Rahsia Untuk Menjadi Manusia Berpengaruh

Rahsia Untuk Menjadi Manusia Berpengaruh…Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Dalam kehidupan ini kita mesti ada pengaruh.Dengan pengaruh kita boleh menukar tahap kesedaran,cara pemikiran dan apa jua yang kitakan mahu untuk perkara baik maupun bermanfaat.Cuma jangan sesekali menggunakan pengaruh untuk perkara kurang sihat atau yang sewaktu dengannya.

Dalam entri ini HB nak kongsikan rahsia untuk menjadi manusia berpengaruh.Ilmu tersebut HB petik dari buku tulisan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan yang bertajuk Belajar Berfikir.

manusia berpengaruh

1.Kepakaran

Lagi pakar seseorang dalam sesuatu bidang lagi kuat pengaruhnya terhadap kita.Misalnya kata-kata doktor pakar lebih kita percayai berbanding orang kebanyakan.Begitu juga dengan pandangan pandangan pakar ekonomi yang membuat analisis berbanding orang biasa yang bercakap ikut sedap mulutnya sahaja.

2.Kemahiran

Semua orang boleh menguasai apa jua kemahiran yang diminatinya.Tukang paip atau mekanik lebih kita yakini pandangannya dalam bidang mereka.Terpulang kepada mereka sama ada nak bercakap benar atau sebaliknya kita tetap akan percaya.Pengaruh kemahiran mereka itu boleh mengurangkan perasaan was-was.Misalnya ada kemahiran kewangan seperti dalam entri bertajuk Rahsia Tukar Hutang PTPTN Jadi Percuma.

3.Kejujuran

Orang jujur mudah dipercayai.Bila dah dipercayai maka pengaruh mereka akan bertambah.Tahap kejujuran seseorang sukar untuk dinilai namun kita mudah terpengaruh jika seseorang kelihatan jujur melalui air muka dan penampilan diri.Orang jujur akan memberitahu sesuatu tanpa berselindung.Mereka sanggup hadapi risiko.Apa kesannya terhadap kita.Sudah tentu kita terpengaruh dengan tindakan dan percakapannya.

4.Disukai

Orang yang kita sukai lebih berpengaruh terhadap kita.Untuk memastikan kita boleh disukai maka paras rupa dan penampilan mesti menarik.Sebab itu jurujual amat menitikberat penampilan supaya mereka ada pengaruh untuk menjual dengan mudah.Ada juga yang nak memikat anak dara perlu memastikan ibubapa dia turut suka dengan kita.Kesan kita akan diterima dengan jayanya

5.Keserupaan

Jurang perbezaan mesti dikurangkan untuk memberi pengaruh.Orang muda lebih diterima pendapat mereka jika orang tersebut masih muda untuk memberi nasihat kepada golongan seusia.Pengaruh keserupaan ini amat membantu seseorang dalam bidang pemasaran.Misalnya produk remaja mesti dijual oleh golongan remaja sendiri.

[admin]

Rahsia untuk menjadi manusia berpengaruh sudah terbongkar.Terpulang kepada kalian untuk mempraktikkam atau tidak ilmu yang hebat ini.HB pasti ia amat berguna kepada usahawan yang berminat dalam Bisnes Mampu Milik Yang Best.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

8 ulasan

Sukar nak ketahui orang tu jujur dengan kita atau tak, bukan?

Mudah2an kita semua berjaya menjadi manusia yg berpengaruh.. sekurang2nya sesuatu yg baik utk insan yg lain, in shaa Allah. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat utk kita renungkan bersama HB.. :)

dalam hati siapa yang tahu..

bukn mudah tapi klu berhajat , ada je cara nak jadi berpengaruh .

nak jadi berpengaruh..perbanyakkan solat malam.

Memang apa yang di senaraikan tuh semua penting untuk kita menjadi antara yang berpengaruh. Tq ya bro HB...

banyak cabaran nk jadi berpengaruh... apa pun yg kita mahu.. sandarkan niat kpd Allah swt... semoga saudara berjaya selalu bro..


EmoticonEmoticon