Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan

Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan…Secara teorinya menjadi usahawan macam senang sahaja.Ada duit banyak kerana menjalankan satu bisnes.Hakikat sebenarnya sudah tentu tidak.Realiti usahawan berhadapan 1001 cabaran luaran dan dalaman.Cabaran datang dari pelbagai penjuru.Baik mereka bersedia atau tidak cabaran mesti dihadapi dengan hati yang tenang.

penyebab stress

Berikut ialah penyebab stress kepada kehidupan seseorang usahawan.HB harap mereka ada cita-cita untuk menjadi usahawan dalam apa jua bidang sekali jangan serik pulak selepas membaca entri dalam blog ini.

1.Pendapatan tidak menentu

Perkara ini adalah pasti.Sangat jarang sekali kalau ada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan terus berjaya gilang gemilang.Mereka pasti teruji dengan kegagalan bisnes sehingga menyebabkan hilang punca pendapatan.Ada juga yang menceburi perniagaan tetapi pulangan pendapatan jauh dari mencukupi.Hidup diparas kemiskinan menyebabkan mereka stress menghadapi hidup ini.

2.Risiko hangus wang pelaburan

Sekiranya wang pelaburan bisnes diperolehi dari pinjaman bank maka bersedia untuk muflis jika bisnes tak menjadi.Lebih-lebih lagi kalau pelaburan sudah mencecah jutaan ringgit.Jika ada wang simpanan sekalipun  pasti hangus jika bisnes belum menghasilkan keuntungan.Situasi ini penyebab  stress kepada usahawan dan keluarganya.

3.Bebanan kerja yang terlampau

Bagi memulakan sesuatu perniagaan seorang usahawan mesti bekerja keras dan gigih secara luarbiasa.Masa bekerja pula tidak menentu.Pengalaman HB sendiri yang pernah merasai menjadi usahawan sepenuh masa selama setahun mendapati tiada istilah cuti tahunan.Setiap hari adalah hari bekerja.Jumlah waktu bekerja sangat panjang tanpa dibayar over time.Jika tak tahan dengan situasi ini tentunya menjadi stress emosi.

4.Kualiti kehidupan jatuh menjunam

Jika semasa belerja makan gaji boleh merasai hidup selesa tetapi menjadi usahawan pada  peringkat permulaannya memang pahit dan gentir.Sekarang masa untuk berjimat dalam semua aspek kehidupan agar kelangsungan hidup dapat bertahan.Itulah dinamakan pengorbanan dan harga yang perlu dibayar untuk mengapai sesuatu kejayaan.Sesiapa yang tidak tahan pasti stresslah jawapnya

5,Tanggungjawab penuh

Apa yang berlaku dengan bisnes adalah tanggungjawab secara total kepada usahawan.Bagi seseorang pekerja mereka boleh mendapatkan pekerjaan baru jika diberhentikan dari tempat lama.Lain pula dengan kisah untuk pemilik bisnes.Untung dan rugi terpaksa dipikul sorang-sorang,Kalau dah senario  begitu ramai usahwan apa mengghadapi emosi stress.

6.Halangan keluarga.

Bukan semua pasangan hidup sanggup hidup susah kerana tindakan suami yang menceburi bisnes.Apabila sumber pendapatan utama hilang maka bebanan kepada isteri untuk mencari rezeki bagi menampung kekurangan.Sebab itu ada golongan isteri yang menghalang suami berbisnes yang tinggi risiko untuk rugi.Wawasan pada si suami tidak dapat diterima isteri jika bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian.Jika anggota keluarga menghalang maka kesan stress kepada usahawan kerana dia akan dipersalahkan jika bisnes belum maju.

[admin]

HB telah menghuraikan serba sedikit tentang penyebab stress kepada seorang usahawan secara ringkas.Jika diberi kesempatan lagi HB nak berkongsi pula cara untuk mengatasi stress dalam artikel yang lain pula.

Jangan pulak lupa untuk membaca >>> Kerjaya Impian Jana Pendapatan Berterusan.Bisnes ini tak buat kepala kita stress.

Sekian.Salam ceria selalu.

37 ulasan

jangan tertekan balik usaha dan cari punca dahulukan..

selamat berpuasa admin hb dan keluarga

terima kasih dan selamat berpuasa..

Secara teorinya senang nak cakap perlu ada ilmu, ketahanan mental dan wang simpanan yang cukup. Tapi the real battle adalah bila sudah betul2 menceburi bidang perniagaan. Di tambah pula dengan pelbagai dugaan....
Semoga kawan2 saya yang memilih bidang ini terus suksess..aamiin

selalu yang orang paling risau adalah hutang, kalau hutang xda, makan nasi lauk telur kicap pun orang boleh sebenarnya

kalau separuh masa..belum rasa yang sebenarnya..

ketakutan semua orang pada hutang..tak dapat bayar amalan akan tergantung

Memang betul apa yang Hanafi kongsikan tu... Zumal kekadang stress gak.

Stress itu merupakan cabaran yg perlu ditangani sebaiknya jika mahu menjadi seorang usahawan. Tanpa stress tak akan ada nilai kejayaan hakiki, in shaa Allah..

Macam mana 9/10 sumber rezeki dari perniagaan, begitu juga cabarannya

Lalui dengan tenang dan pegang Dia kuat-kuat :)

this is so true
but with proper planning
you will success eventually
MY-Emily

Banyakkan bersabar...perkara biasa

Oh.oh...betul kata tuan

Kalau orang faham
Mesti boleh tahan punya..

That..right.
Actually that the good idea..

Kalau orang faham
Mesti boleh tahan punya..

Menjadi usahawa kena ada jiwa yang kental

bukan senang nak senang, bukan susah nak susah..terima kasih HB kerana sudi berkongsi.. :)

sbb itu sokongan dan kefahaman org disisi itu sgt ptg bagi seorg peniaga . Peniaga ni selalunya all out pd bisness aka gila kerja . jadi pasangannya perlu kendiri aka tak terlalu bergantung pd pasangan n blh buat keputusan sendiri jika perlu . jgn harapkan percutian keluarga . kena byk tolak ansur ...

stress tu perkara yang baik. asalkan kita tahu cara nak urus stress. moga semua usahawan gunakanlah stress lah sebaiknya. oh boleh telan b complex jika stress.

tapi seronok nya berniaga ni kalu kita ada mentor yang boleh guide kita.. jangan terlalu ego untuk cari ilmu..salah satu kunci untuk kejayaan dalam perniagaan ni kan.. Insyaallah pada ada rezeki dari Dia yg maha pemberi.. tak mau stress-2 ..

berniaga dengan modal yang kecil hanya serenda RM69 boleh untuk berlipat kali ganda lagi nada kita tahu caranya.. Bagaimana? sini untuk semua... (http://mommylina.blogspot.com/2015/06/hakikatnya-kerja-makan-gaji-cukup-tak.html)

itu sudah semestinya..

sama-sama..memang satu tugas saya untuk berkongsikan perkara ini..

memang betul tu,banyak cabaran yang kita hadapi dalam apa jua bidang yang kita buat. Yang pentingnya kita kena sabr kuat dalam dan luaran. Siap ambik resiko yang paling buruk. Rezeki di tangan Allah,janji kita usaha sebaik mungkin.

biasa la tuh.. manusia waras mana yg tak tak pernah stress.. hehe..

jika memahami tak akan ada masalah punya..

satu petua yang bagus..ambil suplimen B complex Shaklee

modal kecil boleh mengurangkan stress..tak berjaya pun jatuh terduduk dan bukannya jatuh tersungkur..

tidak dinafikan hati mau kuat selalu

betul bro..sangat setuju saya tentang pendapatan tersebut

Mengatur strategi pun penting, juga menguruskan kewangan. Jangan sebab terlalu minat nak jadi usahawan, bab ilmu diabaikan.

ilmu memang perlu diselaraskan..

buka senang nak berjayakan

Memang boleh jadi stress kalau pasangan tak faham tentang bisnes yang kita buat..

stress paling tak best kepada usahawan adalah kena kejar oleh pengutip hutang suruh bayar setiap bulan jika buat pinjaman dari mana mana bank dan instusi pinjaman kewangan seperti tekun atau amanah ikhtiar contohnya... jangan kena kejar cari pasal dengan along ceti dah laaa....

Kalau senang semua akan berjaya...sebab ia adalah satu ujian buat semua....siapa kerja keras boleh berjaya.

ya..memang perlu faham kan pasangan kita..

kalau tak hutang memang susah pulak nak dapat modal..


EmoticonEmoticon