Cerita Di Sebalik Gambar Siri 2

Tags

 

cerita sebalik gambar

Gambar ini sulit sebenarnya.Ia dilarang sama sekali untuk pendedahan secara secara detail.Namun pendedahan bukan untuk tujuan pengintipan terpaksa dibolehkan.Oleh itu jangan hairan gambar ini tidak diterangkan secara lengkap.Biar kalian membuat tafsiran sendiri apa yang berlaku pada CCTV.

Buat makluman semua tiada apa yang pelik atau aneh berlaku.HB cuma nak ajak kalian berfikir sejenak bahawa kita sebenarnya diperhatikan oleh Allah SWT setiap masa dan ketika.Setiap perbuatan kita sama ada baik atau buruk telah direkodkan oleh para malaikat yang bertugas.

[admin]

CCTV dan monitor komputer hanya alat ciptaan manusia hasil ilham yang berpunca dari Allah SWT.Jika nak tahu hasil rakaman boleh diputar balik.

Begitu juga dengan segala perlakuan kita.Ia akan dihadapkan semula semasa Hari Pembalasan nanti.Sama-sama kita tunggu.Cuma kita berharap kita membawa amal  baik lebih banyak berbanding amal yang buruk.

p/s : Kalian yang berminat untuk membaca info telco bolehkan lanjutkan pembacaan ke entri HB di dalam blog yang satu lagi bertajuk ‘Pakej Data Surf 1000 Terbaik’

Sekian.Terima kasih dan jumpa lagi.

14 ulasan

ingat tadi ada gambar bayangan hantu. heee

suspen aje...yan ingat pun makhluk halus...huhu..

kalau kes curi ni, satu jer yang aku pelik dari dulu, apsal si pencuri atau perompak ni x tahu kewujudan cctv. rasa pelik gak,

betul kita manusia tak lepas dari perhatian penciptanya maka janganlah melanggarnya

manusia memang sombuong,sudah tahu ada tuhan tapi perilaku seperti tak punya tuhan

Ingatkan sumber dana penderma 2.6 bilion hehe..

minta dijauhkan perkara tersebut..

eh..mana ada makhluk halus..buat takut sahaja saya he..he..

kalau dah kes curi mana ada mereka peduli tentang perkara ini..

ho..ho..semoga ia memberi peringatan kepada kita semua

yalah kan..manusia tidak tahu erti bersyukur..

kalau dapat bongkar isu tu..memang gempak la..

Allah menggunakan cctv yang luas untuk melihat hambaNya kan?

Buat suspen aje..ingat apa tadi.. Tapi betullah, kita sebenarnya kena rasa Allah swt itu Maha Melihat dan Mengetahui... Pengetahuannya meliputi yang terang hatta yang tersembunyi..


EmoticonEmoticon