Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network

Jemputan Menjadi Ahli Best Blogger Network..Baru-baru ini HB terkesima seketika.Mana taknya menerima satu chat Whatsapp dari Blogger Kamil Salleh.Rasa terharu kerana ada blogger sudi menjalinkan silaturahim luar waktu blogging iaitu menggunakan media sosial hangat ketika ini.Mungkln baru buat HB tetapi biasa-biasa buat blogger lain.

Sebelum ini HB memang pernah menghubungi blogger myrujukan untuk urusan buat blog Wordpress.Selain itu memang ada connection dengan Blogger Dunia Zumal dan Along XP atas urusan perniagaan Bestmobile.

Tuan Kamil Salleh sudah HB kenali melalui blog sensasi2020.com sejak dari tahun 2012 lagi.Maksudnya beliau sama generasi dengan HB aktif dalam dunia blogging.Mungkin juga lebih awal lagi dan pencapaiannya di dunia blogger memang jauh ke depan berbanding HB yang masih bertatih membina jenama blog.

Tak sangka pula dengan kehadiran Blogger Kamil Salleh dalam senarai WhatsApp menyebabkan HB terpanggil untuk membina group chat terbaru.HB lantas menyuarakan idea untuk bekerjasama dengan beliau menubuhkan group WhatsApp iaitu Best Blogger Network.

Best Blogger Network

Tujuannya sebagai platform untuk para blogger yang baru dan lama mempromosi blog masing-masing.Jika sebelum ini blog mereka kurang komentar maka selepas menyertai group ini akan ada rakan blogger yang memberi komentar.Boleh juga sebagai cara terbaik untuk memohon  backlink sesama blogger.

Group begini bukan suatu yang baru dalam dunia Facebook.Misalnya Denaihati Network yang mempunyai keahlian yang beribu-ribu.Cumanya dalam Best Blogger Network sangat memfokus kepada pembaca sesama blogger.Impian HB agar group WhatsApp ini memberi manfaat kepada semua rakan blogger yang berminat dalam dunia blogging.

Perancangannya awal untuk menjemput seberapa ramai rakan blogger yang berminat untuk menyertai group ini.Selain itu menjemput secara eksklusif top dan otai blogger untuk memeriahkan Best Blogger Network.Semoga dengan cara ini mereka menjadi sifu kepada kami semua.Paling tidakpun mereka ajak kita singgah ke blog mereka ketika entri terbaik diterbitkan.

[admin]

HB amat mengalu-alukan blogger yang awesome dan comel tu jom lah sertai Best Blogger Network dengan menghubungi WhatsApp HB sendiri di talian 011-38-228-381 atau Tuan Kamil Salleh di 013-999-5015.Sambutan kalian semua kami dahului dengan jutaan terima kasih

31 ulasan

yan nak join..nanti yan wassup hanafi k...

Salam semua... dialu-alukan semua blogger tidak kira di mana berada, kita berkongsi info atau spa saja yang berkaitan blog dan lain-lain yang menfaat dapat memberi idea atau buah fikiran dalam group Best Blogger Network.

Jangan sudi atau segan untuk menyertainya. Semoga kita boleh rapatkan ukhwah antara kita blogger semua.

boleh saja..insya Allah

betul kata rakan admin saya tu..jom sertai ramai-ramai..jika kouta dah cukup kita buka lagi volume 2 punya,,,

Menarik ni.. semoga ia membawa kebaikan dan kejayaan buat semua, in shaa Allah... aamiin.

Terima kasih kerana sudi jemput Zumal...

Moga lebih suksess...dan boleh belajar dari mereka yang lebih berpengalaman..
thanks for the info HB

Bagus ni, pasti dapat perkongsian dari otai-otai blogger. :D

Bagus ni, pasti dapat perkongsian dari otai-otai blogger. :D

moga lebih sukses dengan BBN.....

Saya pun nak join juga la group ni..nak tahu juga ilmu yang dikongsi bersama...

sama-sama ..terbaik lah tuan

satu untuk bantu..blogger baru

ya..tuan Kamil dah invite ramai blogger otai masuk BBN..besar pengaruh dia dalam networking nie

terima kasih..Cheq Eem

ya..jemput masuk..whatsApp sahaja saya atau tuan Kamil

jom join reramai

admin HB amcam nka join group best blogger network tu.. salam kunjungan dari mommylina.blogspot.com

Ya..memang ada..sifu HH ada join dan memberi tip berharga utk kami semua.

Iuzira dah jadi ahli..terima kasih kerana sudi join.

Wajib ada akaun whatsapp..hubungi no. sy guna whatsapp 011-38-228-381

Assalamualaikum HB.. saya baru post artikel pasal jemputan ni.. jom baca.. http://blog.cahayadiana.com/dijemput-menjadi-ahli-best-blogger-network/

wsalam..ok..sy pun nak ke sana nie..jom la sekali yang lain-lain tu.

klu aku join, tak sampai seminggu aku mute. haha

macam best ja ni, nak join boleh ke

semoga membawa kemajuan bagi blog kedua admin memang baik pula memperluas network

Tak pe..ada yg tak serasi dgn wasapp

Semoga dengan Group tersebut dapat membantu para blogger yang lain.. :)


EmoticonEmoticon