Pecutan Terakhir Untuk Calon UPSR 2015

Pecutan Terakhir Untuk Calon UPSR 2015…Anak HB yang sulung bakal menduduki UPSR minggu hadapan.Jadi HB berkesempatan untuk mengikuti satu taklimat khas yang dianjurkan pihak sekolah.Sangat menarik dan wajar sekali HB kongsikan kepada kalian semua.Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat juga kepada para ibubapa dan murid yang akan periksa UPSR nanti.

upsr 2015
UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah sudah lama.Sejak pengenalan KBSR pada tahun 1983 yakni HB ketika itu baru memasuki Tahun Satu.Sebelum itu mengguna darjah satu.Ujian sebelumnya menggunakan Penilaian Darjah 5 untuk memilih murid ke sekolah berasrama penuh atau sekolah yang terbaik.Betulkan HB jika tersilap kerana informasi ini HB rujuk berdasarkan pengalaman sendiri.

Jadi berbalik kita kepada tujuan asal UPSR adalah untuk menguji tahap pembelajaran murid sejak dari tahun satu hingga ke tahun enam.Adakah sudah menguasai konsep 3M iaitu menulis,membaca dan mengira.Selain itu menjadi tanggungjawab warga pendidik dan ibubapa untuk mengutamakan keseimbangan aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) terhadap anak pewaris negara ini.

Memandangkan tempoh peperiksaan sangat dekat maka HB mengajak kalian semua mengambil pendekatan yang disarankan pihak sekolah anak HB.

Antaranya ialah melayan anak kita yang bakal periksa ini dengan layanan seperi bayi.Berikan perhatian dan kasih sayang.Tunjukkan perhargaan kepada mereka.Curahkan sentuhan motivasi agar mereka terus bersemangat.

Menjadi pantang untuk terus melabel mereka ini sebagai murid lemah atau lembab jika keputusan peperiksan percubaan UPSR kurang memberangsangkan.Sebaliknya bagi sokongan moral yang tak berbelah bahagi.

Selain itu aspek pemakanan perlu dijaga sebalik mungkin.Jangan biarkan anak kita  makan mee segera dan minum air bikarbonat terlalu kerap.Makanan dan minuman ini sangat tidak berkhasiat.dan boleh memberhayakan kesihatan.

Dalam pada itu pengurusan masa turut dikongsikan.Hadkan masa mereka menonton TV,bermain game telefon atau merayau-rayau dengan kawan diluar rumah.Pengurusan masa yang efektif adalah gemblengan usaha keras untuk memastikan kejayaan mereka yang bakal menduduki UPSR ini.

[admin]

HB sangat mementingkan kecemerlangan hidup.Ini tidak bermakna anak HB mesti berjaya mendapat keputusan cemerlang UPSR 2015 yang berorientasikan peperiksaan.

Kecemerlangan hidup bagi HB adalah satu matlamat hidup yang berterusan.Bukan terletak pada sijil pendidikan semata-mata.

Ia adalah rangkuman seluruh hidup kita untuk menjadi hamba yang bertakwa.Pendek kata menang dunia dan lagi menang di akhirat.Aamiin.

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi.

32 ulasan

Semoga berjaya kepada semua calon UPSR termasuk anak saudara sulung saya...

ya..itulah yang kita nak sebenarnya

Semoga calon2 UPSR yang mengambil exam akan sentiasa dipermudahkan.... aamiin..

Kita doakan kejayan buat mereka..aamiin

Tahun ni adik yan yang bongsu ada ambil upsr...moga calon upsr berjaya..amin

ya
mak ayah kena ambil peranan juga
tak boleh nak lepas tangan pada cikgu kat sekolah saja
masa anak2 di rumah lebih lama berbanding di sekolah

anak dah 12 tahun? ... selamat menduduki upsr untuk anak HB :)

Good luck anak HB. Study smart.. Memang mak ayah bakal menentukan emosi anak semasa menghadapi peperiksaan nanti. Mungkin boleh beri lebih perhatian pada mereka dalam tempoh terdekat ni.

Memang betul tu cikgu

Ya..dah terasa tua pulak saya..

Itu yang sebaiknya..

Pada waktu ini sokongan daripada ibu bapa sangat diperlukan dalam mengadapi exam 'besar'

Suami sy ajar darjah 6, mmg agak busy utk persediaan upsr

Exam besar untuk budak budak..

Sebab sekolah ada indikator yg ingin dicapai..

Anak saya juga akan mengambil peperiksaan. Moga semuanya dimudahkan urusan dan mendapat keputusan cemerlang. aamiin

ya..itulah yang kita mahukan dari mereka

semoga berjaya anak HB, insyaAllah doa ibu bapa dan guru mengiringi ke dewan peperiksaan

good luck buat adik2 yg ambil upsr tahun ini...

selamat berjaya untuk adik-adik calon upsr. moga cemerlang!

semoga berjaya kepada semua yang mendudukinya. harap mereka tak pernah berputus asa

aamiin dan terima kasih semua..

ya..semoga mereka menjawab soalan dengan tenang..

jangan sekali sekala berputus asa dalam hidup ini..

huhu teringat time masa amik upsr dulu 18 tahun yang dahulu huhu.. cepat sungguh masa berjalan.. hari ni upsr telah bermula.. harap yang terbaik buat adik adik sekalian

Anak saudara bunda ada sorang ambil UPSR tahun ni....
Semoga semuanya berjalan lancar...

La... Dah ada anak yang besar dah yer? Saya lambat lagi nak rasa berdebar anak upsr.. Hehe

UPSR dah berakhir sebagai sejarah

ya..semoga dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang juga nanti..

ye lah..saya dah tua sedikit berbanding bro..


EmoticonEmoticon