Cerita DiSebalik Gambar Siri 6

Cerita DiSebalik Gambar Siri 6…Agak lama juga HB membelek koleksi album foto digital untuk mencari gambar yang ada makna.Dalam ertikata yang lain ada maksud yang tersirat buat tatapan pembaca blog ini.Belek punya belek dan akhirnya terjumpa juga seperti gambar yang ada dibawah ini

IMG_2103

Budak-budak yang ramai tu sebenarnya menunggu majlis hari jadi anak HB yang bongsu.Kesemua mereka anak jiran yang dijemput khas untuk meraikan majlis tersebut.Majlis belum bermula jadi segala hidangan makanan belum ada.Harap maklum la ye.

Mungkin ada dikalangan pembaca tertanya-tanya kenapa budak-budak tersebut hanya berseluar pendek dan menggunakan mini skirt.Jangan salah tafsir pulak.Mereka adalah anak-anak non muslim dan sememangnya begitu gaya berpakaian mereka.Apa nak hairan dan yang menghairan jika kita berpakaian seperti mereka.

[admin]

Jauh dalam sudut HB berdoa agar ada dikalangan mereka yang boleh menemui hidayah Allah SWT suatu hari nanti.Sebab itu kami sekelurga amat suka mengajak mereka bertandang ke rumah demi memperlihatkan cara hidup Islam yang lebih bersopan santun dan mengutamakan kebersihan.Kerja dakwah perlu dilakukan kepada generasi muda seperti mereka.

Sekian.Salam motivasi dan jemputlah singgah pula ke blog Buku Online.

30 ulasan

molek sangat tu, hb
kena buat dari awal dan jangan ketara
kata orang cara yang berhemah

Perkongsian dan usaha yang baik HB. Didoakan agar dipermudahkan olehNya.

Insha Allah usaha HB berdakwah bakal menambahkan saudara baru kelak...

Teknik terbaik..lakukan pada generasi muda...

Ya..itu yg kita mahukan

usaha yg murni..kagum..

Moga perkara-perkara baik yang kita buat secara tidak langsung menjadi dakwah.
Islam adalah satu cara hidup.

Sengguh murni niat HB tu.. alhamdulillah... niat pun dah ada pahalanya kan... mudah2an... aamiin.
Selamat menyambut hari kelahiran buat anak bongsu HB.. semoga sentiasa ceria sekeluarga... :)

thumbs up hb
.moga satu hari nanti ada kalangan mereka mendapat hidayah...amin...

mendalam statement last tu hehe

InsyaAllah... Saya doakan juga semoga mereka mendapat hidayah. Sesungguhnya usaha HB amat bagus dan harap diteruskan. Berdakwah itu amat luas caranya...

hebat ni, slow2 baru boleh berjaya.

owh ingatkan apalah tadi, seronok kan buat jamuan ramai yang dapat berkongsi rezeki kita

Untuk menarik non muslim memeluk Islam, kita perlu menerapkan undur-unsur seperti kebersihan, kesopanan, tata-susila dan hormat-menghormati tidak kiralah muda, tua, kanak-kanak dan sebagainya.

dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai perkara

terima kasih tuan..itu yang terbaik

sama-sama kita berdoa..

ho..ho..betul tu bro.

dakwah cara ini nampak macam mudah..jadi role model

Bagus berkawan dengan non-muslim ni untuk mengeratkan hubungan kejiranan

he..he....parti memang seronok la

nilai Islam terbaik dalam dunia ini..

awal budak-budak tu datang yer ... excited nak sambut besday kan, seronok ajer :)

budak-budak, pakai skirt ke seluar pendek ke tade sape yang hairan ... kalau mak bapak budak memang hairanlah, lagi-lagi kalau muslim :)

he..he..budak-budak katakan

he..he..betul tu.kalau kat rumah berdua dengan si ayah ..tak pe lah kan..


EmoticonEmoticon