Blog Review Untuk Ahli Best Blogger Network

Blog Review Untuk Ahli Best Blogger Network…Dulu memang ramai blogger buat.Sekarang macam dah sejuk pulak.Dengan kesempatan ada group Whatsapp ini HB nak tawarkan blog review untuk para ahli yang ada.Semoga ia memberi nilai tambah kepada ahli-ahli yang menyertai group ini.

blog review

Blog ahli akan direview oleh sesama ahli.Terpulang kepada mereka bagaimana membuat review blog masing-masing.Tujuannya agar pemilik blog boleh menilai sejauh mana tahap ‘outstanding’ blog mereka kepada para pembaca.Tak bermaksud untuk membuat perbandingan siapa lebih baik sesama ahli.Dalam BBN setiap ahli digerakkan perasaan untuk saling menyokong untuk kebaikan bersama.

Ia juga bukan bermaksud untuk mencari kelemahan semata-mata tetapi membaikpulih mana yang kurang.In Shaa Allah jika dibuat sungguh-sungguh blog para ahli boleh menarik trafik organik berganda-ganda supaya boleh menjana pendapatan.Harapan HB macam tulah.

Berdasarkan pengalaman yang lepas-lepas entri blog review pasti menarik perhatian ramai blogger.Mereka secara semulajadi berminat dalam bab ini.Jangan hairan ramai  yang akan meninggalkan komen yang membina.Pesan HB kepada pemilik blog supaya ambik input tersebut dengan hati terbuka.Kita sebagai manusia memang tiada seorang pun yang bebas cari cacat dan cela dalam membina blog.

Sebagai garis panduan kepada ahli yang akan membuat review blog sila pastikan kalian jujur dan niat untuk membantu.Jangan over sangat.Nanti ada yang berkecil hati dan left group pula.Siapa yang rugi kalau bukan mereka sendiri.

HB dan tuan Kamil Salleh membina group Best Blogger Network ini dengan niat ikhas tanpa mengharap sebarang keuntungan material berbentuk wang ringgit.Harapan kami supaya ahli boleh membina networking dan saling berkongsi ilmu masing-masing.

Malah sebelum mengemukakan idea blog review ini HB meminta persetujuan tuan Kamil dan beliau ternyata bersetuju.Antara point penting untuk membuat review blog ialah seperti berikut:

1.Penggunaan template

Template adalah asas.Tanpa template yang bagus agak sukar untuk pembaca blog kita.Cuba nilai template dari sudut pembaca pertama kali.

2.Susunan widget

Widget yang bagus ialah tidak menimbulkan rasa rimas pembaca.Cari atau cadangkan widget yang sesuai untuk blog tersebut.

3.Warna yang sesuai

Ada yang tak kisah bab warna.HB jenis yang suka satu warna sahaja.Bagilah pandangan bab warna dan ia sebenarnya sukar kerana terlalu subjektif.Bagi orang tak ok tetapi bagi diri kita ok la pulak.

4.Kelajuan loading

Blog yang laju pasti menjadi pilihan ramai pembaca.Jika blog lambat beritau sahaja tanpa malu-malu.HB ada tool untuk mengukur tahap kelajuan loading blog.

5.Nilai keunikan

Keunikan ada banyak sudut.Mungkin dalam bentuk banner header blog,susunan iklan dan gaya bahasa yang digunakan.Para ahli luahkan sahaja komen terhadap nilai keunikan blog tersebut.

[admin]

Apa yang HB kemukan ini sebagai gambaran kasar untuk membuat blog review.Ada blogger yang boleh berfikir dan melihat di luar kotak fikiran.Jadi sampaikan kepada ahli-ahli yang lain.

Memandangkan keahlian Best Blogger Network masih diperlukan, HB dan admin tuan Kamil mengalukan-alukan kedatangan blogger sekalian.Jangan malu dan jangan segan.Sila whatsapp kami dengan kadar segera.

mrhanafi : +6011-38-228-381

mrkamil :+6013-999-5015

Salam motivasi dan ceria selalu.Jumpa lagi.

50 ulasan

Sangat bagus pendapat HB tu..memberi nilai tambah kepada ahli BBN

Alamak bos, terasa nak betulkan pamplet sy tu. Cuma x reti dan nak cari yg sy mampu utk cantikkan pamplet...huhuhu

Ya..untuk kebaikan semua..

Pamplet ke template ..konfius saya seri.

usaha yang bagus..review untuk kebaikan apa salahnya

Tak tahu mana kekurangan blog...:-))

bagus sangat buat review blog. jadi, kita ada masa untuk mengemaskini apa yg baik dan kurang dlm blog kita, insyaAllah.

Memang untuk kebaikan punya

Selepas kena review baru tahu..kelemahannya

Rasa tak layak lagi nak review blog orang. Tapi sangat mengalu-alukan kalau orang nak review blog SH...newbie sangat ni lagi :)

ya betul tu..kita dapat tahu point yang lemah

ye ke..memang pada dasarnya kita akan ada perasaan demikian

Bagus review blog mcm ni.. Sekurang-kurangnya dapat membaiki kelemahan blog itu sendiri.. Good job bro..

Bukan tu je HB, kalau betul dan sepakat, setakat nak bantu tingkatkan earning dari program affiliate pun boleh. Lebih2 lagi bila dah ada group macam ni

plugins saya masih belum lulus lagi ni, cemana la ni

usaha yang bagus. Boleh juga tau apa nak kena improve.

Semoga ia mendapat kerjasama dari semua...

Plug in yang mana tu

Semoga komuniti blogger terus terjalin akrab dan saling membantu. Tahniah dan semoga berjaya. Rugi pula sebab xde whatsaap. Bukan mudah dapat kena review dari blogger hebat spt HB.

dulu2 sy pernah buat... ramai yg request

skrg ni agak kesuntukan masa...

tp ini satu inisiatif yg bagus

Antara sy dgn tuan BM..beliau lebih hebat..dan terima kasih mendoakan kejayaan kami semua

Kali ini kita minta ahli ahli yg sudi buat review..malah ada yg nak bagi hadiah lagi tu..

blog review, mesti terutama utk blog baru dan utk mereka yang nak mencari kelemahan blog untuk penambahbaikkan.

Kalau boleh sertakan cadangan sekali macam mana nak atasi kelemahahan.

goog job.

seram2 pulak bila pikir pasal blog review ni...kikiki...sebab blog saya mesti banyak kekurangan maklum la saya bab2 komputer ni bukan pandai sangat...

Wah ada blog review yer... Blog zumal hanya ala kadar ja...

Ya..prioriti untuk blogger..baru blog hebat macam bro no hal punya

Yang kurang kita kasi tambah..la

Nanti kita buat make over blog

bende cenggini kadang2 boleh menyebabkan bounce rate yg tggi haha

saya bab review blog org , tak berani lagi sbb x byk ilmu ... huhuhuuu ...

bagus blog review ni kan ... tapi biasanya blog review lebih kepada beritahu orang lain tentang kewujudan kita, jarang ada yang review tentang kelemahan blog kita :)

Saya dan MrHanafi sentiasa aktif di BBN dan idea ini kami kongsi bersama. Ini peluang terbaik untuk review blog ahli group BBN. Semoga ramai yang dapat manfaat.

kalau untuk kebaikan tak pe la..

akan ada orang berperasaan gitu...normal

kalau dah hampir sempurna memang sukar nak cari kelemahan

itulah harapan saya tuan kamil..ramai yang mendapat manfaat.

Memang dah lama tak tengok orang buat blog review. Lepas ni yang direview tu boleh la perbaiki mana yang kurang

hmm dulu rajin gak buat. sekarang memang malas nak buat. hehe

saya maSIh baru lg

boleh viral cenggini..ohoh

bila agak nya turn saya kan tak sabar nak tunggu nieh

yalah kan...betul tu

demi minat saya bro..

yang lama memang bermula dengan yang baru juga

akan tiba juga masanya

Moga akan bertambah maju rakan2 dalam network ni

Ya memang boleh bro..


EmoticonEmoticon