5 Kualiti Diri Untuk Jadi Usahawan Berjaya

5 Kualiti Diri Untuk Jadi Usahawan Berjaya…HB sekarang sudah menjadi seorang usahawan telco dengan gelaran Brand Partner Bestmobile.Sudah pasti informasi dunia keusahawanan menjadi tarikan  utama kepada HB untuk membacanya.Sebab tanpa ilmu dan teknik yang betul memang sukar untuk berjaya dalam bidang ini.

Berikut adalah ilmu yang HB perolehi dan HB sesuaikan penulisannya mengikut konsep blog ini.Sumbernya adalah dari buku yang bertajuk Melangkah Ke Alam Keusahawan terbitan Utusan Publication  & Distributors Sdn Bhd.

usahawan berjaya

1.Tahap kesihatan yang terbaik

Sebagai usahawan faktor kesihatan adalah penyumbang kejayaan.Mereka mesti menjaga kesihatan secara optimum supaya dapat bekerja lebih luarbiasa dari kebanyakkan orang.Tanpa kesihatan yang baik memang menyukarkan pergerakan,produktiviti dan daya fikir seseorang.

2.Budaya cintakan ilmu

Ilmu berkembang dengan sangat pantas.Siapa yang terlambat pasti tertinggal.Ilmu mesti dipelajari dan diamalkan sekiranya ingin berjaya dunia atau akhirat ataupun kedua-duanya sekali.Walaupun ada contoh klasik menunjukkan orang kaya tidak semestinya berpendidikan tinggi.Namun alangkah baiknya kalau ada usahawan yang mempunyai ijazah  dan berjaya pula dalam perniagaan.

3.Kualiti diri semasa bekerja

Adalah lumrah seseorang itu bekerja makan gaji sebelum menceburi diri dalam perniagaan.Semasa bekerja ada kualiti diri yang mesti dipergunakan sebaik yang mungkin dalam dunia bisnes nanti,Misalnya menepati masa,multi tasking,semangat pasukan yang tinggi dan sebagainya.Kualiti ini bagaikan permata dalam lumpur.Tetap bersinar walaupun  dimana jua berada.

4.Latarbelakang keluarga yang harmoni

Seorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai latarbelakang keluarga yang harmoni.Jika ada krisis rumahtangga  ia pasti menjejas usaha untuk membina bisnes.Oleh itu seorang usahawan perlu fokus dan menumpukan sepenuh tenaga untuk memajukan bisnes.

5.Kemampuan mengurus kewangan

Saya pernah tertewas dalam bisnes sebelum ini kerana tidak mampu mengurus kewangan yang baik .Selain itu sukar untuk memastikan pulangan pendapatan dalam masa yang telah ditetapkan.Oleh itu sebagai usahawan mereka mesti mempunyai tabung kewangan  yang mencukupi sebelum terus menceburi bisnes sepenuh masa atau setidak-tidak bisnes sudah mendatangkan pendapatan menyamai gaji sebulan secara konsisten.

[admin]

Dengan memastikan 5 kualiti diri untuk jadi usahwan berjaya diterapkan dalam kehidupan kalian,saya pasti kejayaan dalam genggaman.

HB juga mengalakkan kalian terus melanjutkan pembacan ke atas entri bertajuk >>>Bongkar Rahsia Kejayaan 50 Usahawan.

Salam ceria dan jumpa lagi,

14 ulasan

InsyaAllah... Tiada yang tidak boleh andai ada usaha dengan bersungguh-sungguh. Bersama kita meningkatkan kualiti diri.

p/s: Salam terakhir dari Relaks Minda... : Artikel Terakhir Relaks Minda - Terima kasih


Saya selalu terfikir...kalau saya berhenti kerja dan memberikan tumpuan pada business (walaupun belum ada)...boleh atau tidak agaknya... Masalahnya belum lagi berani...huhu

macam pelik je bunyinya tu..

ya..memang betul Emily

selagi teragak-agak dan belum berani lebih baik jangan..bisnes untuk mereka yang cekal

In shaa Allah.. semoga terus menjadi usahawan yg berjaya... aamiin.. All the best HB.. :)

Setuju tips di atas. memang business perlukan hati yang cekal :)

orang yang mempunyai hati cekal boleh berjaya..

semua point kat atas tu betul, orang berjaya memang kena ada benda tu semua

ya..sepatutnya usahawan mesti tahu perkara ini..

Thanks for sharing HB. Semua point tu sama penting.

Banyaknya ilmu HB kongsikan..kena hadam cepat ni untuk jadi usahawan yang berjaya


EmoticonEmoticon