Perkembangan Group Best Blogger Network

Perkembangan Group Best Blogger Network…Pada hari ini penggunaan Whatsapp  semakin popular meskipun dominasi Facebook tetap berada di tangga pertama.Ramai pengguna dan jumlahnya pasti meningkat dari masa ke semasa.Tak terkecuali Whatsapp mempunyai aplikasi untuk membina kumpulan atau group.

Best Blogger Network

Atas alasan tersebut penubuhan group Best Blogger Network tak terkecuali.Dengan tujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan promosi blog maka HB dengan kerjasama tuan blogger Kamil Salleh telah berjaya menarik ramai blogger tersohor dan baru untuk menyertainya.

Dalam pada itu ada yang telah meninggalkan group tanpa pesan dan alasan.Sebagai admin,sudah semestinya berasa bersalah kerana tidak memastikan group tersebut menepati objektif asal penubuhannya atau keperluan mereka.

Namun begitu HB tetap berlapang dada dan bersangka baik bahawa keputusan mereka itu kerana halangan masa dan sebab peribadi.Usah ditangisi orang yang pergi kerana yang patah akan tumbuh kembali.

Memang betul juga.Sejak kebelakangan ini memang ada kemasukan ahli baru.Biarpun perlahan namun kehadiran pengganti memang disambut dengan pucuk dicita dan ulam mendatang.Tak cukup tangan maka server Google yang HB tadahkan.

Sehingga artikel ini ditulis terdapat 38 blogger yang bernaung bersama Best Blogger Network.HB berharap ada ramai lagi yang berminat untuk menyertainya sehingga slot 100 ahli penuh.

Mungkin ada blogger yang rasa rendah diri untuk menyertai sesi perbincangan.Jangan risau.Kalian boleh menjadi pemerhati senyap supaya segala tip dan informasi yang dibincangkan boleh diterapkan dalam membina kandungan blog masing-masing.

Kepada blogger yang masih belum menyertai Group Best Blogger Network,kalian dijemput secepat mungkin menyertai group ini.Tolong  Whatsapp HB sendiri ditalian +6011-38-288-381 atau blogger Kamil Salleh di talian +6013-999-5015

Segala kemusykilan dan pertanyaan blog boleh diajukan kepada mana-mana ahli.Mereka akan menjawap secara percuma untuk sesi caring dan sharing.Tidak timbul soal malu untuk proses belajar dari mereka yang mahir.

Itulah kelebihan ketara apabila menyertai group Whatsapp ini,Tidak dinafikan juga ada perbincangan yang lari dari topik blog.Namun jangan khuatir kerana selagi mereka blogger maka pemikiran mereka tetap berkisar kepada dunia blog.Sebagai topik selingan memang tak salah mereka berbuat demikian.

[admin]

HB berharap group Best Blogger Network menjadi platform terbaik untuk perkongsian ilmu dan kemahiran masing-masing.

Blogger bergerak sendirian memang bagus namun tidak sebaik apabila bergerak dalam kumpulan yang mempunyai visi dan misi menjadi Blogger Terbaik di Malaysia ini.

Sekian.Salam ceria dan jangan lupa untuk sertai group Best Blogger Network hari ini juga.

 

Iklan teks:

Jawatan  Penterjemah Diperlukan segera.>>>KLIK SINI<<<<

37 ulasan

'Usah ditangisi orang yang pergi kerana yang patah akan tumbuh kembali'.......sedey pulak baca :)

Moga projek ni berjaya...wish you all the best

Setiap perancangan ada berjaya atau sebaliknya
Usaha perlu diteruskan
Insyallah objektif boleh berjaya :)

suka ayat ni --> Usah ditangisi orang yang pergi kerana yang patah akan tumbuh kembali.

nak join juga group tu

moga tiada yang undur diri lagi...group dah ok...cuma kadangkala ada blogger strait aje cam tak ada colour..

satu usaha yang bagus dan boleh memberi banyak faedah
sayangnya aku tak ada whatsapp
huhu

saya faham tu..no hal punya

ya..contact no Whatsapp saya

orang yang datang dan pergi adalah perkara biasa

buatla akaun Whatsapp tuan..

saya ni blogger tepi jalan je. huhuhuhu

Wow..ada group blogger whatsapp..ok juga tu..

hehe ... blogger tepi jalan? :p

tape, admin kata semua leh join :)

Saya doakan Group Best Blogger Network terus bertambah keahliannya... sebagai admin.... saya dan MrHanafi sentiasa dan bersedia melayan setiap ahli dengan senyum lebar. Asam garam dalam group... ada yang pergi dan ada yang datang bila nampak ada perkembangan yang baik dan tiada isu2 yang boleh mendatangkan kebencian pada group BBN ni... Minta dijauhkan....

jom lah join sekali.

ya..saya memang mengharapkan macam tu tuan kamil

Moga BBN terus maju jaya...

Menarik, nak join.. nanti saya whatsapp tuan

Satu perkembangan yang menarik dan positif.... semoga group Best Blogger Network terus maju dan berjaya menjadi tempat blogger berkongsi idea dan info....

I am in already! Thanks tuan kamil for approving me :) * feeling blessed*

Wah, semakin melebarkan sayap ye HB...

Dah lama tau kewujudan group ni, rasa macam nak join juga. Tapi segan pula, saya cuma blogger suam kuku -,-

Aamiin..semoga ia terus kekal aktif

ya..whatsapp saya atau tuan kamil

macam itulah impian saya agar ramai blogger mendapat manfaatnya..lagi pun ia bukan untuk urusan bisnes selain cerita blog dan blogger...

terima kasih Syirin kerana sudi join..

ye ke..tapi group ini NBP..non bussiness purpose..

jom lah join hajar..belajar dari mereka yang pakar dalam bidang blog ini..nak jadi silent reader pun tak pe..tak de orang akan komplen..malah saya sebagai admin pun speechless bila mereka berdiscuss tentang perkara yang saya tak tahu..so jangan segan tau! mana tau selepas jadi blogger suam suku akan menjadi blogger terbangat pulak he..he..

satu usaha yang bagus. kipidap

terima kasih..jom lah join sekali

saya boleh join?

Ye betul tu.. Kadang-kadang ada yg punya kekangan untuk join. Anyway saya la antara yang baru join itu. Salam perkenalan bro hanafi..

Jom join segmen bloglist SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST

tgh req nak join.. harap diterima.. :)

Semoga dipermudahkan segala perancangan dan berjln lancar dgn jayanya.. aamiin..

melangkah secarai berkumpulan lebih seronok berbanding berseorangan..

Menarik nie bro...
lepas nie aku wasap...
jgn tak joinkan aku plak...


EmoticonEmoticon