Bagaimana DESIGN Untuk Confirm Berjaya

Bagaimana DESIGN Untuk Confirm Berjaya…Mak oii dahsyat pulak tajuk entri HB kali.Namun  perlu HB ingatkan berkali-kali kepada diri HB sendiri bahawa untuk berjaya perlukan design dan confirm berjaya adalah ketentuan Tuhan Pencipta Semesta Alam.

14372621181_cf070e8887

HB terinspirasi untuk menulis topik ini kerana terpesona dengan ceramah motivasi oleh Pakar Kejayaan Malaysia iaitu Dr Azizan Osman.

video

Jadi HB cuba pula menerangkan konsep DESIGN untuk berjaya dengan merungkai perkataan tersebut.

D-Dekatkan diri kepada Allah SWT.

Tidak boleh tidak.Siapa pemberi kejayaan kalau bukan Dia.Kita hanya berusaha.DIA adalah penentunya.Kita mampu berdoa maka DIA berhak memakhbulkannya atau tidak.Jadi cara terbaik dekatkan diri kepada Allah dengan solat yang wajib,berbuat baik dan meningkatkan iman setiap masa dan ketika.

E-Enggan membuang masa

Kita semua diberi masa 24 jam.Setiap detik yang berlalu amat berharga.Gunakan sebaik mungkin dan jangan bertangguh untuk melaksanakan apa juga tugasan.Menjadi pantang untuk orang berjaya ialah membuang masa kepada perkara yang tidak bermanfaat.

S-Sentiasa fokus dengan matlamat

Matlamat yang hebat dan terbaik tiada gunanya jika fokus.Sekejap nak buat itu dan tak lama selepas itu nak yang ini pula.Sungguh sedih kalau ada yang berusaha sekerat jalan kerana kurang menitik beratkan matlamat.Jadi fikirkan matlamat dan buat sampai jadi.

I-Inspirasi idola kejayaan

Macam HB memang teruja melihat kejayaan orang lain.Kejayaan mereka menjadi inspirasi untuk kita untuk terus berusaha dan berimpian.Kaji cara idola kita berfikir dan bertindak.Serius mereka tidak merahsiakan teknik kejayaan mereka melainkan duit simpanan atau berapa isteri yang mereka ada ( bagi lelaki la)

G-Geng dengan orang positif

Hanya orang berjaya suka berkawan dengan orang berfikiran positif.Hanya orang berfikir negatif sama geng dengan mereka.Jadi mulai sahaja saat ini HB galakkan kalian yang nak berjaya mesti geng dengan orang positif.Abaikan mereka yang berfikir negatif kerana geng dengan mereka tak akan membawa ke mana.

N-Nampakkan diri sebagai orang berjaya

Kejayaan bermula dalam pemikiran.Dari pemikiran cuba jelmakan ke alam realiti dengan cara pemakaian,cara bercakap dan cara berjalan.Biar orang lain tahu bahawa kita antara orang yang berjaya.Tak kira pada masa yang terdekat atau pada masa yang akan datang.Yang penting proses menampakkan diri  orang berjaya perlu ada.

[admin]

HB mengalu-alukan kalian yang nak berjaya sila teruskan pembacaan kepada entri sebelum ini yang berkaitan atau blog mrhanafi.com

Sekian.Salam kejayaan dan jumpa lagi.

p/s :Selepas itu boleh DESIGN kejayaan tersebut bersama HB dalam projek BEST tahun 2015 iaitu Teknik Sebenar Bina Kehidupan Bebas Kewangan

17 ulasan

Pernah sekali mengikuti seminar percuma DAO ni, memang terasa kelainannya

Rasa bersemangat dan bermotivasi bila baca entri ni. Ada kawan dah pergi dengar ceramah Dr Azizan. Memang best katanya.

Rasa bersemangat dan bermotivasi bila baca entri ni. Ada kawan dah pergi dengar ceramah Dr Azizan. Memang best katanya.

ringkasnya, kena selalu POSITIF la kan..

kita yang design kan diri kita sendiri

Seminar beliau memang terbaik..

oh..ya..terima kasih

jika kita pegang kunci ini..insya Allah boleh berjaya punya

Design ini dalam maksundya yang tersirat lagi tersurat..

Begitulah ceritanya..harap boleh memberi manfaat kpd mereka yg memerlukan..

hehe geng with positive people might be right for some most of the time but not all the time
my senior always give me negative words, saying you can't make it
but I did not give up, not even shout at him, but do to prove him wrong
that's the way yeah

saya masih tak mampu nak buat yang N. susah nak nampak berjaya di mata orang lain

it depend on how we think about it...thanks Emily

jika tak mampu untuk orang lain..buat untuk diri sendiri pun kira ok gak.

tq tuan saya suka perkongsian ni bagus untuk motivasi diri sendiri.

sama-sama kita ambik manfaatnya


EmoticonEmoticon