Nikkhazami.com Dalam Blog Review

Nikkhazami.com Dalam Blog Review…Sepintas lalu blog ini antara yang terbaik pada pendapat HB.Buka sahaja blognya maka ternampaklah blog banner yang unik dan menawan.HB pasti ia adalah trademark yang bikin hati geram untuk menerokai blog ini sejauh yang boleh.Tahniah kepada pemiliknya.

nikkhazami

Blog ini dimiliki oleh seorang gadis yang hebat.Beliau ialah  Nik Khazami Nik Aziz yang berasal dari Negeri Kelantan Darul Naim.Pernah belajar jurusan kewartawanan di sebuah kolej.Umum mengetahui bakat penulisan Nik memang terserlah dalam blog ini.Sehinggakan HB terkaitkan dengan gaya penulisannya mirip kepada blogger otai, Akma Omar.

Pada tahun 2009 perjalanan blog nikkhazami sudah bermula dengan blogspot.Semakin hari trafik blog ini semakin baik maka telah dinaik tarafkan menjadi nikkhazami.com.Itu pengakuan si pemiliknya

Kalian semua pasti teruja nak tahu bagaimana blog beliau mendapat tempat pada hati pembaca dan penguasaan ilmu SEO yang baik.Jika ya jomlah selongkar bersama HB dan teruskan membaca hingga ke hayat perenggan terakhir.

1.Gaya bahasa

HB tabik spring.HB akui bukan semua blogger memiliki keupayaan menulis dengan lenggok bahasa demikian rupa.Tidak hairan juga Blogger Nik Khazami belajar dunia komunikasi massa.Namun kepada blogger yang lain jangan terlalu rasa rendah diri sekiranya mendapati penulisan yang kalian guna tahap biasa sahaja.Sebab itu adalah keunikan dan bakat masing-masing.

2.Rekabentuk Template

HB  diakui template yang digunakan olehnya memang terbaik dalam kelas tersendiri.Templatenya yang diberi sentuhan emas oleh Blogger Tuan Kamil Salleh.Asal template dari Lasanta – PremiumBloggerTemplates.com edaran Gooyaabi Templates.Ternyata template yang diselitkan dengan warna unggu memberi cerminan pemilik seorangnya peramah dan suka dengan cabaran.Maafkan HB kerana bermain dengan serkap jarang.

3.Penggunaan wiget

Sangat minimal dan sesuai untuk pembaca baru dan setia blognya.Pemilihan wiget untuk artikel terkini dan artikel popular sudah pasti menyenangkan pembaca blog.Mereka akan lebih lama pada blog ini.Yang baiknya boleh merendahkan bounce rate sesebuah blog.Google suka kepada blog yang memberi banyak informasi menarik kepada pembaca.Sebab itu mereka boleh lama singgah kat blog tersebut.

4.Kemaskini entri

Blog ini agak lemah dari kemaskini entri.Pembaca setia sangat suka kepada blog yang dikemaskini setiap hari.Macam suratkhabar.Setiap hari ada berita terbaharu untuk santapan minda pembaca.Mungkin kesibukan bekerja telah membataskan masa Blogger Nik mengemaskini blognya setiap hari.Tak pelah tu.Sebagai blogger memang HB faham banget senarionya gitu.

5.Mesra pembaca

HB bukan nak carik pasal pulak.Pemilik blog ini tidak membalas komen pembaca secara total.Ada yang dibalas dan ada yang tidak.Secara logiknya ada pembaca tak kisah pun sama ada komen mereka dibalas atau tidak.Namun pada pandangan pembaca yang lain ia menunjukkan admin blog kurang menghargai pembaca.Sejuta kemaafan kepada yang terasa kerana HB pun kadang-kadang tak sempat balas komen mereka atasan kekangan waktu dan tak perasan kehadiran mereka.

[admin]

Menulis blog bukan untuk setahun dua.Menulis blog adalah komitmen sepanjang hidup selagi minat dan kesempatan waktu itu ada.Lagi lama seseorang itu berada dalam dunia blogging maka banyak perkara ia belajar tanpa sedar.

Sebab itu gaya penulisan blogger yang berpengalaman amat berbeza dengan blogger baru.

Dalam kes review blog nikkhazami.com ternyata sukar nak mencari kelemahan teknikal.Semuanya dalam keadaan hampir sempurna.

Cuma bahagian kekerapan kemaskini perlu ditingkatkan dan menjadi blogger mesra pembaca harus diberi perhatian.Alangkah baiknya si pemilik blog buat komen moderation supaya boleh membalas komen dengan sewajarnnya.Ia tak wajib dan pasti juga menuntut masa yang banyak.

Ada juga blogger menganggap ia adalah hak dan cara masing-masing.Itu memang HB faham dan akur kerana HB juga seorang blogger yang memang sibuk mengurus banyak blog.

Kepada blogger Nik Khazami,HB memohon sejuta kemaafan jika pandangan ini menyebabkan terasa hati.Maaf dan maafkan sekali lagi.

Sekian.Salam ceria selalu dan jumpa lagi.

51 ulasan

Saya juga agak culas dengan comment pembaca ni HB. Mcm mana nak bagi ada notification untuk blog sekiranya ada orang yang comment dalam blog kita. boleh kongsi ilmu?

Terima kasih bagi respon yg membina

Assalammualaikum... heroborneo,

best nyer direview... mselim3 dah singgah tadi blog nyer > Nikkhazami.com ..

mselim3

pls: dapat satu kenalan blogger... thanks..

Terbaik ulasn daripada bro Mr Hanafi... Sentuhan design dan editing code css HTML memang sukar. Ia petlu diolah dgn berhati-hati agar keseluruhan blog dapat dipersembahkan dgn baik dan tiada error yang berlaku.

Cukup mantap drp bro....

Wsalam mohd selim..jika rajin buat bw memang dapat ramai kawan..

Sebab itu saya katakan blog ini mendapat sentuhan emas tuan...terima kasih sudi singgah

setinggi2 tahnia ya pada blog ni..nak klik blog hebat ni..nak belajar apoa yang baik kan

Sajian informasinya yg best tuan..

terima kasih sekali lagi sudi review mrhanafi. saya setuju bab jarang update tu. kadang2 tak ada idea dan tak sempat nak update. hehe!

oooo nick khazami girl rupanya...

Wahhh bestnya dapat review blog mcm ni hehehee.... singgah sini jalan2 kejap petang2 ni...

Ulasan yang mantop tu bro Hanafi.

HB seorang yang jujur memberi pandangan... suka review HB nie ^-^

Selalu juga kunjungi blog Nik ni..mungkin kekangan masa kot tak sempat nak update dan reply komen....

Wahh bestnya dapat reviewww ... :) nak direview gak .. leh tak?

best dapat review, sekurang-kurangnya dapatlah kita atasi mana-mana kelemahan

kalau ikut dari ulasan cam tak banyak sangat kelemahan blog nikkhazami....kalau review blog saya mesti ntah camne le ulasannye....ape2 pon memang terbaekkkk la...salute kat hanafi sebab sangat rajin dan baik hati buat review kat blog rakan2 camni :)

aku dah pergi jenguk tadi 'that girl on the internet'
molek dan comel sangat

Ingat lagi first time dengar blog ni dulu, ingatkan lelaki. Lepas masuk blog tu baru tau pemiliknya perempuan rupanya, hehe

Ya..dia merupakan seorang gadis kelantan

Kena review memang best ...ada terasa panas sikit bila terkena pd kelemahan

Terima kasih bro..saya sedaya upaya untuk jujur

Ya...memang betul tu..dia sendiri pernah mengaku..he.he..

Boleh tuan HH tapi bukan saya ..ada blogger lain nanti

Betul tu...kita akan sedar kat mana silapnya..

Terima kasih malinda..saya sebenarnya buka tawaran kepada volunteer untuk review blog rakan rakan

Orang kelantan ramai yg molek molek

Nama kadang kadang boleh mengelirukan..

Wah best nya dapat review....
Macam saya Memang kadang blog tak sempat nak update setiap hari. Macam terkena batang hidung sendiri ....huhuhu

bagus nya HB bagi review boleh la kita improve kan lagi blog kita kan. huhu mommy pon terasa gak ni .. kekadang liat update hehe.

Rupanya2 nik nie seorang otai gak lah..

ari 2 whatsapp dia n tersalah panggil dia bro..ahaha..

lawak lah plak...

update setiap hari adalah cabaran terbesar seorang blogger

sebagai blogger kita faham..namun sebagai pembaca setia dan peminat mereka akan tak puas hati

ya..beliau otai kerana bermula sebagai blogger pada 2009

Kalau blogspot, guna setting 'comment moderate - sometimes atau never' pun salah satu cara yang paling mudah. Notification akan terus ke e-mail.

Blogger hebat nih! Gerun dengan nama blog ni... :)

blogger macam tuan BM apa kurangnya

terima kasih tuan BM..saya sebenarnya nak buat artikel tentang cara buat moderation..tapi tak pasti bila boleh buat

saya juga jarang membalas komen kecuali jika untuk menjelaskan sesuatu. Bagi saya ok jer blogger tak balas komen saya sebab tak ramai yang datang balik ke entri yang sama selepas meninggalkan komen.

betul dan tak dinafikan..saya suka kalau balas semua untuk pembaca lain tahu bahawa saya hargai kedatangan mereka..kadang-kadang tu tak sempat..sibuk

blog dia memang laju tu..

Menarik... boleh tambah kenalan blogger lagi ni. Semoga HB sentiasa diberkati... aamiin.

saya setuju dengan pendapat HB mengenai template yang digunakan oleh blogger nik... nampak kemas dan menarik.... kalau ada sesiapa yang nak template menarik mcm tu boleh lah hubungi bro kamil.... ekekekeke....

aamiin dan terima kasih tuan KK

blog nik memang terbaik. PG mengenali nik dari contest menang iphone 5s anjuran denaihati. nik memang one of blogger yang punya gaya bahasa memang baik. PG pun tak tahu dari mana nik dapat ayat-aya baik macam tu :)
good review here!


EmoticonEmoticon