Cara Mudah Tarik Perasaan Gembira

Cara Mudah Tarik Perasaan Gembira…Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.Baru-baru ini HB ada menerima satu email dari seorang pakar motivasi.tentang cara nak dapatkan kegembiraan.HB pasti perkara ini bukanlah perkara baru.Malah ada yang tahu dan mungkin juga dah lupa teknik yang berkesan tersebut

rasa gembira

Tak susah.Semua orang boleh buat.Maksudnya semua orang boleh menikmati rasa gembira walaupun dipalit cabaran hidup yang gentir dan sangat sukar.Pada pandangan HB biarkan rasa gembira untuk atasi permasalahan hidup.

Hidup tak lama.Paling lamapun sehingga 100 tahun.Itupun jarang-jarang ada yang sampai ke umur begini.Secara puratanya jangka hayat kita akan berakhir pada umur 60 tahun sehingga 80 tahun.Tengok masa tersangat suntuk  untuk kita menikmati kehidupan dunia ini,

Oleh itu tiada sebab untuk kita tidak berasa gembira walaupun sedetik cuma.Gembira boleh datang dan pergi.JIka tak gembira maka sedih akan mengambil tempat.Sebab itu pertahankan rasa gembira supaya rasa sedih tak boleh masuk line.

Untuk tarik perasaan gembira kita mesti berlatih mengawal minda dn emosi.Caranya monolog diri atau bercakap dengan minda.Beritahu minda kita nak bergembira.Sangat gembira walau apapun keadaan.Orang lain tidak berhak untuk merampas rasa gembira yang kita miliki.

Berkomunikasi dengan diri bahawa kalian nak sangat gembira.Memang gembira sangat-sangat sehingga tidak sedar yang kalian masih ada cabaran hidup yang berat melanda diri.Itu boleh difikirkan kemudian.Ada ramai pihak yang akan membantu kita kesan dari mood gembira yang perolehi.Tak percaya maka boleh cuba.

Buat apa anda rasa sedih sedangkan rasa sedih belum mampu atasi sebarang cabaran hidup.Jadi lebih baik rasa gembira sementara menunggu masa yang sesuai untuk selesaikan sesuatu.Betul tak?

Kesimpulan dari admin,

Terpulang kepada anda semua untuk  mendapat perasaan gembira mengikut gerak hati masing-masing.Cara yang HB kongsikan dalam blog ini ialah teknik bercakap dengan diri sendiri iaitu monlog.Sewaktu monolog cuba hayati dengan menggambarkan diri dalam keadaan yang sangat gembira.

Ya.Sangat-sangat gembira sehingga mencetus perasaan hebat tersebut.Boleh dilatih jika belum berjaya.Boleh diusahakan jika belum ada istiqamah.

Semoga iannya bermanfaat dan jangan lupa untuk membaca tip untuk kasi suami isteri sentiasa bergembira dalam entri Cara Isteri Untuk Sayang Suami.

Sekian.Salam motivasi dan ceria-ceriakan hidup kalian.

10 ulasan

Selagi kita sentiasa mengingati Allah dan melaksanakan tuntutanNYA, in shaa Allah.. hati kita akan sentiasa beroleh kegembiraan walaupun berhadapan dgn saat2 sukar. Emosi dan minda mmg perlu sentiasa dilatih kan... mudah2an sentiasa dpt mengawal utk ehidupan yg sebaiknya... aamiin.

sentiasa berfikiran positif sudah membantu utk kita rasa gembira ...

Sentiasa beryukur dengan apa yang kita ada. Kadang2, bila kita start membandingkan nasib kita dengan orang atau kawan2 yang lebih baik, boleh stress jadinya.
Hidup kita adalah hidup kita. Kitalah yang menentukannya dengan izin Allah.
Thanks for the tips HB.

berfikiran positif besar manfaatnya..

hu..hu..saya setuju la tu.

Sangat setuju, setiap orang berhak untuk gembira...cuma kena pandai kawal emosi dan minda sahaja

perlukan latihan yang berterusan..

setuju..untuk berasa gembira adalah tanggungjawab sendiri, bukan tanggungjawab orang lain. tidak kira apa org lain buat yang mungkin tidak menggembirakan hati kita, jika kita bersyukur dan sentiasa beritahu diri kita bahawa kita gembira dan bersyukur, kita akan gembira sentiasa.

komen yang menunjukkan mama hantek faham apa yang saya tulis..ho..ho..


EmoticonEmoticon