Kempen Katakan Ya Kepada Kekayaan

Kempen Katakan Ya Kepada Kekayaan …Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Kehidupan ini penuh warna warni.Ada warna berseri menampakkan kebahagiaan.Warna cerah pula menyajikan perasan hebat,bermotivasi dan ceria berpanjangan.Perasaan ini lama-kelamaan membentuk daya berfikir supaya suka dengan kekayaan.Kalian menjadi kaya untuk memberi manfaat kepada orang lain.

Kita semua nak kaya.Ada duit yang banyak untuk memenuhi keperluan hidup.Kita tidak mengharap BR1M lagi.Kita bebas melancong,pergi umrah dan bersedekah sesuka hati.Bajet tak lari dan bebas hutang sebagaimana entri Rahsia Tukar Hutang PTPTN Jadi Percuma.Kita menukar ‘mindset’ nak sangat kaya dan jauhkan kemiskinan.

Kemiskinan merupakan rantaian kehidupan yang ganas.Ia hasil warisan dari satu keturunan ke satu keturunan .Jika perkara yang diwarisi kurang ‘awesome’ maka seluruh kitaran yang telah terpalit sama.Mahu atau tidak mahu ia mesti dihadapi oleh generasi yang seterusnya

Setiap penyakit ada ubatnya.Biarpun pahit tetap juga ditelan kerana ubat adalah kaedah ampuh untuk mengurangkan rasa sakit.Begitu juga penyakit sosial seperti kemiskinan.Dari kemiskinan menjadi penyumbang kepada kebejatan sosial seperti rompakan,maksiat dan runtuh moral serta akhlak.

Sebab yang jelas beginilah HB berbesar hati untuk mengajak mereka menambah pendapatan.Antara yang teramat penting untuk dibaca ialah Cara Dapat Duit Dari Rumah,Jika diusahakan penuh dedikasi dan sungguh-sungguh HB percaya kejayaan membasmi kemiskinan pasti terlaksana dan menggantikan kekayaan yang penuh nikmat.

permainan orang kaya

Begitu juga saranan  Jom Bongkar Rahsia BestMobile Prepaid Jana Duit mesti dilihat penuh serius dan minat.Siapa yang bijak untuk memilih cara tersebut HB ucapan tahniah kerana kalian berkata ya kepada kekayaan.

Kalian adalah pejuang kehiduapan.Seorang pejuang yang boleh dibanggakan oleh generasi akan datang.Perjuangan kalian  untuk mencari kekayaan dan menggantikan kemiskinan.Ingat bukan mudah dan bukan juga mustahil.Cabaran mendatang akan bertubi-tubi.Jangan risau pejuang-pejuang sekalian.

Ada senjata hebat yang dibekalkan kepada kalian semua.Gunakan untuk menghadapi ujian begini.Senjata tersebut ialah ‘The Power Of Doa’.Kalian pertajamkan amalan berdoa berserta sedekah,solat dhuha dan zikir yang memurahkan rezeki.

[admin]

HB berharap kempen ya kepada kekayaan bukan kerana dunia semata-mata.Ia mesti diniatkan untuk kaya secara abadi diakhirat nanti.

Sehingga jumpa lagi salam kekayaan untuk kalian semua.

14 ulasan

Doa itu senjata mukmin....
Ya...saya nak jadi kaya :)
Aamiin

Terima kais atas perkongsian yang sangat bermotivasikan diri ^-^

nak wang mesti rajin kerja kalau tak duit tiada mari hu..hu.

Betul, keluar daripada kepompong warisan. Power of Doa :D

amin..dan saya suka untuk mendengarnya..

seorang usahawan mesti fikirkan perkara ini..

ya..saya mahu rajin dalam cari duit..

doa amat kita perlukan dalam semua perkara..

Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal merupakan senjata yang kuat bagi mereka yang ingin berjaya dan kaya!

Mari bersama2 kita katakan ya kpd kekayaan dgn usaha, doa dan tawakkal kpd Nya.. In shaa Allah, pasti berjaya!!!

konsep D.U.I.T..ho.ho.

saya suka kenyataan ini tuan

Huhuhuu... memang menarik aaa jadi kaya nih kan... Money Freedom.. Time Freedom.. perhh... memang menjadi igauan nih...

http://supernifzvitamin.com/national-conference-shaklee-2015/

nampak bersemangat..bagus!


EmoticonEmoticon