Abang Sado Nak Jadi Hero

Abang Sado Nak Jadi Hero…Nak jadi Abang Sado adalah trend zaman sekarang kepada ramai para lelaki khususnya golongan muda.Secara realitinya HB amat berminat dalam bidang bina badan atau abang sado.Minat itu sudah berputik sejak zaman persekolahan lagi,Namun hakikat sebenar HB masih macam orang kebanyakan.Belum sado dan entah bila nak jadi sado.

abang sado

Info tentang abang sado banyak ditulis dalam blog dan laman web kesihatan lelaki.HB telah membaca info untuk jadi abang sado dalam blog abangsado.my.Berikut ialah info bagaimana nak jadi hero sebagai abang sado.

1.Makanan sihat dan seimbang

Teras untuk jadi abang sado ialah cara pemakanan.Pilih makanan yang sihat dan seimbang sahaja.Komposisi karbohidrat,protien,lemak dan vitamin hendak diambil secara teratur.Tidak boleh diambil secara sebarangan.

2.Protein yang mencukupi

Abang sado adalah lelaki yang mempunyai bentuk badan yang kekar dan otot yang padu.Jadi dalam membina bentuk badan begitu hendaklah mengambil protein yang mencukupi.Antara yang popular ialah protein shake.Selain itu boleh mengambil protein yang berunsurkan tumbuhan semulajadi.

3.Minum air sejuk ketika bangun tidur

Air sejuk yang diminum sebaik sahaja bangun tidur adalah untuk menurunkan suhu badan.Apabila keadaan ini berlaku kadar metabolisme aakan meningkat menyebabkan pembakaran lebih cepat.

4.Senaman aerobik 3 hingga 5 kali seminggu

Senaman ini adalah meliputi joging,berlari atau berenang selama 30 minit.Pembakaran lemak dan pembinaan otot akan berlaku melalui senaman begini.Sudah tentu untuk menjadi sado bukanlah sesuatu yang mudah.Banyak senaman yang perlu dilalui termasuk senaman di gimnasium.

5.Tidur 8 jam sehari

Dengan tidur yang mencukupi sel-sel badan berehat dengan sempurna.Ini boleh memastikan perkembangan otot berjalan dengan baik dan lancar.Kurang tidur  menyebabkan emosi kurang stabil dan ini boleh menganggu hormon termasuk hormon testostron.

[admin]

HB faham bukan mudah untuk  jadi abang sado.Mereka perlu melalui proses disiplin yang ketat,sukar dan mencabar.Amatlogik kalau HB katakan bahawa abang sado adalah hero diri sendiri sebelum menjadi hero kepada orang lain.

Sekian salam ceria selalu dan jumpa lagi.

 

buku online

38 ulasan

Btul2.. Abg sado mmg hero pada diri sendiri dulu.. Teringin nak sado ni..

Kat tempat saya skng ni pon bebudak muda berlumba2 nak jadi sado...banyak gak gym yg tumbuh cam cendawan lepas hujan...bagos la diorang nak jadi sado xtvt sehat dari buat perkara lain yg tak berfaedah tu

Tak minat lah Abang Sado...haha :D

Elok juga ramai yang nak jadi sado pergi ke gym.. Takde la melepak dan berpeleseran.. Yang penting sado dan sihat..

Pernah juga ikut member ke gym, sekali pergi pun dah naik muscle, tapi rasa tak tahan sakitnya selepas tu...

Kebanyakan protein shake macam tak sedap je, kann. Tabah nye lah abg2 sado nie minum protein...

abam sado adalah orang yang ohsem! pernah cuba sadokan diri, tapi tak berjaya. diorang berjaya, so diorang ohsem! hehe

Jom jadi sado iman bro..

Bagus juga untuk menjadikan generasi muda yang kuat dan sihat..

Fidah dah berpunya..pun..he..he..

Tak nak sado, jangan buncit je.. :)

No. 5 tu kalau jadi ibu tak dapat tidur 8 jam sehari tu tapi kena dapatkan masa tidur yang berkualiti.

Ramai yang nak jadi sado. Kalau kita tengok skrg ni pun banyak dah gym yang dibuka.

Bukan senang nak jadi abang sado ni....

Kalau tak disiplin boleh jadi abang kendur tu..heh..heh..

Betul tu..memang saya setuju..

Betul tu. Memiliki badan sado merupakan trend zaman sekarang. Nampak lebih smart dipandang. :)

Dapat maintain badan pun dah oklah.. tak reti nak jadi sadolah hehee.. :D

wah bro boleh jadi coach untuk jadi sado ni

Tak sempat nak sado....sado tang perut jerlah :)

rasa seram tgk badan lelaki sado... kalau badan fit mcm Bruce lee tu ok.... Heheheh......

perlukan pengorbanan bro..

untuk dapatkan badan yang cantik terpaksa lakukan perkara ini semua..

disiplin dan istiqamah amat perlu ..

itu pun dah terbaik..

tidur 4 jam pun ok kalau berkualiti

trend dah zaman sekarang

memang bukan senang..dah berjaya tu kira hero la..

jadi abang kendur..oh kasihan sungguh!

wow seronoknya kalau ada orang pandang smart

sanggup pergi gym dan keluarkan belanja boleh tuan..

he..he...sebelum jadi coach hendaklah jadi sado dulu

ho..ho..itu perlu dielakkan bro..kecuali dah jadi 6 pack

nampak kuat kan ...tapi macam bruce lee memang sado tahap minimum je

Sihat dan cergas sebenarnya kalau nak sado ni, saya pernah aktif dngan gym suatu masa dulu, memang fit tapi taklah sado..;)

fit pun sangat bagus juga bro..

Kat Sado Street ada tutorial cara nak jadi sado cara senang n cepat. Tidur pon sebenarnye main peranan penting kalau nak otot cepat keluar

ya..memang tidak dinafikan tidur memang main peranan juga tu


EmoticonEmoticon