Mahamahu.com Dalam Blog Review BBN

Mahamahu.com Dalam Blog Review BBN…Blog ini dimiliki oleh blogger otai yang ada jenama dan krebiliti dalam niche makanan.Dengan tagline makan,makan dan makan lagi sudah cukup menggambarkan hebatnya penangan blog ini dalam dunia blogging Malaysia.

Pemilik  blog mahamahu.com ialah Bro Mahadi Mohamed Arifin atau lebih dikenali dengan panggilan maha.Orangnya boleh tahan hensem dan berwajah ceria.Agak-agaknya memang peramah lah tu.Maafkan HB jika tersasar pandangan kerana HB tiada kesempatan untuk bersua muka dengan beliau dalam alam realiti.

Sungguhpun begitu HB kembali ke tujuan asal iaitu nak buat blog review dan bukannya review blogger pulak.

Mahamahu.com merupakan blog yang memang popular untuk review makanan dan tempat makan.Sebelum tu HB mengangkat tangan setinggi yang boleh untuk memberi isyarat bahawa HB masih terlalu kerdil untuk menilai blog yang mempunyai reputasi tinggi serta hebat ini.

Berikut ialah penilaian HB terhadap blog mahamahu.com.HB menulis sejujur yang boleh kerana kejujuran itu penting untuk kebaikan bersama.Cuma HB niatkan agar proses review blog ini adalah proses pembelajaran untuk HB sendiri supaya mampu membina blog sehebat mahamahu.com

1.Tagline

HB suka dengan tagline iaitu makan,makan dan makan lagi.Tidak semua orang yang berpeluang untuk sentiasa makan dan menikmati makanan yang sedap-sedap.Blogger Maha beruntung dan peluang tersebut berada padanya.Jadi sangat molek sekali blog ini menggunakan tagline sebegitu dan beliau kongsikan cerita makanan dalam blog ini.

2.Banner

Agak menarik dan warna terang.Sedap mata memandang namun terlalu simple.Gambar makanan yang berwarna warni yang HB sendiri tak faham.Selain itu ada gambar mulut yang HB dapat mesej iaitu untuk memberitahu sesuatu.HB berpendapat lebih elok letak gambar makanan yang lebih variasasi.Maaf sekadar pendapat peribadi sahaja.

BannerMahaMahuLagiBaru3a

3.Kelajuan

Blog yang laju loading sangat disukai ramai terutama kepada penggunjung kali pertama.Sejujurnya blog mahamahu agak perlahan dan bukan dalam kateogri terpantas.HB faham blog yang mempunyai gambar yang banyak dan menarik memang berat.Namun blogger Maha boleh melajukan blog dengan compress fail gambar.Setakat ini HB cuma tahu nak dalam platform Wordpress.

mahamahu speed

4.Bahasa

Setakat ini blog mahamahu.com menggunakan bahasa yang santai dan perbualan harian.Senang difahami namun bagi HB pada level biasa sama macam HB juga.Tak tinggi macam bahasa blogger-blogger otai yang lain.Kita seri kalau macam tu.Namun penting bagi kita ialah pembaca faham dan mereka tak jemu membaca,

5.Keunikan

Blog ini unik kerana menggunakan domain yang agak rare juga.Tak macam kebiasaan yang ada pada blogger-blogger yang lain.Tambahan pula foto shoot terhadap subjek makanan memang awsome.Terang dan jelas.Sesiapa yang teringin nak makan memang terliur dengan hasil kerja beliau.Tak rugi jika ada syarikat atau restoran yang ambil advertorial  melalui blog mahamahu.com.

[admin]

Blog review adalah tugasan sukarela ahli-ahli group Whatsapp Best Blogger Network (BBN).Setakat ini ada beberapa blogger yang telah berjaya menjalan tugasan blog review seperti Blogger Kamil Salleh,Blogger Ummi Seri,Blogger AlongXp dan HB sendiri.

Kepada rakan-rakan BBN yang lain tu jomlah buat tugasan review blog.Sebab melalui blog review ini kita dapat belajar untuk diri sendiri supaya dapat membina blog sehebat mereka.

Secara peribadi HB memohon maaf kepada blogger Maha kerana teguran  dalam blog review mungkin boleh menguris perasaan.Maafkan sekali lagi.

Ada lagi tak yang nak join BBN.Jangan malu dan jangan segan untuk sertainya sekarang kerana tempat adalah terhad.Hubungi Whatsapp Tuan Kamil di talian +6013-999-5015 atau HB sendiri di talian ‘hot’ +6011-38-228-381

28 ulasan

Terbaik daripada MrHanafi yg ikhlas mereview blog pada ahli group BBN. Ternyata admin seorang yg tidak mementingkan dan hanya sekadar membantu dan memeriahkan dan meramaikan ahli BBN. Tahniah... bro, saya suka dgn cara kerja anda.

Maaf.... saya dlm persiapan utk buat contest.
Jomlah jadi penaja nanti.

Pertama sekali terima kasih kepada tuan blog yang sudi review blog picisan ni dan selaga teguran di ambil positif untuk memperbaiki diri.. Yang banner tu tak pandai nak buat hehehehe tak ada yang sudi nak buatkan ker huhuhuhu...

Terima kasih banyak2 bro...

jom mkn mkn dan mkn lg..huhu..

terbaik la..

MV pun memang suka kunjungi blog MahaMahu ni sebab nak tengok restoran mana yang makanan sedap dan bagus reviewnya

ulasan yang baik, jom makan

rajinnya review.. kipidap!

tengahari ni belum makan lagi ni
molek kalau dapat tengok blog makanan
sambil cari menu

Blog makan2 antara blog yg saya suka terjah...kikiki

Menarik usaha tu. Teringin juga nak sertainya insyaallah bila ada kesempatan akan turut serta.

antara otai blog makanan..hebat

terima kasih tuan Kamil Saleh..saya akui gabungan kita memang mantap..

sama-sama tuan..semoga kita dapat manfaatnya.

jom makan malam atau tengahari..

itu kelebihan blogger ini..review makanan yang terbaik..

terima kasih dan jom makan..

thanks nik..kipidap too

ho..ho..selamat menjamu selera

blog kesukaan ramai tu..

terima kasih tuan kerana ada hati untuk menyertainya

Wah....tak pernah singgah lagi ke blog ni...terima kasih infonya

jomlah singgah kat sana..

mantap laa Mr Hanafi...

Terbaik... Maha Mahu rakan blogger kita yang mesra dan peramah... :)

ho..ho..terima kasih

betul juga tekaan saya kan.....

nice review bro. banyak juga point boleh di ketengahkan untuk review ya.

masalah saya sekarang ni dengan blog saya adalah pemilihan theme yang sesuai. rata2 theme yang sy pilih, membuatkan page load berat :(

terima kasih uncle zuan..

masukla group BBN ..


EmoticonEmoticon