5 Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya

5 Tips Balik Kampung Sempena Hari Raya…Budaya balik kampung  adalah kemestian kepada sebahagian besar rakyat di negara ini.Tak kira jauh atau dekat menjelang Hari Raya bagaikan pesta untuk balik kampung.Kenderaan banyak di jalan raya.Begitu juga manusia berpusu-pusu menggunakan pengangkutan sendiri maupun awam.

Pesan HB kepada diri sendiri dan pembaca yang disayangi supaya tingkatkan tahap wasapada ketika memandu.Jangan layan perasaan 100 peratus tetapi fokuskan kepada pemanduan kereta.Jiwa selamat hidup pulak berkat.Itu yang HB dan kalian semua nak.

balik kampung

1.Pastikan keselamatan rumah dengan sempurna.

Sungguhpun kita tak fikir sangat perkara buruk berlaku namun lebih baik berjaga sebelum terkena.Suis elektrik yang tidak digunakan tutup sahaja.Pasang lampu sama ada di dapur atau porch kereta.Jika ada mangga dan kunci tambahan gunakan sahaja supaya menyukar si pencuri pecah masuk rumah.Jangan lupa pesan dengan jiran atau telefon polis untuk memaklumkan kalian pulang kampung.

2.Servis kenderaan sebaik yang mungkin

Hantar sahaja ke kedai servis kereta yang dipercayai.Memang tindakan ini memerlukan belanja tetapi soal keselamatan dan nyawa tiada kompromi.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian dah tak berguna.Orang kata beringat sebelum kena.Malah servis kereta boleh memberi ketenangan fikiran ketika dalam perjalanan terutama perjalanan yang terlalu jauh.Minyak pun boleh dijimatkan.

3.Pemandu perlu rehat yang mencukupi

Seandainya si suami jadi pemandu maka elok sangat untuk tidur awal.Abaikan keperluan yang ‘gitu-gitu’ agar lebih fokus dan kurang keletihan.Sekiranya ada juga jangan terlalu agresif pulak.Dah Full stop.Sebagai pemandu jarak jauh perlu ada pembantu supaya keletihan tidak terasa sangat.Lebih baik bertukar-tukar pemandu supaya masa rehat mencukupi.Orang kata tak boleh memandu selama 5 jam berterusan.

4.Pandu secara berhemah tanpa berlagak samseng

Satu sikap pemandu di negara kita yang kurang manis dipandang ialah berlagak samseng.Mereka bertindak angkuh dengan memandu laju,memotong tanpa isyarat dan menukar laluan sesuka hati.Pemandu yang lain menjadi mangsa ejekan kerana tindakan samseng mereka itu.Perlu ingat memandu secara berhemah akan dipuji dan didoakan oleh pemandu lain untuk masuk syurga.Sebaliknya pemandu samseng akan didoakan oleh pemandu yang teraniaya akan menjadi pendek umur dan tiada ketenangan dalam hidup mereka.

5.Reload kredit telefon ikut keperluan

Ada sesiapa tak yang boleh hidup sorang-sorang tanpa keluarga,teman dan rakan perjuangan.Sudah tentu tidak.Maka dengan itu kalian amat digalakkan reload kredit telefon dengan mencukupi supaya kat kampung tak tercari-cari kedai reload.Pada hari raya telefon menjadi keperluan utama sebagai penghubung silaturrahim untiuk bertanyakan rumah terbuka.Jika nak menjadikan telefon sebagai punca pendapatan pasif jangan ragu-ragu untuk melayari blog mrhanafi.com

 

[admin]

Dengan kesempatan ini HB dan keluarga ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir dan batin kepada pembaca blog ini dan rangkaian blog HB yang lain.Kemaskini blog akan dilakukan semula selepas hari raya nanti.

Sekian.Salam aidilfitri dan jumpa kalian pada masa-masa yang akan datang pula.

15 ulasan

Selamat Hari Raya Aidilfitri to Hanif

Wah..thanks so much emily

nak balik kampung juga tapi dah tinggl di kampung sendiri nak merasakan juga

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin, HB.

Thanks for the tips

salam lebaran, kosong kosong bro :D

Jangan berangan ingat orang tersayang sangat nanti tak sampai...

Jangan lupa no phone penting plus dan sebagainya, persediaan jika berlaku apa-apa

Selamat Hari Raya. Taqaballu Minna Wa Minkum

Tak ada rezeki la tu..

Selamat hari raya juga..

Ya..kosong kosong bro

Masalahnya time driving lah paling seronok untuk berangan..

Terima kasih atas peringatan ini..

Saya tak pulang ke kampung beraya tahun ni,cuma di KL saja...tapi tips ni bagus juga untuk menziarah sanak saudara

mungkin berguna untuk tahun akan datang..

yup.. memandu tu kena hati-hati tu


EmoticonEmoticon