coklat tu saya setuju

Takut jugak kalo Hero Borneo review ni.. heheheh.. tp boleh jugak memperbaiki kelemahan dalam blog..

wah..tahniah blog yg terpilih kena review tu..takut plak tetiba kena review...hehehe..

Review yang menarik...Blog yang boleh dipertingkatkan lagi tu...Mantop

sekali sekala sempat juga BW blog k.yan... saya setuju tentang penggunaan warna template... warna putih lebih sedap mata membaca... macam blog HB.... hehehe....

saya selalu terjah web iryanty ni, good review

Assalam tuan, salam perkenalan daripada saya.

Singgah ke sini dari blog zoolzarizi.com . Ni kira blogwalking, lama saya tinggal dunia blogging, so now nak mengaktifkan diri semula dengan blogging.

belum pernah lagi ke blog yan, lepas HB kongsi ni, terasa nak singgah kejap. terima kasih

seronoknya bila blog dapat review

nice review HB ... siap bagi idea untuk upgrade blog, thumps up untuk review ni :)

walaupun sibuk ... ada juga masa buat review :)

terima kasih bro Sham..nak kata hebat tak la hebat sangat tu

kita macam ada chemistry tentang warna le Nik he..he.

takut..tak perlulah..saya jenis yang tak cerewet sangat ..ha..ha..ha..

link yang mana satu bro...?

semua blog ahli-ahli BBN akan kena bila tiba gilirannya..jom joint BBN jika belum

ada betulnya tuan..semoga puan Yan terus sukses as a blogger

secara automatik lubang hidung saya membesar he..he..

walaalaikumusalam bro..dan salam perkenalan...

terima kasih kerana sudi singgah dan saya amat mengalukan bro mengaktifkan diri semula sebagai blogger..tak dapat duit dapat kawan-kawan sesama blogger pun best juga rasanya.

wah..berkesan juga review blog macam nie..boleh bantu geng BBN dapat trafik

kena review boleh panas hati juga tau! tapi best dalam bab kena puji..he..he...

terima kasih dan biasanya itu tujuan saya nak buat review macam nie

kalau ikutkan memang susah nak buat kerana buat review blog tak boleh buat sesuka hati..takut orang kecik hati bila kena kritikan yang tidak berasas..perlu korbankan masa.

Klu saya punya mmg teruk..hehehe

memang kurang menarik warna template dan bahasa
tapi isinya boleh dikatakan terhibur membacanya

tak juga bro..masing-masing ada keunikannya

bahasa dan isinya kadang -kadang lebih penting

Review yg menarik.. bertambah lagi ukhwah silaturrahim. Subhanallah walhamdulillah..

itulah tujuan saya tuan...ukhuwah silaturrahim

Menarik! nak blogwalking ke sana pulak :)

ya..jom lah ke blog yan..


EmoticonEmoticon