Selamat Hari Raya Haji 2015

Selamat Hari Raya Haji 2015…Dengan kesempatan ini HB nak mengucapkan selamat hari raya haji kepada rakan-rakan blogger dan semua pembaca blog ini.Semoga sambutan perayaan yang penuh simbolik ini memberi satu impak maksima terhadap level keimanan kita  kepada Allah SWT.

Umum mengetahui Hari Raya Haji adalah sinonim dengan peristiwa korban yang luarbiasa oleh Nabi Ibrahim a.s terhadap putera tunggalnya Nabi Ismail a.s.Kisah ini telah terakam indah dalam al Quran surah Ibrahim.

Hari Raya Haji merupakan hari kebesaran kepada seluruh umat Islam di dunia yang jatuh pada 10 zulhijah dalam tahun Hijrah berdasarkan kalendar Islam.Ia disambut tiga Hari Tasrik sehingga 13 Zulhijah oleh jemaah haji yang melaksanakan ibadah haji di tanah suci ketika ini.

Bagi kita yang belum terpilih melaksanakan ibadah haji marilah berdoa dan berniat supaya dipermudahkan untuk ke sana suatu hari nanti.Kouta untuk haji sangat terhad namun percayalah dengan kesungguhan doa dan usaha maka tidak mustahil boleh melaksanakan rukun Islam yang kelima ini.

Mereka yang diberi keluasan rezeki juga boleh  melakukan ibadah korban dengan membeli haiwan ternakan seperti lembu,kambing atau kerbau untuk ditumbangkan.Dagingnya nanti boleh dimakan kaum kerabat dan juga disedekahkan kepada fakir miskin.Golongan ini kurang bernasib baik dan ia peluang terbaik kepada golongan kaya untuk bersedekah.

Daging Korban

HB pernah mengikuti jemaah masjid melakukan penyembelihan lembu dan bersama-sama melapah daging.Ternyata tugas ini memberi rasa puas dan redha bahawa berkorban merupakan tindakan yang sangat simbolik.Hanya tahap keimanan yang tinggi tahu menilai betapa hebatnya kekuasaan Allah SWT.

Nampaknya tahun 2015 HB agak culas mengenai peristiwa ini.HB tak bercuti raya dan bekerja seperti biasa.Terasa menyesal buat seketika namun apakan daya dah tersedar pada saat akhir.Mahu tidak mahu terima sahajalah dengan hati yang berat bahawa HB bekerja pada Hari Raya Haji.

[admin]

Sekali lagi kepada rakan-rakan blogger dan pembaca semua HB ucapkan selamat Hari Raya Haji.Maaf zahir dan batin.

Jika ada yang pulang kampung dan akan kembali ke rumah masing-masing nanti jangan lupa untuk memandu dengan berhati-hati kenderaan kalian.Semoga selamat sampai dan kembali,Ingat orang tersayang jangan sampai terleka.Jika alpa buruk padah.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

 

Buku Online

22 ulasan

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat Bekerja di Hari Raya..=)

selamat hari raya qurban juga :D

Selamat menyambut hari raya korban untuk HB sekeluarga.

Salam Aidul Adha bro HB!

salam aidiladha juga :) ...

selamat hari raya bro!

ho..ho..selamat hari Raya Haji juga,..

Selamat menyambut hari raya haji juga buat Fidah dan keluarga

Ya..salam adil adha juga tuan Sani.

ya..selamat hari raya juga Bro Bukhari..

Salam aidiladha kepada saudara dan seluruh famili...saya tak pernah tengok lembu di korbankan....seram :)

Selamat Hari Raya Aidiladha HB...

Salam Aidiladha buat HB sekeluarga. Maaf lambat ucap sbb baru hari ni berblog kembali. Semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan HB sekeluarga... aamiin.. :)

selamat hari raya korban nafi :-))

kalau takut jangan tengok..nanti pengsan..

ya..selamat hari raya..

tak kisah lambat atau cepat..kita ikut masa yang sesuai untuk berblogging

ya..selamat hari raya korban juga tu..

Salam aidi adha bro... err masih valid lagi kan ucapan nih... hehehe....

masih valid..kalau tak untuk tahun hadapan punya


EmoticonEmoticon