Tips Untuk Aktifkan Kuasa Bayangan

Tips Untuk Aktifkan Kuasa Bayangan….HB nak  menulis serba ringkas tentang kuasa bayangan atau istilah mudahnya ‘'The Power Of Visualization’.Kuasa ini bukan macam kuasa andiwira dalam TV.Ia memang benar-benar berlaku dan ada pada semua manusia yang ada minda dan akal.

Manusia memilliki aset yang sangat berkuasa atas izin dan kehendak Allah SWT.Ini kena faham juga kerana takut nanti jadi ada manusia yang sombong dan bangga diri  sedangkan semua orang berpotensi untuk menjadi hebat.

Selagi manusia ada minda maka selagi itu mereka ada peluang untuk mengaktifkan kuasa bayangan.Secara asasnya kuasa bayangan ialah teknik kita membuat imaginasi untuk mencapai atau memiliki sesuatu.Lagi jelas lagi lagus.Sebab kejayaan mampu dihasilkan dengan kemahuan,keazaman dan motivasi yang tinggi.Semua ini berkait rapat dengan kuasa bayangan.

Secara mudahnya kuasa bayangan boleh dimanipulasikan menggunakan gambar.Kalian nak rumah maka cari gambar rumah yang cantik dan menarik untuk dipahatkan dalam minda.Katakan pada diri setiap hari bahawa itu adalah rumah kalian yang kini telah dimiliki.Rasai betul-betul.Gambarnya dengan perasaan gembira dan seronok.HB pasti tak susah buat benda ini cumanya kalian tak konsisten untuk melakukan setiap hari.

rumah bayangan

[admin]

Ingat untuk aktifkan kuasa bayangan cuma perlu cari gambar.Itu bagi mereka yang belum kuat imaginasi.Kalian boleh sasaran apa jua impian yang hebat dan besar dengan melakukan kuasa bayangan.

Selepas itu  dengan sendiri kalian ada idea dan usaha untuk mendapatkan impian tersebut.Terpulang kepada kalian sama ada sungguh-sungguh atau main-main.

HB nak ajak kalian baca artikel Cara Dapat Duit Dari Rumah sebagai latihan untuk menguatkan kuasa bayangan.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

21 ulasan

Kuasa bayangan ye? Kira macam angan angan then strive for it lah kan? Hehe

Memang ini yang selalu saya gambarkan setiap hari..menarik kuasa minda ke arah yang positif dan membayangkan sesuatu itu telah pun kita miliki...

Kuasa yg bermanfaat utk kita usahakan ke arah kebaikan.. thanks sharing HB.. :)

kuasa banyangan? kata ini mengingatkan sayah kepada anak saya yang sedang nonton film kartun boboiboy.
hehehe

Hurm.. teruja sat bila baca tajuknya.. lain mcam sungguh.. tapi rupa-rupanya nak citer pasai " The Power Of Visualization".. he3.. bunyiknya lain sungguh dalam bahasa melayu.

http://supernifzvitamin.com/national-conference-shaklee-2015/

Kuasa bayang nih lebih kurang macam kita mengaktifkan minda separa sedar kita kalu tak silap nih kan.

http://supernifzvitamin.com/national-conference-shaklee-2015/

Moga menjadi salah satu cara untuk terus memberi inspirasi kepada kita.
Kuatkan tekat dan semangat untuk mencapai matlamat.
Thanks sharing HB

angan-angan yang logik..boleh diterima..kalau terlalu pelik sudah juga.

buat secara konsisten..insya Allah pasti berhasil

kalau buat untuk kebaikan memang dapat yang baik-baik

kartun itu terhasil dari kuasa bayangan pelukisnya..

yalahkan..kalau terjemahkan secara terus memang macam tu la bunyinya

ho..ho..kepada mereka yang nak mencuba tu..selamat mencuba.

kadang2 saya ada amalkan ...

Melalui fikiran atau minda pun jadi doa jugak so perkara ni tak mustahil. Asalkan jangan terbayang bukan-bukan sudahlah.

kalau selalu lagi bagus..

he..he..sebab itu fikirkan perkara yang elok-elok sahaja..

Teringat apa yang kita fikir, kita buat dan kita rasa adalah doa.

Power of Visualization :)

semua itu adalkah doa..very powerful...yang penting yakin tau!

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)


EmoticonEmoticon