Melatih Sifat Usahawan Yang Berjaya

Melatih Sifat Usahawan Yang Berjaya…Assalamualaikum dan salam sejahtera.Usahawan tidak lahir begitu sahaja.Mereka adalah hasil pembentukan pemikiran,galakan dan dorongan situasi luaran serta dalaman.Mak oii.Terlalu rasmi sangat la ayat HB nie.Namun sekali sekala boleh kot belasah menggunakan gaya bahasa begini.

HB secara praktikal bukan usahawan sepenuh masa.Namun jiwa dan perasan perasaan seakan-akan 100 peratus seorang usahawan.Buat masa ini masih berjuang habis-habisan untuk mendapatkan ‘sales’ supaya boleh datang ‘income’.Sebab HB ingin sangat ada RM supaya dapat membeli keperluan yang HB idamkan sejak kebelakangan ini.Baca sekali lagi bukan kehendak tetapi keperluan.

usahawan berjaya

Sejak bergiat aktif dalam bisnes telco ini HB cuba untuk mendalami Cara Mendapat Duit Dari Rumah.Memang mencabar kerana soal promosi perlu bersaing dengan ramai orang sejak akhir-akhir ini.Ini tidak bermakna HB perlu mengalah kerana sifat seorang usahawan ialah tidak boleh berputus asa.Terus berusaha sampai dapat dan kekalkan momentum walaupun sudah dapat.Insya Allah

Selain tidak berputus asa seorang usahawan macam HB mesti menimba ilmu tentang keusahawanan seperti dalam artikel Bongkar Rahsia Kejayaan 50 Usahawan.Belajar dan terus belajar kerana untuk berjaya di dunia dan akhirat perlukan ilmu.Tanpa ilmu kalian bagaikan pejuang yang berjuang ke medan peperangan tanpa senjata walaupun dibekalkan doa dan motivasi yang tinggi.

Cabaran kurang berjaya adalah permainan seorang usahawan.Sebab itu bertepatan sekali dengan artikel yang HB tulis dulu-dulu bertajuk Bukan Gagal Tetapi Kurang Berjaya.Apa yang HB perlu buat.Tak lain dan tak bukan selain mengubah strategi dan pelan yang lebih bersistematik.Apa yang berlaku sebulan yang lalu memang tak akan sama lagi pada bulan ini.Begitu juga dalam bulan yang mendatang.Usahawan mesti seoarang yang fleksibel yang boleh menyesuaikan dengan perubahan semasa.

Perubahan semasa akan membawa sekali peluang yang terhidang.Siapa yang cepat dan pantas berebut peluang tersebut berpotensi untuk berjaya.Jangan terkejut kalau ada peluang untuk Jom Bongkar Rahsia BestMobile Prepaid Jana Duit.Sebagai usahawan yang nak berjaya peluang ini tak boleh dibiarkan berlalu begitu sahaja.Sayangnya kerana rezeki dah nak datang tetapi terlepas pulak ke tangan orang lain.Sehingga kita berkata kepada diri sendiri bukan rezeki saya.Usahawan tak sepatutnya berfikir cara begini.

[admin]

Nampaknya tulisan HB dah ke penghujung.HB harap para usahawan dan usahwanita diluar boleh memahami dan melatih diri untuk berjaya dalam apa jua lapangan bidang yang diceburi.

Sehingga jumpa lagi dan salam motivasi untuk semua,

4 ulasan

Usaha tangga kejayaan.
Moga terus suksess

Usaha tanpa mengenal erti jemu amattt lah di perlukan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan kaya.

Keazaman dan usaha yg istiqamah amat perlu utk menjadi usahawan berjaya.. semoga HB terus berjaya.. aamiin!!


EmoticonEmoticon