Amalan Wajib Untuk Murah Rezeki

Amalan Wajib Untuk Murah Rezeki…HB pasti ramai nak tahu.Biasalah bila sebut je rezeki maka terbayang dalam minda kepada duit oh duit,makanan yang banyak dan apa sahaja yang memberi nikmat.(ingat benda halal je tau!).Malah perlu diingatkan bahawa rezeki membawa pengertian yang luas.

Rezeki yang terbaik mencakupi kesihatan yang bagus.Iman yang mantap atau sumber kewangan yang tak putus-putus.Suasana ini memberi kesan kebahagiaan kepada rumahtangga hingga ke Jannah.

Memandangkan HB sangat suka dengan tip yang disampaikan oleh IM Ir. Ezwan maka tanpa segan silu HB ingin sekali berkongsikan dalam blog ini.In shaa Allah.

amalan murah rezeki

✅ Nak dapat income RM50,000 sebulan wajib SEDEKAH 10% dlm RM5000 bulan tu baru Allah bagi RM50,000


✅ Lepas solat sedekahkan Al-Fatihah pada mak ayah.. Call mak setiap hari.. Mintak maaf dgn mak.. Mintak mak redha dgn apa yg kita buat..


✅ Nak rezeki melimpah ruah.. Bukak tabung-tabung berikut:


1. Tabung Zakat
2. Tabung Sedekah
3. Tabung Wakaf
4. Tabung Infak


**pergi pejabat zakat berdekatan.. Tanya terus dengan mereka bagaimana nak buka tabung-tabung ini**

✅ Ramai yg sebok jaga rezeki dengan orang tapi LUPA & TAK JAGA hubungan dengan PEMBERI REZEKI (ALLAH SWT)

AMALAN MENJEMPUT REZEKI YANG WAJIB BUAT:

1.Solat awal waktu

Lelaki - 10 ke 20 minit sebelum azan mesti dah ada kat masjid!  

2.Solat Dhuha
Eksklusifkan masa dengan Allah dahulu sebelum buat kerja lain
Baca surah Al-Waqiah selepas Dhuha (kita tidak akan miskin sampai bila-bila)


Bilangan rakaat biasanya buat 2 rakaat, cuma tambah jadi 4, 6 & 8.. Ikut kemampuan.. Setiap 2 rakaat kena bagi salam..

✅ Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

3.Tahajjud
Buat 7 hari berturut-turut kemudian dah biasa.. Buat secara konsisten


Buat presentation dengan Allah di waktu 1 per tiga malam.. Cerita plan marketing pada Allah terus! Kalau cerita pada manusia..kalau orang taknak kita akan kecewa! Tapi present plan pada Allah..kita takkan rasa kecewa.. merintih pada Allah apa yang kita nak.. Apa yang kita impikan.. Apa yg kita nak capai dlm hidup! Biar jelas.. Kalau nak jadi jutawan..doa nak jadi jutawan berkat tahun ni..


Mintak semua pada Allah.. Nak pakai Ferrari.. Nak ada RM10juta dalam akaun bank dalam masa 2 tahun.. Nak hantar mak ayah pergi umrah tahun ini.. Nak beli rumah bunglo.. Impian kena jelas! Mintak semua pada Allah.. Mintak yg besar2 terus sebab Allah maha kaya maha pemurah!


✅ Belajar berlapang dada.. Redha dengan setiap masalah & ujian yg Allah bagi.. Contoh ada orang hutang kita bertahun-tahun tak bayar.. Redha kan semua tu.. Belajar redha.. Sebab ada orang pinjam 90ribu dah bertahun-tahun tak bayar..pastu dia belajar redha.. Tak sampai seminggu Allah balas balik dia berjaya jual tanah bernilai RM340,000 yg 10 tahun lepas punya kes..


4.Sedekah
Beri sedekah dengan perasaan.. Contohnya,
Ya Allah asbab aku memberi ni aku dapat jadi jutawan (semasa nak sedekah tu niat macamm ni dengan penuh perasaan)


✅ Buat TABUNG SUBUH
- Masukkan duit setiap hari selepas subuh.. Masukkan dengan penuh perasaan & doa pada Allah.. Cukup sebulan duit tabung tu keluarkan & sedekah pada masjid @ rumah kebajikan @ maahad tahfiz dll..


Formula YAKIN
1. Yakin
2. Yakin
3. Yakin
4. Yakin
5. Yakin
6. Yakin
7. Yakin
8. Yakin
9. Yakin
10. Doa
11. Usaha
12. Tawakkal
9 kali kena yakin!!


5. Baca Al-Quran
Paling malas minimum 1 baris dengan terjemahan.. Buat setiap hari.. Jadikan amalan!
- Kalau bersedih.. Baca Quran.. Kalau sakit.. Baca Quran..


6. Istighfar setiap hari
Baca zikir 'Ya Wahhab' je 100 kali setiap hari.. Lagi bagus setiap solat 100x.. Pastu up 1000x sampai la mampu buat 100,000 zikir..


7. Jaga Wuduk setiap hari
Latih badan sentiasa ada wuduk.. Kalau masalah kentut.. Buat ikut kemampuan sampailah masalah kentut tu hilang.. Hehe!

Contoh dlm wuduk pastu gi jumpa client.. Pasti terkentut.. Jangan la pi ambik wuduk plk.. Lepas dh jumpa client baru la ambik wuduk sbb masih dlm proses latihan.. Bg kelonggaran pada diri.. Jgn berubah secara drastik..


✅ Latih diri MEMBERI diwaktu tiada bukan bila dah KAYA!

  1. Jangan lupa amalkan ye!
  2. Kredit kepada : www.irezwan.com

 

[admin]

Ternyata amalan yang dikongsikan oleh tuan Ir Ezwan menjurus kepada faktor keagamaan untuk murah rezeki .Sebab dengan cara ini kejayaan dan kekayaan yang bakal kita terima nanti lebih berkat dan memberi jalan paling awesome untuk ke syurga.

Sekian.Salam menikmati murah rezeki dan jumpa lagi.

 

“Peluang rezeki sebagai penterjemah bahasa sila klik  >>>Kerja Translator<<<”

30 ulasan

Setuju semua tips di atas. Smga istiqamah melakukannya sehingga sebati dlm diri

Niat selalu ada, nak buat tu kekadang terlupa, untung kalo dpt kawan2 yg sentiasa mengingati hal2 mcm ni

In shaa Allah. Akan cuba ikut tips2 di atas.
Perkongsian yang baik...moga dapat ganjaran yang baik juga..aamiin
Thanks

memang wajib bersedekah kerana sebahagian rezeki yg kita peroleh memang ada bahagiannya utk orang lain

semoga rezeki terus bertambah, amin

tq tips diatas.
ada yang yan baru tahu...

formula YAKIN tu sememangnya kena istiqamah, berlapang dada Allah ada perancangan rapi untuk kita..

bagus tips ni, elok diamalkan semua

In Shaa Allah boleh kita sama-sama amalkan

ya..niat sangat penting dalam perkara ini

terima kasih..saya sekadar nak kongsikan agar kita semua boleh amalkan mana yang termampu.

ya..memang itulah hakikatnya

aamiin ..saya doakan untuk tuan juga

ada ilmu yang kita baru tahu adalah perkara biasa..cuma risau apabila tahu tak beramal pulak.

Allah adalah perancang dan penentu kejayaan buat kita semua,

ya..moga-moga kita diberi kekuatan untuk beramal.

nice sharing ... erm kena yakin sampai 9 kali pasni :)

terbaik tips yang ada ni. sebenarnya senang di amalkan, kita manusia sahaja yang nak atau tak nak buat

Istiqamah adalah kunci kepada semua tips di atas. In shaa Allah.

perkara biasa tu bro..

perlu juga berdoa supaya istiqamah

Semoga dapat lebih istiqamah dgn amalan2 di atas. inshaAllah

tips yang terbaik HB

terima kasih atas perkongsian... memang patut diamalkan...

Tertarik dengan barisan ayat, Jadilah JUTAWAN yg memberi manafaat pada orang lain!

Siapa tahu nasib manusia kan. Hari ni kais mengais, esok hari boleh derma 2 bilion-bilion..;)

boleh dijadikan amalan ni
pahala dah tentu dapat

In shaa Allah.. akan diamalkan sebaik dan semampunya. T kasih atas perkongsian HB

Tips yang sangat terbaik..


EmoticonEmoticon