Kebaikan Menyertai Group Whatsapp BBN

Kebaikan Menyertai Group Whatsapp BBN..Blogger ada group Whatsapp sendiri iaitu BBN ataupun Best Blogger Network.Ada yang masih ragu-ragu untuk menyertainya kerana ada komitmen lain.Mungkin juga menyedari ketiadaan masa untuk melayan banyak media sosial sekarang ini.

Sungguh pun begitu BBN bukan sekadar group untuk bersembang kosong,Ia adalah satu group yang menarik dan bukan tempat yang melekakan.

Jika nak tahu apa kebaikan menyertai group Whatsapp jomlah telusuri entri hingga ke akhirnya.

group BBN

1.Perkongsian ilmu blogging

Group BBN dianggotai oleh blogger yang berpengalaman luas dalam platform Blogspot maupun Wordpress.Jika ada persoalan tentang blog kemukakan sahaja.In Shaa Allah akan dijawab oleh blogger yang arif tentangnya.Jadi tidak perlu kelas atau tutorial secara formal.Kalau ada lagi baguslah.

2.Sumber percambahan idea

Kekadang kita tiada idea untuk menulis entri atau artikel.Cara yang paling ampuh minta rakan- rakan lain bagi idea.Mereka yang banyak idea pasti tak keberatan untuk berkongsikan dengan rakan-rakan BBN yang lain.Orang kampung HB kata perkongsian itu tanda sayang.

3.Lubuk promosi blog

Promosi blog dalam media sosial Facebook tak sama seperti dalam group BBN.Sebabnya group BBN adalah khusus untuk blogger.Ada dikalangan mereka yang suka buat blogwalking.Ini peluang terbaik untuk ajak mereka membaca atau meninggalkan jejak link.Dapat 10 orang  blogger yang meninggal komen dah kira bagus untuk menghidupkan blog kita.Ada lebih lagi baik.

4.Sesi perkenalan online

Sejujurnya HB lebih menyukai group BBN berbanding Wechat.Dalam Wechat rata-rata anak muda baik lelaki atau wanita menjurus kepada mencari pasangan.Memang tak salah.Tak cari mana datangnya jodoh.Sebaliknya ahli group BBN perkenalan hanya sebagai rakan blogger.Tak lebih dan tak kurang.Lagipun ahli BBN sekarang ini ramai yang dah jadi mak dan bapak orang.He..he..

5.Peluang buat duit

Peluang ini tak semua blogger yang dapat.Hanya blogger yang ada kepakaran dalam bidang blogging boleh buat duit sesama blogger.Misalnya nak tempah template baru,buat banner dan setting blog Worpress.(tak susah tapi kalau tak tahu macam susah).Mungkin juga beli artikel ilmiah untuk kegunaan pengajian atau perniagaan,Siapa tahu pada masa yang akan datang.

[admin]

Sebenarnya banyak lagi kebaikannya.Ketika HB menulis entri ini dah kekeringan idea pulak.Nak sound dalam BBN rasa tak sempat pulak.Jadi terimalah kebaikan menyertai group BBN ini seadanya dahulu.Lain hari kita kongsikan lagi.

Jika sudi menyertai kami sebagai ahli group Whatsapp BBN jomlah hubungi admin yang handsome tu iaitu tuan Kamil Salleh di talian +6013-9995015 atau mrhanafi yang macho nie di talian +6011-38-228381

Sekian.Salam ceria hendaknya.

46 ulasan

pelbagai cara boleh dilakukan untuk jana network dan pendapatan, kalau rajin usaha pasti hasilnya positif

Betul tul nafi....akak dapat banyak ilmu...dan dapat ramai sahabat2 yang ramah tamah. Tak kira otai atau newbie semua bagai 1 keluarga...

banyak juga yang dikongsikan yer :) ...

Paling penting ramai otai kat BBN ^-^

best juga menyertainya sebab boleh dapat ilmu baru dan network ramai

Yalah kan..ada manfaatnya

Memang itulah objektif yang kita mahukan

network tu bro, kalau network luas, boleh kaya bro.

Boleh berkongsi tips dunia blog dengan mudah, maklumlah ramai otai..:)

saya dah join..memang superb !

makin ramai yang join bermakna makin banyak ilmu yang dapat dikongsikan..

sedang pertimbangkan ... mcm berminat lah pulak ...

BBN memang terbaik. Sejak join BBN sya mula feel sebagai blogger. Dapat job dari BBN. Tempah template juga dri rakan BBN. Blessed tu hv BBN in my whatsapp list..

jom join kawan2..kita bina network dan jenama blog kita..

Aamin...doakan terus menerus ..

anatara kelebihan group ini..ramai otai blogger

terima kasih syireen..

itulah yang saya nak bro..ramai juga dapat manfaat

jangan ragu-ragu..jom lah sertai sekarang

ho..ho..tahniah blogger Hannah

bina jenama blog itu yang penting melalui network yang bagus

Kamil Saleh memang seorang blogger yang sungguh aktif dan komitmen tinggi dalam berblogging. Hebat beliau...mampu buat pelbagai aktiviti. Semoga terus sukses dgn BBN.

Terima kasih tuan BM..saya cukup gembira bekerjasama dengan beliau

MV pun nak join juga la, nak menambahkan ilmu dan networking dalam blogging...

Boleh sangat..dipersilakan

moga2 banyak ilmu dapat disebarkan
banyak pula bantuan dapat diberikan

pahala semua tu...

Lepas join BBN baru rasa semangat sikit nak blogging. Kalau sebelum ni sorang-sorang, takde yang nak bagi nasihat atau motivasi. Haha

itulah yang bestnya..pahala

blogger tak boleh bersendirian..ia mesti ada team atau network baru boleh jalan

Memang terbaik, ada group whatsapp sendiri!

Terima kasih sebab menerima kehadiran MV didalam group whatsapp BBN..:)

sebenarnya bagus juga ada grup whatsapp begini. boleh berkongsi idea, boleh tanya secara terus masalah-masalah mengenai blogger. insyaAllah harap dikekalkan.

Saya berminat nak join group wassap ni..boleh bertukar2 pandangan.. ataupun setidaknya wujud contest suka sama suka.. misalnya salah seorang keluarkan idea topik berkenaan.. semua boleh tulis..katakan tema minggu ini adalah bercuti.. so blogger boleh menulis entri mengenai topik tersebut.. sekadar pandangan

perubahan mengikut media massa sedia ada kan.

paling best ramai yang aktif dan sporting..

jom lah wassap saya atau tuan kamil bro..

Dah ada group ni, mesti kena kawtim baik punya.. Barulah senang nak buat sesuatu.. Semoga lebih ramai yang join group ni..hehe

ho..ho sudah semestinya bro.


EmoticonEmoticon