5 Perkara Yang Diperlukan Suami Dari Isteri

5 Perkara Yang Diperlukan Suami Dari Isteri…Hidup suami isteri sepatutnya best.Ibarat syurgaku rumahtanggaku.Hidup dalam mood bahagia.Hari-hari diisi dan disulami kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Perasaan dan cinta untuk isteri dan begitu juga perasaan isteri 100 peratus untuk suami.Bukan bermaksud untuk menidakkan cinta pada Allah SWT pulak.Sayangnya tak semua pasangan suami isteri yang dianugerahkan nikmat bahagia ini,Mungkin ada ketika ini derita dalam diam.

Hydrangeas

Dalam entri ini HB yang membicara perkara yang diperlukan suami dari isteri  agar bahtera kebahagian boleh berpanjangan ke jannah.Kita tak nak bahtera rumahtangga berlabuh sebelum sampai ke destinasi.Susah-susah buat majlis kenduri yang ribu riban tetapi tempoh perkahwinan cuma bertahan 5 atau 10 tahun sahaja.Katakan tidak kepada semua itu.Insya Allah jika itu yang kita semua nak pasti boleh.

Mari kiita hayati apa yang sangat diperlu oleh suami dari seorang isteri.Semoga para isteri diluar sana dapat memahami dan sedaya upaya untuk mengikutinya dengan hati yang redha dan ikhlas.

1.Ketaatan

Isteri amat dituntut taat kepada suami.Penuhilah keperluan suami sebaik mungkin sama ada suka atau tidak.Selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama maka wajar sekali untuk dipenuhi dengan redha dan ikhlas.Tak banyak pun keperluan suami.

Perkara utama ialah perkara yang berada dibawah perutnya.Harap faham la ye.Insya Allah dengan adanya isteri yang taat maka suami akan menjadi setia.Bila digabung bersama menjadi taat setia.Itulah dinamakan suami isteri bahagia.

2.Kesetiaan

Setia pada yang satu.Memang hakikatnya begitu kepada golongan isteri.Kesetiaan isteri kepada suami mesti melebihi kerjaya,kawan rapat,rakan media sosial malah apa-apa pun yang sewaktu dengannya.Taklah bermaksud taksub kerana si suami juga makhluk ciptaan Allah SWT.

Dalam hati si isteri tidak boleh mengutamakan teman atau kawan melebihi kepentingan suami.Sebab bila dah bergelar isteri orang maka tiada maknanya sahabat atau teman paling rapat sekali pun.Mereka semua itu adalah keperluan sipi-sipi sahaja.

3.Kasih sayang

Memang sukar mengungkap kasih sayang jika tidak disemai pada awal perkahwinan.Suami memang memerlukan kasih sayang isteri.Tempat suami bermanja,meluahkan keresahan dan ‘teman bergaduh’.

Seandainya si isteri kurang berjaya memberi kasih sayang kepada suami maka lama kelamaan si suami beralih angin.Impian untuk memiliki pucuk muda akan membara.Senario begini boleh mengancam rumahtangga.

Apatah lagi dengan kehadiran anak-anak maka kasih sayang untuk suami akan dibahagi-bahagi.Nak cakap apapun dah tak boleh dah.Sebab anak juga amat berhak mendapat kasih-sayang dari ibu mereka yakni isteri kita.

4.Teman tidur

Bunyinya macam lawak pula kalau suami memerlukan teman ketika tidur.Jika tiada isteri di sisi maka mata tak nak lelap.Dahsyat sungguh.Mungkin bagi isteri yang kurang ‘ngam’ dengan suami tindakan ini merimaskan.

Asyik berkepit dengan laki macam tak ada benda lain nak buat.Ya.Itulah rencam rumah tangga.Ada yang sanggup dan ada rela.Bagi mereka yang tak sanggup boleh berbincang baik-baik untuk bagi izin buka lagi cawangan baru.

Namun begitu tidak semua suami isteri berpeluang dapat kehidupan yang menjadikan pasangan masing-masing teman tidur.Cuba kalian baca tulis entri blog dalam Katakcomel.my.

5.Layanan mesra

Perkara biasa kepada pasangan suami isteri yang mula-mual kahwin.Bila dah lama kahwin macam tak biasa pula.Masing-masing akan sibuk dengan gajet.

Malah suami atau isteri balik dari tempat kerja pun tak sedar.Nak buka pintu pun susah walaupun ada pagar jenis automatik.Sebagai suami, layanan mesra bak pramugari itu adalah dambaan mereka daripada isteri.

Masa untuk makan hidangkan makanan.Masa mandi sediakan pakaian dan paling penting masa nak ‘yang itu’ si isteri mesti bersedia mental dan fizikal.Para isteri digalakkan untuk membaca entri bertajuk Cara Isteri Untuk Sayang Suami

[admin]

Apa yang dikongsikan ini mungkin kedengaran lebih-lebihlah pulak.Percayalah 5 perkara ini boleh suami dapat dari isteri dengan syarat si suami ada kuasa ekonomi dengan mendapatkan Kerjaya Impian Jana Pendapatan Berterusan

Malah untuk berjaya secara konsisten HB jemput pembaca sekalian untuk meningkat pengetahuan dengan membaca satu entri terbaik tulisan sahabat HB bertajuk Lif Kejayaan Jadi Impian

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

14 ulasan

Asalamualaikum nafi....tips di atas memang sepatutnya pasangan suami isteri lakukan. Bukan setahun dua aje..tapi buat selama lamanya :-))

Boleh dijadikan panduan bagi yang belum berkahwin ni hehe :)

wsalam..kalau nak yang terbaik..buat sampai bila-bila

ya..dah kahwin atau akan kahwin perlu tahu perkara ini

yang penting kejujuran itu penting bagi memastikan hubungan yang berbahagia dan berpanjangan. :D

betul tu bro.
Bila pulak nak kahwin nie...

Kena bagitahu suami ni, biar dia faham..hihi

hidup adalah saling memberi, menerima dan melengkapi..
Good tips. Thanks

Saling memahami lebih baik

haha teman tidur tu klaka, tapi sbagai bujang, den setuju tu hehehe

Hidup sebagai suami isteri ini kena lah saling bertolak ansur. Gaduh-gaduh manja tuh biasa lah kan.. sedangkan lidah lagi tergigit kan...

dah kahwin baru tahu..saya yang dah kahwin lebih 10 tahun nie tak la cerita lebih-lebih..

nak tahu lebih kahwin la cepat-cepat..

paling best kalau tak gaduh la...


EmoticonEmoticon