Budaya Layan Gajet Sambil Beraya

Budaya Layan Gajet Sambil Beraya…Sebetulnya HB tak berkenan la dengan budaya terbaharu ini.Namun terpaksa akur juga bahawa trend masa kini sudah mengubah kehidupan manusia hampir secara total.Jika dulu sekadar buat panggilan dan sms serta MMS.Sekarang gajet yang meliputi smartphone,tablet,pad dan sewaktu dengannya sudah meresapi budaya hidup kita sehingga ke akar umbi.

gajet raya

Para tetamu dan tuan rumah telah menjadikan gajet teman setia sepanjang masa.Boleh dikatakan tak lepas dari tangan.Tak boleh berenggang walau seketika.Hebatnya penangan gajet sehingga menyebabkan kemesraan dalam suasana raya lebih dirasai secara online berbanding offline.

Dengan kemunculan media sosial baru seperti Wechat,Instagram dan Whatsapp memang mengasyikkan semua orang.Ini belum termasuk otai media sosial seperti Facebook dan Tweeter.Setiap media sosial ada pengikut yang tersendiri dan pengguna yang setia maupun sedia ada.

Kesan segera telah menjauhkan orang yang dekat dan mendekatkan orang yang jauh.Bunyi macam kelakar tetapi itulah realiti kehidupan masyarakat masa kini.Tak ikut trend kalian seperti ketinggalan zaman pulak.

Ada perkara yang tak menyeronokkan tatkala melayan gajet ialah kita lebih suka berdiam diri berbanding berbicara.Sedangkan hubungan persaudaraan dan silaturrahim lebih ‘feel’ jika dilakukan dengan bersembang secara bersemuka.Sambil-sambil makan kuih atau menikmati hidangan hari raya kita memandang wajah orang yang berada di sekitar kita.

HB berharap para tetamu dan tuan rumah tatkala berhari raya dapat mengawal diri terhadap penggunaan gajet.Jika ada tetamu maka tuan rumah tinggalkan seketika gajet tersebut.Begitu juga dengan dengan tetamu adalah lebih molek untuk menyimpan seketika gajet dalam poket atau tas tangan.

Mungkin saranan HB supaya meletakkan notis peringatan untuk suis off handphone ketika masuk rumah yang mengadakan ‘open house’ agak keterlaluan.Namun ada hikmahnya agar suasana Hari Raya lebih terasa meriah dan jauh dari gangguan media sosial.

[admin]

Penggunaan gajet dalam kehidupan kita sebenarnya banyak memberi kemudahan terutama kepada golongan usahawan.

Misalnya kepada individu yang kini cuba memahami Formula Rahsia Jana Pendapatan Pasif Terbongkar memang memerlukan gajet setiap masa dan ketika.Cuma ketika berhari raya biarlah ‘cuti’ sejam dua dalam sehari.

Sekian.Salam motivasi dan ceriakan diri kalian dalam bulan syawal ini.Jumpa lagi.

16 ulasan

memang patut dibendung budaya ni.. hilang silaturrahim sesama kita

Memang tak best kan kalau asyik mengadap gajet saja bila beraya..

Rasa jauh walau dekat..rasa dekat walau jauh.
Kesianlah yang duduk dekat tu kan....eemmmm
Kalau nak buat 'kering' tak payah hidang kuih, pasang wifi jek...huhu

Alhamdulillah, kemeriahan raya tahun ini tetap terasa. Sama-sama kita mengingatkan andai ada yang tersilap dan tersasar dari yang sepatutnya.

betul juga gadget mengeratkan hubungan orang yang jauh
dan juga menjauhkan orang yang dekat
tapi i ada baca ada yang sengaja sibuk dgn phone
untuk mengelakkan diri drp saudara mara tanya pasal soalan bila nak kahwin dan pelbagainya soalan yang susah mau jawab xoxo

anak-anak muda yang selalunya melekat dengan gajet... sebab boring ikut fmly beraya rumah saudara mara.... hehehe.....

agak sukar tapi boleh cuba juga la..

kalau semua dah buat macam tu..memang susalh

lain kali kita hidang wifi,gajet dan yang sewaktu dengannya sebagai ganti kuih raya

ada yang masih meriah..itu yang bagusya

soalan tu la yang best nak jawab..

sebab itu ada anak muda yang menziarahi rumah hari raya bersama kawan sebaya berbanding ibu bapa sendiri

tak terasa sangat sebab time raya aritu tenet slow. so daripada layan tenet baik layan orang hehe

itu lagi best..better layan kekawan atau saudara mara

kadang kadang ada main juga gadget ni, tp terasa malu sebab nak beraya atau nak main phone, hehhee

Malu tanda ada iman bro..


EmoticonEmoticon