7 Langkah Bijak Tangani Jerebu

7 Langkah Bijak Tangani Jerebu ..Ketika ini bumi Malaysia dilanda jerebu yang dahsyat.Pergi sahaja ke semua pelusuk negeri.Dari Perlis hingga ke Sabah.Semuanya tempat dilanda jerebu.Langit yang sepatutnya berwarna biru menjadi kelabu.Pemandangan yang kehijauan juga telah bertukar kepada kelabuan.

Kita tiada pilihan .Kita terpaksa berhadapan dengan suasana jerebu dengan perasaan suka dan duka.Namun kita boleh main peranan supaya jerebu tidak bertambah teruk.Kita boleh dianggap bijak apabila mengamalkan langkah-langkah seperti berikut.

jerebu

Langkah Pertama

Antaranya berhenti merokok.Jadikan musim jerebu ini adalah turning point untuk kita berhenti dan insaf supaya tidak lagi merokok.Jika degil untuk merokok maka paru-paru kalian akan berjerebu buat selama-lamanya.

Ketahui Rahsia Berhenti Merokok Selamanya Hanya Dalam Masa 3 Minggu

Langkah Kedua

Jangan melakukan pembakaran terbuka.Tolong simpan dulu segala sampah yang sepatut dibakar pada yang tempat yang sesuai.Sekarang bukan masa yang sesuai untuk bermain api.Walaupun api kecil menjadi kawan namun bila api dah besar nanti jadi lawan.

Langkah Ketiga

Didik anak-anak supaya mencintai alam sekitar.Rasionalnya dah besar mereka akan lebih prihatin dan menjaga alam ini sebaik mungkin.Mereka akan menjadi pencinta alam.Ia akan bermula dari kita sebagai ibubapa.

Langkah Kempat

Selain berusaha mengurangkan jerebu, jangan lupa pula untuk menjaga kesihatan supaya tahan lasak.Tidak mudah demam dan tidak mengalami penyakit yang kronik.

Langkah Kelima

Sebagai umat Islam baik  wajib bersangka baik kepada Allah SWT bahawa jerebu hanya membawa mudharat atas keizinanNya.Akidah mesti diutamakan walau hebat manapun musibah yang melanda.

Langkah Keenam

Kurangkan aktivitivi diluar rumah kecuali terpaksa seperti turun bekerja atau membeli barang keperluan harian.Jika aktiviti santai seperti jogging atau main bolasepak maka lebih baik tak payah.Tunda dulu sehingga keadaan pulih seperti sediakala.

Langkah Ketujuh

Dalam pada itu tukar corak pemakanan yang sihat.Tindakan ini lebih bijak waima bukan masa jerebu sekalipun.Utamakan lauk yang banyak sayuran segar.Kurangkan makan makanan berminyak dan jangan cuba-cuba nak berbarkiu.Kan perkara ini menambah asap.

[admin]

Marilah kita berdoa agar jerebu semakin pulih.Kasihanilah anak-anak kecil yang baru nak mengenali dunia tetapi hidup menghirup udara berjerebu.

Semoga dengan langkah bijak dan usaha yang positif dapat menangani musim jerebu ketika ini.

Kita sayangi alam sekitar dan sayangi ahli kelurga kita.Bukan generasi ini sahaja tetapi untuk generasi yang akan datang.

Untuk memahami ertri kasih sayang walaupun dalam suasana jerebu apa kata terus baca entri Cara Isteri Sayang Suami

Sekian.Salam ceria dan jumpa lagi

36 ulasan

Nampak macam dah kurang siket semalam..tak tau pulak hari ni macam mana. Lama2 sedut asap, boleh sakit jadinya.
Thanks for the tips.

Langkah pertama tu macan tak memberi impak je, ranmai ja yang MV tengok merokok dengan selambanya

Alhamdulillah, kat sini sudah semakin pulih dari jerebu sejak semalam. Bagi BM, langkah terbaik tangani jerebu adalah dengan menangani punca jerebu. Tiada pembakaran melampau di Indonesia maka tiadalah jerebu.

Jerebu ni kan... orang lain yang jadi punca, semua orang terasa kesannya

Perkongsian yang baik. Didoakan dari kejauhan agar situasi jerebu di Malaysia semakin baik dan terkawal.

memang kena lebih berjaga2 musim jerebu ni. minum air kosong dengan cukup dan supplemen untuk tingkatkan antibodi.

masa jerebu lebih baik kalau tak ada asap kenderaan kan . tapi tak blh nak elak even kat kg ...

teringat aku lagu 'malaysia berjaya'
dari perlis sampailah ke sabah
kita sudah berjerebu

syukur juga di kelantan hujan tiap petang
selamat dari jerebu

terkurang satu point lagi bro...

minum air kosong

Perlis hujan seharian semalam tapi kembali jerebu hari ini...

Memang kasihan anak2 kecil, mereka masih fragile.. Kita kuarantin mereka di dalam rumah pun, tetap terkena tempias jerebu tue...

jerebu please go away!

Yeah kurangkan sekali aktiviti vape secara berjemaah

alhamdulillah jerebu di tempat aiza sudah semakin pulih pada hari ini..

alhamdulillah dah kurang banyak jerebu disini... ledang johor

kalau ada hujan..jerebu akan berkurangan la..

rokok itu yang memberi impak yang kuat ke atak otak mereka supaya jangan fikir lain selain rokok..betul tak?

acara membakar hutan merupakan aktiviti tradisi untuk pertanian mereka kat sana..dulu kat kampung pun sama..kini tidak lagi kerana tanah sudah banyak diterokai..

kalau buat baik dan ramai yang mendapat kebaikan tak pe lah..

ya..sekarang jerebu dah hampir baik..

antibodi yang terbaik akan memastikan kesihatan berada tip top..

hampir semua orang ada kenderaan sekarang ini..

cuba tuan buat pantun lagi best..

ya..kita masukkan ke dalam langkah ke 8 pula..

harap kita semua bersabar menghadapi ujian dan dugaan ini..

Rumah pasang aircond la..

aamiin..semoga ia berakhir dengan segera..

aktiviti vape memang gempak kalau dilakukan berjemaah..lagi besar jemaah maka lagi jerebu dibuatnya..he..he..

semoga ia terus berakhirlah kan..

baguslah kalau macam tu..senang sikit hati kita semua..

Orang bijak akan ambil tindakan yang bijak. Bukan begitu bro HB??

Tempat saya teruk berjerebu... alhamdulillah hari ni hujan lebat.. mudah2an cepatlah reda..

alhamdulillah keadaan dah kembali pulih :)

ya..betul tu tuan Sani

jerebu ini datang dan pergi..


EmoticonEmoticon