Cinta Sejati Versus Cinta Palsu

Cinta Sejati Versus Cinta Palsu…Perasaan cinta terlalu abstrak.Terlalu sukar untuk diungkap dengan kata-kata atau dilukis dengan lukisan.Apatah lagi untuk dipotret dengan seni fotografi yang paling terkini sekali pun.

Ahh.Betapa kelunya lidah ini untuk menuturnya.Hati ini pula kosong bak sehelai kertas putih A4.Pendek kata cinta sejati adalah teras kepada semangat untuk mencari bahagia.Tanpa cinta kehidupan seakan-akan berakhir.Awas hanya cinta sejati pembawa kebahagiaan hakiki.

cinta sejati

Dalam entri ini HB cuba untuk menghuraikan secara santai konsep cinta.HB suka menulis gaya bahasa cinta tetapi HB telah tinggalkan semejak zaman persekolahan.Dah berpuluh tahun tu.Mahu berkarat la jawabnya.

Cinta sejati yang mutlak adalah kepada Allah SWT.Sebab DIA Maha Pencipta dan Maha Agung yang mengatasi segala-galanya.Atas nama cinta ini kita sebagai hamba yang beriman kita wajib menurut apa sahaja perintah dan menjauhi apa juga laranganNYA.

Cinta sejati yang tak kurang pentingnya ialah cinta sesama makhluk.Cinta seorang sang teruna pada sang dara.Memang hebat sehinggakan ada ungkapan lautan api sanggup direnangi.

Ikut logik akal yang waras semuanya adalah pembohongan semata-mata.Terkena putung rokok yang masih berapi pun kita boleh kesakitan teramat sangat.Inikan pula lautan api.

Cinta si teruna kepada si dara boleh membawa ke jinjang pelamin merupakan satu anugerah.Selepas itu cinta sejati akan berkonsep suami dan isteri.Si isteri sanggup susah dan senang bersama suami.

Jika dilimpahi rezeki yang luas maka mereka amat mensyukurinya.Sebaliknya jika diuji dengan kesempitan rezeki suami isteri harus sabar dan redha dengan ketentuan Illahi.Mereka tetap bahagia dan menerima keadaan pasangan seada-adanya.Begitulah cinta sejati yang kita nak bina dan nikmati dalam hidup ini.

Dalam memahami konsep cinta sejati ini mari HB selitkan juga cinta palsu.Maaf kan HB kerana ia istilah yang HB guna untuk menggambarkan maksud yang berlawanan kepada cinta sejati.

Cinta palsu bertopengkan kepura-puraan.Cinta palsu berorientasikan nikmat hawa nafsu semata-mata.Si jantan akan mencari si betina untuk melampiaskan nafsu kebinatangan mereka.

Dosa tolak tepi.Yang penting seronok dan hiburan yang tak bertepi.Budaya yang menjalari cinta palsu ialah bertukar pasangan tak kira kenal atau tidak kenal.Syaratnya mahu dengan tidak mahu sahaja.

Kalau dah dinamakan nafsu,mesti semua mahu.Umpama biawak yang dihulurkan bangkai mana mungkin ia menolak rezeki tersebut.

Dalam pada itu,cinta palsu boleh meresapi jiwa seorang  waima mereka bergelar isteri atau suami sekalipun.Cinta ini amat berbahaya.

Boleh meruntuhkan rumahtangga yang telah dibina bertahun-tahun.Jika cinta palsu terkena pada suami orang atau isteri orang maka amat sukar mengubatinya.

Lebih parah lagi kalau ada cinta palsu itu ada pada golongan komplikated.Mereka suka dan mencintai kaum sejenis.Golongan wanita cenderung untuk menjadi lesbian manakala golongan lelaki menjadi gay.Mungkin dalam entri yang akan datang HB akan kupas secara mendalam isu hangat ini.

[admin]

Dapat kita perhatikan bahawa cinta sejati adalah nikmat kehidupan manakala cinta palsu membawa kemusnahan kehidupan.Sebagai insan hebat dan bertuah maka pilihlah cinta sejati.Cuba sedaya upaya untuk menjauhi cinta palsu.

Sebelum mengakhiri entri ini HB  berpesan kepada insan bergelar wanita untuk melanjutkan bacaan tentang >>>>. Ilmu Tentang Wanita Cari Suami 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

24 ulasan

cinta lepas kahwin..penuh nikmat hb....lebih terjaga batas2 seorang muslim dan muslimah

sebab itu Islam amat menganjurkan perkahwinan..

kadang susah nak bezakan sebab semua penuh kepura-puraan

cinta sejati berlandaskan agama akan kekal

Buat ujian yg simple...

Itu yg sebaik-baiknys..buat kita semua

jadi siapa ya yang mempunyai cinta sejati

cinta lepas nikah adalah yang terbaik.. cinta sebelum2 tu kadang tergoda dgn nafsu lagi marabahaya.. walaupun kenal lama masa bercinta.. tak semestinya kita pangil cinta sejati sebelum sesama pasangan tinggal sebumbung secara sah.. (sekadar pandangan mommylina)

Cinta tidak boleh dipegang tapi boleh dirasa dengan hati yang ikhlas mencintai...

Dah lama tak baca ayat-ayat novelis dan puitis ni...menarik la HB

Cinta hamba kepada Allah swt.

Kumpul duit dulu dan kahwin..itu pun seronok juga lah.

Nie memang orang kuat bercinta..betul tak..?

Terima kasih....itu sekadar flash zaman sekolah dulu..

ALHAMDULILLAH, takdelah perempuan yang memberi cinta palsu. Bercinta pun jarang. hahaa :D

Hadirkan rasa cinta pada Allah, dia akan datangkan insan yang baik-baik di sekeliling kita :)

Cinta kpd insan dgn hati yg ikhlas kerana Allah pasti ttp akan segar sampai bila2.. subhanallah...

tak pe..yang penting ada duit boleh kahwin

itu yang terbaik tuan tidak dapat dinafikan hakikatnya

sometimes you have no idea of that guy is real with you or not
but the best thing I ever did was to reject guys that already married
yes I have no idea how come they could fall in love with me when we just met once

because love is blind so carefully with our emotion..

Sungguh sakit hati ini bila dapat tahu cinta yang di sangka sejati selama ini adalah cinta palsu... Bertabahlah wahai hati...

cinta palsu mainan dunia..biasa la tu.


EmoticonEmoticon