5 Tips Untuk Elak Emosi Negatif

Tips Untuk Elak Emosi Negatif…Sejak aktif bersosial dalam media sosial HB mendapati pengguna suka meluahkan perasaan negatif,marah,benci dan yang sewaktu dengannya.Bukan setakat media sosial dalam dunia sebenar juga ada manusia yang sarat dengan emosi negatif.Mereka ini akan menjadi kaki bebel.kaki komplen,kaki kutuk dan sebagainya.

HB mahu kalian ada perlindungan yang kukuh untuk menangkis segala serangan emosi negatif ini.Jika tidak kalian akan menjadi salah seorang daripada mereka yang suka bermain dengan emosi negatif.

elak emosi negatif

Berikut adalah antara tips yang HB cadangkan untuk kalian.Sila abaikan jika tidak berkaitan.

1.Pandanglah wajah pasangan dengan kasih sayang

Suami sayang pada isteri.Begitu juga isteri tingkatkan rasa sayang kepada suami.Pandanglah wajah pasangan masing-masing.Sekiranya wajah mereka kacak atau cantik maka itu tuah untuk pasangan kalian.Namun jangan risau jika mereka tidak dianugerahkan paras rupa yang menarik.Lihat dari sudut layanan dan tutur kata.Dengan menyayangi pasangan maka emosi negatif kalian boleh diganti dengan saling menyayangi

2.Fokus pada impian hidup yang terindah

Alangkah beruntungnya dalam hidup ini ada impian.Lebih-lebih lagi impian terindah.Terpulang pada kalian nak impian macam mana.Jika kepada HB tentulah impian untuk menjadi seorang jutawan sebagaimana dalam entri Puisi Motivasi : Saya Seorang Jutawan.Dengan memfokus kepada impian maka kalian tiada masa untuk melayan emosi negatif.Masa dan tenaga akan terarah kepada usaha untuk mengapai impian tersebut.

3.Penuhi akuan bank dengan duit yang melimpah-limpah

Bukan niat HB untuk menggalakkan kalian menjadi mata duit.Apatah lagi untuk gila duit sehingga rakus mengaut duit tanpa memperduli halal dan haram sumbernya.Namun secara lumrahnya orang yang banyak duit boleh meminimumkan emosi negatif.Boleh melancong untuk santai-santai.Boleh juga membuat umrah untuk mencari ketenangan.Malah boleh bersedekah kepada insan yang memerlukan.

4.Mendekatikan diri kepada Allah SWT tanpa syarat

Cara ini khas untuk mereka yang cintakan agama.Sangat sesuai untuk insan yang ada spiritual yang tinggi dan rasa penghambaan yang kukuh.Tanpa bukti yang sahih memang kita sedia maklum emosi mereka sangat stabil.Walau apapun keadaan yang melanda mereka,hati mereka amat kuat dan jitu untuk mendekati Allah SWT.Mereka adalah insan terpilih.

5.Kurangkan masa untuk media sosial yang berbau negatif.

Bukan mudah untuk melarikan diri dari penggunaan media sosial.Lebih lebih lagi kepada orang macam HB yang memang memerlukan orang yang berminat dalam bisnes best abad ini iaitu linksaya.biz/terbaek.Tanpa media sosial pun susah juga.Jadi cara terbaik ialah guna sahaja media sosial untuk tujuan promosi dan bantu mereka yang hadapi emosi negatif  dengan saranan positif.Kita mesti dominan untuk menguasai mereka yang hanyut dengan perasaan masing-masing.

[admin]

Emosi negatif adalah pasangan kepada perasaan ceria dan gembira.Ia normal dan boleh menyerang sesiapa sahaja termasuk HB sendiri.Jadi langkah terbaik cuba amalkan 5 tips yang HB kongsikan ini,Mudah-mudahan ia membantu kalian semua yang memerlukan.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

24 ulasan

yan amalkan no 4 dan 5... :-))

Good tips..yang no 1 memang sudah menjadi amalan. In shaa Allah, akan cuba amalkan yang lain juga :)

bestnya kalau buat macam tu..so sweet dan bahagia tau!

terbaik gak tips ni. keep calm and think positive ;)

Kadang-kadang duduk di FB tak perasan rupannya sudah spend 2, 3 jam kat situ...

info yang sangat bermanfaat boleh digunakan dalam menyerikan rumah tangga

InsyaAllah, nak buat semua dari no 1-5. Moga hidup tambah bahagia dan ceria sampai akhir hayat. Amin

CM setuju dgn krgkan bersosial di media ...

good tips..in sya Allah akan di praktikkan..

bagus tips tu..
bila kita selalu fikir perkara2 yg positif dan indah.. hidup kita akan berubah menjadi indah.. sebaliknya bila kita asyik fikir perkara2 yg tension, hidup kita pun akan lebih tension..

Betul tu..stay cool sahaja.

Kalau buat kerja promosi tak pe..

Semakin banyak yang kita baca dan lihat, semakin sukarlah untuk mengelak emosi negatif tu..

Amin..semoga berbahagia hendaklnya

bagusla kalau macam tu..

memang ada kebenarannya

baca benda yang bagus dan positif sahaja

Nak amalkan no.3 tu belum dapat lagi la...hihi

Yang last tu kalau di fb mama unfriend atau block..buang aura negatif awal-awal.
Terima kasih.


EmoticonEmoticon