5 Alasan Untuk Menjadi Jutawan

5 Alasan Untuk Menjadi Jutawan…Setiap orang ada impian.Malah impian yang besar dan luar biasa itu bukan sesuatu yang mustahil jika Allah SWT izinkan.Pada kali ini HB yang bercoleteh sedikit tentang impian untuk menjadi jutawan.Nak kata impian ini HB yang punya rasanya tak salah.Namun tujuan sebenar adalah mengajak pembaca untuk berimpian dan bercita-cita tinggi dalam kehidupan mereka.

Masing-masing punya alasan untuk menjadi jutawan.Itupun kalau kalian yang ada impian yang sama dengan HB.Jadi dengan rasa rendah hati HB nak kongsikan apa alasan untuk menjadi jutawan.

1.Kepentingan agama

HB percaya menjadi jutawan menjadi penanda aras kepada kekuatan ummah.Orang kaya dipandang mulia.Lebih-lebih lagi kalau kekayaan tersebut digunakan untuk kepentingan agama seperti membina madrasah,penyumbang zakat,penaung rumah kebajikan dan saluran dana kepada masyarakat yang memerlukan tanpa mengira agama maupun keturunan.Bayangkan menjadi jutawan sebagai ikon pendakwah untuk menarik orang bukan Islam suka dengan cara hidup Islam.

2.Pencetus kebahagiaan rumahtangga

Memang benar tanpa menjadi jutawan pun boleh hidup bahagia dengan pasangan masing-masing.Namun apa akan jadi kalau dengan suami menjadi jutawan rumahtangga kita lebih harmoni dan saling menyayangi.Makan minum yang berkualiti dan tempat tinggal kelas pertama,Ini belum termasuk ada pembantu rumah yang mengurus rumah supaya isteri boleh memberi tumpuan 100% kepada kita .Alahai macam baby la pulak kita jadi macam tu.

3.Sumber inspirasi anak-anak

Ayah yang bagus dan hebat boleh diukur dengan memenuhi keperluan pendidikan,makan minum dan kasih sayang.Dengan menjadi jutawan anak-anak merasa bangga kita menjadi ayah kepada mereka.Kehidupan masa depan mereka kita sudah sediakan aset dan wang berjuta-juta untuk diuruskan.Anak-anak akan menganggap kita adalah hero dalam hidup mereka.Jika kita sudah tiada maka mereka akan sentiasa kirimkan doa anak yang soleh  untuk kita di alam kubur kelak.

4.Peluang memuliakan orang tua sehabis baik

Selagi orang tua kita masih hidup maka buktikan kejayaan kita sebagai jutawan.Luangkan masa kita sebaik mungkin untuk mereka.Tunaikan apa jua impian orang tua yang mungkin tidak sempat dilakukan kerana membesar kita suatu ketika dahulu.Gembiranya hati mereka dengan duit,perhatian dan kasih sayang seseorang anak.Sudah tentu kita tidak risau lagi tentang bos marah kerana kita adalah bos jika tak turun kerja menemani ibu ke pasar ikan.

5.Memberi manfaat kepada orang sekeliling

Jutawan adalah pemurah.Dengan nikmat jutawan kita boleh sebarkan rasa pemurah agar orang lain turut menikmati tempias kekayaan.Kita boleh anjurkan ceramah motivasi percuma supaya anak-anak muda lebih terarah hidup mereka.Kita juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan menjadi majikan kepada pekerja.Jika pekerja dah ada keluarga maka manfaat kita sebagai majikan lebiih luas untuk anak-anak pulak.

Kesimpulan dari admin,

Dalam entri kali ini HB tak ceritakan dari mana sumber untuk menjana pendapatan untuk menjadi jutawan.Mungkin lain kali.

Apapun HB hargai kalian pembaca untuk sama-sama menjadi jutawan.Nak jadi jutawan segera jom tukar RM menjadi Rupiah..he..he,,

Cara Buat Duit Dari Internet

>>>>>Jom  Bongkar Rahsia BestMobile Prepaid Jana Duit<<<<<

 

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

14 ulasan

setuju. orang Islam kena ada kekuatan ekonomi. yg penting, sumbernya halal dan baik, serta ada iman, ilmu n taqwa utk menguruskan kekayaan tue supaya bermanfaat untuk org lain. :)

Setuju.. klu betul niatnya, lagi bnyk duit lagi bnyk amal yg boleh kita buat utk kebaikan dunia dan juga akhirat...

Betul. Umat Islam mesti kena berjaya dunia akhirat tengoklah seruan 5x sehari, Marilah menuju kejayaan :D

Saya nak jadi jutawan....aamiin

Bestnya bila berduit.

sebab itu orang Islam harus menjadi kaya..

niat yang bagus akan membawa pahala yang lebih bagus juga

ya..saya bersetuju nie..

wow..bestnya..semoga menjadi kenytaan..

itulah nikmat dunia..ho.ho..

Betul tu, JUTAWAN untuk memanfaatkan apa yang diperolehi kepada ummah ISLAM sejagat..

semoga ianya bakal menjadi kenyataan nanti..

beri manfaat pd org sekelilinglah yg selalunya jutawan jarang buat ...

sebab mereka jutawan kat hati..bukan jutawan kat tangan..terasa berat pulak nak bagi kongsikan harta


EmoticonEmoticon