Persediaan Menjadi Blogger Sepenuh Masa

Persediaan Menjadi Blogger Sepenuh Masa…Semua orang berpotensi menjadi blogger.Terpulang sama ada mahu atau tidak.Bergantung kepada sedap atau tidak penulisan mereka.Namun apa yang lebih penting penyampaian maklumat atau ilmu tersebut ada memberi manfaat kepada para pembaca atau tidak.Mungkin manfaat untuk pengetahuan atau hiburan pembaca.

blogger sepenuh masa

Menulis blog bagi HB tak sesukar mana.Ia tak juga semudah yang disangkakan.Hasil penulisan pula tidak semestinya bersifat ilmiah dan betul struktur ayat atau tatabahasa.Kalau ada memang bonus.

Kesan akhirnya yang kita mahu ialah pembaca suka dan mereka tak merasa menyesal untuk membaca blog kita.

Dalam banyak blog yang HB lawati  sejak 3 tahun yang lepas rata-ratanya mempunyai penulisan yang mantap.Mereka bijak menyusun ayat dan menyampaikan idea dengan jelas.

Inilah ciri-ciri yang boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.Melalui pendapatan tersebut maka blogger tadi berpotensi untuk menjadi blogger sepenuh masa.

Blog yang mempunyai dominasi SEO yang bagus.Ada ribuan follower dan publisiti media sosial yang hebat.Siarkan sahaja maka pembaca datang berduyun-duyun,Blog ini menjadi buruan para pengiklan.

Sekarang nampak tak bagaimana persediaan untuk menjadi blogger sepenuh masa bermula dari kualiti blog itu sendiri,kekuatan SEO dan populariti dalam komuniti media sosial.

Selebihnya ialah pada blogger itu sendiri.Adalah kita jenis ada inisiatif,berdaya saing dan mempunyai daya juang yang mantap.Sebab keputusan menjadi blogger sepenuh masa memang bergantung penuh dengan rezeki melalui blog.

Ada blog ada duit.Banyak blog maka banyak duit.Sumber penjanaan duit akan diperolehi sama ada pengiklanan,penulisan advertorial,adsense dan affiliate serta bisnes online.

Pelbagai cara untuk mendapatkan duit.Persoalannya berjaya atau tidak sebagai penentuan.Misalnya HB suka mempromosi produk telco melalui blog sebagaimana dalam link >>>http://linksaya.biz/terbaek

Sejujurnya HB belum lagi bersedia untuk menjadi blogger sepenuh masa selagi belum ada sumber pendapatan pasif.Biarpun pendapatan pasif melalui Bestmobile tidak sekencang mana HB tetap akan meneruskan impian yang terindah ini.Bekerja sendiri sebagai seorang blogger.

Jika HB tak menyusun plan dan strategi dari sekarang maka sampai bila-bila pun akan jadi begini.Tidak bergerak tetapi semakin tua adalah.

Sekian.Salam motivasi dan ceria selalu hendaknya.

27 ulasan

Bersemangat pulak bila baca artikel ni.
Bagi saya, impian tu ada, cuma ada banyak lagi benda yang perlu dipelajari. Selain itu, komitment dan semangat juang perlu terus ada.
Thanks HB

All the best HB ^-^

selamat berjaya HB, di mana ada kemahuan di situ ada jalan

ya
memang kena buat persedian rapi
silap gaya tak berasap dapur nanti

Salam Hormat bro HB.
Saya masih lagi baru dalam bidang dunia blogging. Memang antara target saya untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa. Syukur segala idea telah ada dan harap sangat dapat memeriahkan blog sendiri supaya dapat menjadikan blog sebagai satu platform menjana pendapatan. :)

good luck ye, usaha tangga kejayaan!

ya..betul tu..semangat juang mesti tinggi

itu memang saya sangat setuju..

dapur tak berasap..he..he..sekarang dah pakai gas tuan

sama-sama kita mengejar impian tersebut

ho..ho..terima kasih

Saya pun berharap HB akan selalu menjengah ke rumah MV yea...

nak jadi blogger sepenuh masa kena nekad . bukan setakat kena disiplin masa tapi gigih mencari bhn yg berkualiti ... fuh , kesat peluh ...

in Shaa Allah..itu juga yang saya harapkan.

mencari bahan yang berkualiti tu..pasti mencabar

hahaha, tak berasap dapur? ... tu sebab kerja ngadap tenet aje, kalau sekadar blogging, sekejap je kot :)

sama juga.. masih baru sebagai blogger

langkah yang baik bro. keluar dari zon selsesa dunia pekerjaan. kerja sendiri lebih baik :)

Saya ingin menjadikan blog seperti 'kedai maya' saya, tetapi ilmu blog belom ada.

saya juga masih terasa baru..tak banyak yang saya dapat hadam ilmu blogging nie.

kerja sendiri jauh lebih baik ..berbanding kerja bawah orang

boleh la belajar sikit-sikit..uncle Google kan ada

takpe.

pelan-pelan.

nanti bila income dah stabil dan ada saving lebih sikit, baru leh gerak full time nanti.

he..he.. itulah yang saya nak..


EmoticonEmoticon