Namiacinta.com Dalam Blog Review

Namiacinta.com Dalam Blog Review …Sekali lagi HB tampil untuk membuat segmen blog review terhadap ahli Whatsapp Best Blogger Network.Giliran pada ini sampai kepada Blogger Nami Namia iaitu pemilik blog tersebut.Dikhabarkan beliau telah menceburi dunia blogging sejak 5 tahun dahulu.Selayaknya beliau mendapat Blogger Otai Malaysia.Wow bukan calang-calang tu.

namiacinta

Satu perkataan cukup untuk menjelaskan blog ini iaitu ’Awesome’.Biarkan HB ulas secara halus mulus blog ini dari kaca mata seorang blogger sendiri dan pembaca organik.

Sebelum itu HB nak kongsikan siapa pemilik blog ini dengan  memetik intro tentang Blogger Namia Cinta.

Seorang penulis blog picisan yang masih lagi bertatih dalam dunia penulisan walaupun sudah 5 tahun menulis. Suka bercakap sendirian di saat ke bosanan [petikan dari  www.namiacinta.com]

Tentu tak puaskan jika membaca ayat copy and paste.Sebab itu HB nak buat blog review bersandarkan point point penting dibawah ini.

1.Template

Tema atau template blog ini sangat menarik.Kalau tak silap HB ia adalah template hasil sentuhan blogger hebat Malaysia iaitu Azman Ishak yang diberi dijudulkan sebagai Foto Besar dari AI Network Media.Keistimewaan template ini ialah keluaran terhad.Tak ramai yang menggunakan.Jadi Blogger Nami Namia boleh berbangga dengan hak ekseklusif tersebut.

2.Tagline

Blogger Nami memilih tagline sebagai Kehidupan Yang Penuh Kecelaruan.Jika diterjemah ke dalam bahasa Omputih jadi Mixed up Life.Pada pandangan HB ia berunsur negatif.Jika dibaca selalu dan dihadamkan oleh minda kita maka perjalanan hidup ini akan tak tentu arah.Lama kelamaan minda bawah sedar kita  memacu  kehidupan yang kita alami ini bergerak secara kelam kabut.Apa yang kita sangkakan itu maka itulah yang kita akan dapat.

Namun begitu Blogger Nami jangan terasa pulak,Itu adalah pemahaman HB sebagai bakal pengamal motivasi.Sebagai gantinya HB cadangkan supaya tagline diubah menjadi Kehidupan Yang Penuh Keindahan.Apa macam ok tak ?

3.Kelajuan

Wah.Blog ini sangat hebat.Kelajuannya dalam 3.21 saat jika diloading.Memang disukai ramai bukan kerana lemak berkrim.Blog yang laju menyebabkan pembaca boleh datang berkali-kali.Tidak kerterlaluan juga akan ada pembaca setia dan tetap setiap hari.Paling tidak pun setiap minggu.Kita tengok screen shoot dibawah:

speed

4.SEO

Blog namiacinta.com hampir menuju kesempurnaan dalam teknikal SEO ini.HB telah menguji menggunakan satu laman web iatu CKHME.Dibawah ini adalah keputusan yang cukup mengkagumkan iaitu 97%.

seo

Cuma bahagian penerangan blog tidak dijelaskan.Sedikit sebanyak mengurangkan rasa suka uncle Google pada blog kita.

Website Description:
None
Warning: Make sure to have a descriptive meta description tag: Is the first thing a search engine look, especially Google. It's a short description of your website!

5.Wiget

Blogger Nami Namia sangat santai dalam mengunakan wiget dalam blognya.Wiget artikel popular tidak disediakan.Namun pembaca masih boleh membaca artikel terdahulu dan artikel terkini dengan mudah.Sayangnya beliau tidak memasukan artikel paling popular.Mungkin ada sebab tertentu yang kita tak ketahui.Secara mudahnya wiget yang dipasang oleh tuan punya rumah sangat bagus dan mencukupi.

[admin]

HB faham blog namiacinta.com antara yang terbaik dikalangan blog otai blogger.Jadi ulasan tentang blog review ini sekadar pandang peribadi HB.Sudah semestinya pandangan tersebut dari kaca mata blogger yang ‘nothing’.

Untuk itu maafkan HB sejuta kali.Jika tak cukup tambahkan lagi dengan 2.6 Billion kemaafan agar tidak terasa di dalam hati.Kosong-kosong lah ye.

Kepada rakan-rakan blogger yang berminat untuk sertai Geng Whatsapp Best Blogger Network jangan lupa untuk hubungi admin group iaitu Tuan Kamil Salleh di talian +6013-999-5015 ataupun HB sendiri di talian +6011-38-228-381

Sekian.Salam penuh ceria dan jumpa lagi.

 

Buku Online

40 ulasan

terima kasih ye buat review blog kita .. segan pulak dengan pujian2 tu ....

tak pernah pula aku jumpa blog ni
tak apa, hari ni dah jumpa kat sini

Bagus juga review macam ni. Kena jadi ahli whatsapp le ye?

cantik juga cadangan untuk tagline tersebut. harap tuan empunya diri pertimbangkan :D

Good review HB..
Saya pun dah melawat ke sana :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Saya suka pandangan MrHanafi, tukarkan tagline yg lebih positif. Kita tidak mahu penulisan kita ke arah negatif, penuh kecelaruan.... yakin pada diri, Malaysia Boleh, kita pun boleh.

ehemm ehemmmm ok saya bagi tahu kenapa saya pilih tagline tu yg pada saya x bermaksud negatif .. pada saya kehidupan kita ni kan banyak simpang dan bukan selalu gembira dan bahagia jd bila saya letak tagline cam tu boleh jugak jd hari2 saya gembira .. sedih .. semangat .. down etc ... apa pun terima kasih ya semua

terbaik blog nieh...

97 %

Kena lawan blog Mia ni..laju loadningnya..

wah memang HB ni rajin, tak terkejar sy nak review..
namia tanuah ya kerana memenuhi citerasa blogger hebat

Pernah beberapa kali jumpa beliau... alhamdulillah... semoga ukhwah sentiasa ceria dan akrab... :)

belum baik lagi kena tambah baikan .. :)

tak jumpa kira ini lah bermulaan kan baru di namakan bkenal kenalan :)

sila request masuk dengan en hanafi :)

akan di fikirkan :)

wahh kak jue pun ada ye

akan di fikirkan cadang itu :)

mana ada baik kalau baik mesti dah 100% hiks :p

tak payah lah lawan kita belajar sama2 mana yang kita tak tahu :)

ahakkk pernah jumpa saya ke .. alahaiii segan nya sebabkita nieh ada masalah lupa bila dh jumpa sesekali .. apa pun moga2 psahabatan nieh akan bkekalan :)

nanti akak terjah ye..

dah cek blog...tak sampai 50 % pun..ehehe

terpower lah namia nieh kan

Saya baru je lepas baca blog namia ni, baca artikel pasal konspirasi blogger popular tu la

Sama sama ..apa nak disegankan..kalau dah ada kebenarannya

Terima kasih fidah..

Lain orang lain pemahamannya.so jangan terasa sangat le..

Rajin..boleh la..namun saya tak cukup masa sebenarnya nak handle banyak blog

Ya persilakan kak yan..he..he..

memang bagus kalau ada buat review camni

isu popular sekarang ini..

manfaatnya kepada kedua pihak juga tu..

Wah, blogger otai nie ^-^

saya masih belajar pasal wp ni wpun dah setahun lebih guna

ho..ho...betul tu zu mal..

saya pun sama..proses belajar tu tak akan berhenti..


EmoticonEmoticon