3 Tugas Tradisi Isteri Yang Boleh Diabaikan

3 Tugas Tradisi Isteri Yang Boleh Diabaikan…Sekarang hangat di media sosial tentang tugas isteri terhadap suami.Ada yang berpendapat tugas ini jika diabaikan tidak mendatangkan dosa kerana ia bukan hak seorang isteri.HB cuba memberi pendapat secara umum.Sudah pasti tidak menggunakan nas-nas al-Quran dan dalil-dalil yang termaktub dalam al-hadis.Maafkan HB kerana tidak merujuk pula kepada pendangan para ulamak muktabar.

Sejujurnya HB yang kini bergelar suami tersentap dengan isu  tugas tradisi isteri.Dakwaan mereka ia bukan dari amalan ajaran Islam.HB tidak mengiya.Malah tidak juga menafikan.Apa yang HB khuatiri pemahaman begini membiak tumbuh akibat gerakan Feminisme yang dicanangkan oleh golongan bukan Islam dari Barat.

1.Memasak makanan

Suami wajib masak untuk isteri tetapi isteri boleh memilih nak masak atau tidak,Ia bukan tugas mereka sebagai isteri.Memasak untuk suami merupakan kerelaan hati yang telah diwarisi dari nenek moyang dulu-dulu lagi.Oleh itu para suami tidak boleh marahkan isteri jika tiada hidangan untuk makan tengahari atau malam walaupun suami tersangat letih balik dari mencari rezeki.

tugas tradisi isteri

2.Mengemas rumah

Rumah yang kemas dan bersih adalah peranan suami.Pihak isteri boleh marahkan suami jika tak nak menyapu atau mengemop rumah.Kain dan pakaian juga suami mesti sidai dan lipat.Seandainya suami sibuk kerana pulang lewat maka biarkan sahaja rumah bersepah.Ketika hujung minggu suami boleh kumpul kudrat tenaga untuk melakukan tugas ini.

3.Menjaga anak

Anak-anak yang masih kecil perlu diberi mandi atau makan minum oleh suami.Si isteri boleh menolong jika mahu.Namun tidak boleh melakukan seorang diri jika si suami mengelak diri.Seandainya suami berat hati nak melakukan tugas ini maka cari pembantu rumah.Lagi afdal dapatkan pembantu rumah yang muda dan menawan agar si suami boleh lekat kat rumah.(maaf sekadar bergurau).

[admin]

Pada mulanya HB nak senaraikan banyak lagi.Namun risau pula kepada para suami yang marahkan HB nanti.Sebaliknya para isteri pula bertepuk tangan kepada HB.

Dalam situasi begini HB masih menyukai dengan tugas tradisi isteri .Mereka melakukan 3 tugasan di atas dengan penuh keikhlasan agar mendapat ganjaran pahala.Buat baik diberi pahala dan melakukan sesuatu demi keredhaan suami pasti menyuntik bimbit kebahagiaan rumahtangga.

Bayangkan si isteri banyak masa lapang dan masa lapang itu digunakan pula untuk aktiviti sosial dilluar rumah.Apa akan jadi dengan rumahtangga.Suami yang kesunyian ada alasan untuk mencari pasangan baru.Kesannya rumahtangga boleh menjadi kucar kacir.

Namun begitu HB yakin kesediaan suami memikul tugas tradisi tersebut tanpa kompromi.Mereka patut dianugerah sebagai suami mithali.Sebagai hadiah berilah layan ranjang setiap malam untuk golongan suami selama 21 hari selama sebulan.

Jika tak sanggup nak bagi hadiah tersebut buat apa nak membangkitkan pemahaman yang cenderung kepada keruntuhan rumahtangga dan tiada menepati konsep suami isteri iaitu saling melengkapi antara satu sama lain.

Pesan HB lebih baik golongan isteri pakat ramai ramai untuk baca blog tentang Cara Isteri Sayang Suami

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

24 ulasan

Bahagia itu akan hadir jika kita pandai bertolak ansur...

Buat la yg terbaik untuk kebahagian keluarga....sama2 bertimbang rasa untuk cari keharmonian dan sesekali kalau suami ringan kan tulang menolong pon sweet jugak kan

sebuah keluarga yg bahagia terhasil dari hubungan suami isteri yg saling bertolak ansur..Janganlah terlalu berkira dalam melakukan sesuatu untuk keluarga sendiri...inshaallah ..aman harmoni hidup kita nanti..

BERAT TANGGUNGJAWAB SUAMI TU...TAPI SALING BERTOLAK ANSUR SUAMI/ISTERI MEMBAWA KEBHGIAAN DLM BERKELUARGA...

Hidup suami isteri harus saling bantu membantu dan melengkapi

betul la, dalam islam, tu semua tu bukan tanggungjawab isteri ... kalau tak buat memang tak berdosa ... tapi kalau suami bagi arahan suruh buat. bila isteri tak buat berdosa sebab tak ikut arahan suami.

fahami apa yang cuba disampaikan. jadi viral sekadar nak memberitahu suami-suami apa sebenarnya tugas wajib isteri ... so secara umum, itu adalah tanggungjawab bersama, kalau isteri penat, suami bantu bukannya marah-marah kata isteri tak jalankan tugas. kepada suami-suami yang rajin bantu isteri tu, kipidap jangan sentap :)

Benar HB. 3 tugasan diatas bukanlah tanggungjawab isteri dari segi hukum, cuma tradisi sebenarnya. Untuk lebih mendalam boleh la dirujuk kepada yang lebih pakar tentang hukum..:)

Bahagianya kalau boleh diabaikan terus...hihi

amboi 21 hari sebulan.
banyak tu :-((

itu yang sebaiknya...

bagi HB no problem tu..tugas di rumah tu small matter

baik isteri atau suami..kira jangan berkiralah ye..

disebabkan berat tulah wajar tanggungjawab tersebut untuk golongan lelaki.

betul dan saya setuju.

bila faham dan dah rujuk kitab rasa tersentap tu boleh dikurangkan lah..

nampaknya saya perlu merujuk kepada golongan yang arif dalam bidang ini..jika dah dapat informasi saya perlu kongsikan lagi dalam blog ini.

dari segi logik tentu ramai kaum isteri yang suka dan sokong..kan..kan..kan.

sekadar contoh tu..Yan.

cool template ni. ringan je!

ho..ho..terima kasih

Saya bukanlah skeptikel dengan apa yang orang perempuan ramai post sana sini. Satu kenyataan yang BETUL tetapi berat sebelah. Apa yang mereka post adalah hak hak bagi isteri. Tetapi bagaimana pula dengan hak hak suami yang ramai perempuan tahu tetapi tidak mahu ambil tahu atau buat buat x faham. Pernah kita bicarakan??

Pernah saya tonton rancangan korea yang bincangkan perkara macam ni. Kesimpulan mereka adalah

Suami mesti menjadi kuat pada isteri/keluarga seperti mampu tunai nafkah

Isteri pula mesti beri kecantikkan agar suami senantiasa kuat dan gembira apabila mempunyai isteri yang mampu berikan kekuatan pada suami

rasanya ramai x terfikir pasal ni kan

terima kasih bro kerana sudi ber pandangan yang panjang lebar tentang isu ini..

menariknya entry nie..betul la hidup perlu saling bekerjasama barulah bahagia

masalahnya tak ramai yang sanggup untuk saling bekerjasama..


EmoticonEmoticon