Petua Last Kopek Untuk Berjaya

Petua Last Kopek Untuk Berjaya…Sila abaikan istilah merapu tetapi selami mesej yang ingin HB sampaikan.Last kopek bermaksud baki terakhir atau bahasa yang mudahnya itu sahaja yang ada.Selepas itu habis dah.Jangan cari lagi.Memang dah tiada.Dengan kata lain, itulah yang ada untuk digunakan sehabis baik.

last kopek

Petua last kopek ini diinspirasi dari kisah seorang usahawan yang berjaya dalam bisnes telekomunikasi yang diceburi beliau sejak tahun 2011 lagi.Istilah last kopek adalah idea HB sendiri tetapi intipati petuanya memang dari beliau.Ternyata kejayaan beliau amat HB  kagumi kerana berjaya memperolehi pendapatan mencecah enam angka sebulan.

Secara asasnya semua orang mahu berjaya.Tidak seorang pun rela untuk tidak berjaya.Sebab orang berjaya dipandang tinggi semua orang.Sebaliknya orang kurang berjaya dilabelkan sebagai tidak guna,lemah dan membawa masalah kepada orang lain.Begitulah kesan pandangan orang lain terhadap konsep kejayaan.

Oleh itu dah tiada sebab lain selain untuk berjaya.Tidak ada pilihan kedua atau pilihan yang ketiga,Yang ada hanyalah sebuah kejayaan yang amat didambakan.Sekarang kalian sudah tahu apa petua last kopek yang HB ingin kongsikan dalam entri ini.

Dalam erti kata yang lain,untuk berjaya bukan satu pilihan.Ia adalah satu kemestian.Satu perjanjian kepada diri sendiri untuk mencapai apa yang diingini dengan kemahuan teramat sangat.HB boleh andaikan seperti lava gunung berapi yang sentiasa mengelegak untuk mengeluarkan letusan laharnya.Andainya kalian dapat meletak diri kalian ke tahap ini,HB amat percaya kejayaan maksima yang boleh kalian nikmati.Insya Allah.

Apabila fikiran dan tindakan bersatu untuk berjaya maka tiada alasan untuk tidak berjaya.Biarpun kurang berjaya bakal ditemui,ianya bukan keputusan muktamad.Ia adalah satu kejayaan kecil yang HB anggap tahap demi tahap.

Ayuh pembaca sekalian,jika disaat ini hati dan semangat kalian mula ‘down’ maka bangkit semula.Fikirkan matlamat.Hidupkan semula impian.Kurangkan rasa negatif yang mula bersarang dijiwa.Ingat untuk berjaya anda tiada diberi pilihan.Ia adalah last kopek peluang yang ada.Gunakan dan tempuhi peluang itu sedaya upaya yang ada.

Mengapa HB katakan last kopek kerana faktor masa dan umur adalah terhad,Umur tidak mungkin diperbaharui walaupun setiap tahun umur tetap bertambah.Andai kata kalian bakal ditakdirkan meninggal dunia pada umur 60 tahun dan kini berusia 59 tahun,adalah kita mampu mengubah umur untuk sampai ke 61 tahun.Jawapannya tidak.Jadi dalam tempuh masa berbaki 1 tahun itu ciptalah kejayaan sebaik mungkin baik untuk dunia atau akhirat.Lepas tu dah tiada peluang lagi dah!

Sekarang kalian bersetuju bahawa kejayaan akan tercapai jika kita sudah tiada pilihan.Orang kata kena buat juga.Mahu atau tidak.Seronok atau tidak.Paksa maupun rela kerana itu sahaja ketetapan untuk berjaya.

Kesimpulan dari admin,

Entri ini akan berakhir di sini.Namun perjalanan kejayaan kalian tetap diteruskan.Jika masih tak puas hati baca semula dan kekalkan momentum motivasi itu dengan mencari ilmu secara berterusan dalam blog Buku Online.

Semoga kalian berjaya mencapai apa jua matlamat,impian dan cita-cita.HB doakan untuk kejayaan kalian.Amin.

Jumpa kalian di puncak kejayaan!

22 ulasan

Asalamualaikum hanafi...insyallah amin..semoga kita semua berjaya didunia dan akhirat :-)) amin

As Salam teman,Semua insan pasti dambakan kejayaan kan,cuma usaha tu yang perlu lebih untuk mendapatkan hasilnya,satu perkongsian bermanfaat,terima kasih saya ucapkan pada Hanafi :)

last kopek lagi tu.

hoho..

Petua last kopek tajuknya tu yang tak menahan...namun pengisiannya sangat bagus

kadang-kadang kopek tu ada makna lain bagi sesetengah tempat.. hehehehe

wsalam..satu doa yang bagsu..amin

Wsalam..sama-sama.Moga ia bermanfaat untuk kalian

ya..memang last kopek nie.

ho..ho..terima kasih.

tulah..makna yang berbeza untuk situasi dan tempat.

Mesti selalu positif dan pandang ke depan. Thanks HB

Usaha tangga kejayaan. Kata orang kegagalan juga adalah kejayaan yang tertunda. Go for it !!!

dah last kopek..orang kata it's not the destination, but the journey hmmmm

Ada sesetengah org, inspirasi dgt last2 kopek.. apa pun, semoga berjaya dgn apa jua yg kita kerjakan... aamiin.. :)

pandang ke depan dan ke bawah..takut tersilap langkah..boleh jatuh

kejayaan yang tertunda..hu..hu..best tu

ya tuan..bergantung juga dengan jenis orang!

saya juga selalu gunakan ayat last kopek ...

sejujurnya saya kurang guna he..he..

Kena ada matlamat dan sasaran yang ingin dicapai. Untuk capai sasaran besar kena mula dengan sasaran yang kecil dulu..

betul tuan..kejayaan adalah satu proses dari kecil hingga ke besar


EmoticonEmoticon