5 Tanda Rumahtangga Kurang Bahagia

5 Tanda Rumahtangga Kurang Bahagia…Kebahagiaan dalam rumahtangga ada pasang dan surutnya.Ada ketika bahagia dan tak kurang juga masa derita.Namun jangan pasrah kepada keadaan terutama keluarga yang kurang bahagia.Sebab ujian dalam rumahtangga bukan calang-calang.Silap hari bulan akan membawa kepada pembubaran perkahwinan itu sendiri.

rumahtangga kurang bajaya

Itulah kesukaan para syaitan supaya suami dan isteri bercerai berai manakala pasangan kekasih pula didorong untuk melakukan zina.Nauzi Billah Min Zalik.Licik sungguh tipu daya syaitan untuk menghancurkan manusia.

Berikut adalah tanda-tanda rumahtangga yang kurang bahagia.Jika tidak diselamatkan segera maka akan berakhir dengan derita.Kita minta doa ramai-ramai agar dijauhkan bala sebegini kepada pembaca semua

1.Solat 5 wajib waktu diabaikan

Pintu paling mudah untuk dimasuki oleh para syaitan untuk mengoda manusia melalui pengabaikan solat.Kini benteng sudah ditembusi.Yang tinggal cuma iman setipis bawang.Para suami atau para isteri yang langsung mengabaikan solat memang menjadi sasaran untuk berlaku kecurangan.Kalau bukan suami jadi jembalang maka si isteri jadi petualang.

2.Hilang rasa hormat isteri terhadap suami

Apabila si isteri sudah anggap suami dah tak ada apa-apa lagi maka tunggulah saat kehancuran itu.Si isteri keluar rumah sesuka hati.Pergi tanpa keizinan.Datang kembali entah pukul berapa.Pada ketika itu suami seperti tunggul kayu yang hilang fungsi sebagai ketua keluarga.Sudah pasti urusan rumahtangga tidak terurus.Anak-anak yang tidak bersalah akan terabai fizikal dan emosi.

3.Suami kurang rasa sayang terhadap isteri

Perkara ini amat ditakuti oleh para isteri.Sebaliknya para suami mengambil kesempatan ini untuk menyayangi wanita lain.Maka berlaku kecurangan dan tidak setia pada pasangan masing-masing.Banyak faktor yang menyebabkan si suami kurang menyayangi isteri.Antaranya pengabaian tanggungjawab melayan batin suami dan juga perhatian lebih untuk anak-anak.Si suami berasa kecewa lalu mencari keseronokan diluar rumah.

4.Pendapatan suami yang tidak mencukupi

Soal rezeki adalah subjektif.Ada suami yang mempunyai pendapatan rendah dan tidak mampu menyediakan keperluan wang untuk keluarga.Si isteri nak hidup senang tetapi si suami bergelut pula dengan kemiskinan.Lama kelamaan timbul perasaan menyesal si isteri lalu memberontak secara diam.Mereka kurang menyayangi keluarga sebaliknya mengalih tumpuan kepada rakan-rakan sosial.

5.Sikap pasangan yang mementingkan diri sendiri

Si suami terlalu berkira-kira dengan perbelanjaan rumah.Itu tak boleh.Ini lagi tak boleh.Ada duit tetapi dibelanja untuk hobi dan sebagainya.Bukan itu sahaja para isteri pula merungut dan cuba menuntut hak mereka.Si isteri terpengaruh dengan idealisme bahawa buat apa kahwin kalau si suami hidup menumpang dengan kesenangan isteri.Sedar maupun tidak sikap suka menuntut baik hak suami atau hak isteri akan menimbulkan perbalahan yang tiada kesudahannya.Ikatan perkahwinan akan terlerai dengan sikap begini.

[admin]

HB percaya tanda-tanda rumahtangga yang kurang bahagia ini boleh diatasi dengan bantuan pihak berkaitan.Rujuk pihak tersebut untuk mendapat nasihat dan sesi kaunseling.

Bagi pihak suami pula kuatkan iman dan tingkatkan ilmu.Baik buruk seseorang isteri akan dipertanggungjawabkan kepada suami kerana dialah pemimpin,pembimbing dan dan pendidik.Jika tak berjaya setelah berusaha maka serahkan segalanya kepada Allah SWT sahaja.

Sebab itu sebelum berkahwin wajib pilih lelaki yang bagus dan terbaik untuk membimbing isteri ke jalan yang lurus.

Salam ceria dan sehingga jumpa lagi.

34 ulasan

Nauzubillah, semoga perkahwinan kita mendapat mawaddah dan rahmat dari Ilahi

Tq heroborneo untuk tips hebat ini..:)

walau apa pun yang berlaku,, yang penting solat jangan tinggal dan sentiasa berharap pada Allah swt,, insha Allah,,

ya..itu yang kita mahukan

harap kita semua tak tergolong di kalangan mereka

itulah harapan pertama,terakhir dan selamanya..hanya kepada Allah SWT

mana2 pasangan pun mahukan rumahtangga mereka bahagia dan kekal...nauzubillah min zalik...semoga dijauhkan dr yg negatif...bagus perkongsian ni HB

oh pendapatan tak mencukupi pun tanda-tanda juga yer ... baru tahu ni :)

Sekali sekala bergaduh tu biasa tapi kita perlulah tangani dengan sabar dan bijak. Jangan la diikut bisikan syaitan...

Dugaan berat yang biasa melanda keharmonian rumah tangga. Moga dijauhkan..

sedangkan lidah lagi tergigit

sabar
apa2 pun terjadi minta pertolongan allah

Semoga kita semua dijauhkan dari perkata yg buruk sebegini

Ada sesiapa ke yg tahan hidup susah dan makan tidak menentu setiap hari

Itu yang sebaiknya buat kita semua..jangan kalah dengan syaitan

Ramai juga pasangan yang diuji dengan dugaan sebegini..

Itulah lirik lagu yg biasa saya dengar..

Langkah yg terbaik bagi umat Islam ialah minta tolong dengan Allah

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

Menakutkan bila fikir masalah rumahtangga yang macam-macam sekarang ni kan...

kuncinya pada solat 5 waktu . klu solat cukup , insha ALlah , yg lain itu dapat dihindarkan ...

Sentiasalah kita berdoa dan berusaha agar rumahtangga kita semua senantiasa bahagia dan diberkati... aamiin

Hidup haruslah saling memahami dan melengkapi

mampu dahulu sebelum berkhawin

Hidup berumahtangga banyak dugaanya. Jika tidak sabar pasti berlaku pertengkaran dan boleh mengakibatkan perceraian. 5 tanda yang bro MRhanafi berikan memang betul dan sentiasa menjadi perbalahan jika tidak ditangani secara baik dan berhati-hati.

moga di jauhi perkara macam ni bila dah kawin nanti

sebab itu solat 5 amat di titik beratkan

doa adalah senjata orang mukmin

kalau ada orang faham benda nie kan lebih senang

ya betul tu..duit main peranan yang amat penting

itu yang sebaiknya buat kita semua

ho..ho..terima kasih tuan kamil..pandangan don komen yang bernas sekali

memang itu yang kita harap agar benda buruk begini tak berlaku terhadap kita.


EmoticonEmoticon