Domain Dah Cecah Satu Tahun

Domain Dah Cecah Satu Tahun…Sedar tak sedar blog ini sudah berusia satu tahun.Kelahirannya adalah pada 7 Mei 2014 yang lalu.Ini bermakna sudah setahun HB menulis dalam blog Hero Borneo.Pelbagai kisah manis dan pahit terlakar bersama blog ini.Bagi HB kisah-kisah ini adalah warna semulajadi kehidupan yang terakam indah melalui penulisan blog.Nak baca boleh gunakan ruangan Sitemap.

domain satu tahun

Baru-baru ini HB telah memperbaharui domain blog.Agak mahal namun HB teruskan kerana sayang domain ini sudah bertapak dalam benak fikiran ramai pembaca.(HB just assume like that).

Banyak juga kejayaan kecil yang HB dapat melalui blog ini.Kejayaan menjadi peserta kontes SEO.Maaf ya.Kejayaan  sebagai para peserta dan bukan para pemenang tau!.

Selain itu blog Hero Borneo telah melekatkan gelaran HB.Malah HB lebih popular dari mrhanafi atau hanafi abdullah.Sedangkan nama tersebut digunakan oleh orang yang sama.

Dalam dunia luar,rakan sekerja selalu mengusik HB sebagai Hero Borneo.Mereka begitu selesa dan ini telah membawa satu jenama blog yang bagus.Online orang kenal manakala offline pun orang ingat.

Nampaknya tempoh satu tahun boleh memberi impak begitu kepada HB.Harapan dalam satu tahun yang akan datang melonjakkan jenama Hero Borneo sebagai blog sumber pendapatan.

Sebelum ini ada perancangan untuk meletakan blog ini di platform Wordpress.Lama kelamaan semakin sayang pulak dengan platfform blogspot.Jadi HB ambik keputusan kekalkan dan bina sahaja blog lain yang khusus seperti mrhanafi.com untuk bermain di pentas Wordpress.

Kini cabaran masa,idea dan wang ringgit mesti HB tempuhi.Dalam mengurus 3 blog yang domain berbayar bukan semudah yang disangka.Blogger lain sebenarnya  lebih banyak dan mereka terus sukses besama blog-blog tersebut,Perkara ini memberi inspirasi kepada HB untuk berjaya seperti mereka.Tiada mustahil sekiranya Allah SWT dah izinkan.

Gaya penulisan blog ini tidak banyak berubah.Sebab itu memang trademark dan keaslian HB menulis.HB akui ada berapa blogger yang sangat bagus penulisan mereka seperti blogger Khir Khalid,Bin Muhammad,Mohd Subhi dan ramai lagi.HB amat mengkagumi teknik penulisan standad sebegitu.Cuma terfikir balik mana mungkin nak samakan cara penulisan begini kerana masing-masing ada kemahiran menulis yang tersendiri.

Apa yang penting buat HB,penyampaian idea dan kefahaman pembaca.Mereka faham dan mereka suka boleh menjadi kepuasan menulis buat HB.Dalam pada itu proses menyusun ayat masih mencabar juga meskipun dah berlatih bertahun-tahun.Selagi perkara ini tidak diatasi HB tidak akan berpuas hati.

Ada sumber yang kata panjang sesuatu entri yang bagus untuk SEO ialah 300 patah perkataan.Selain itu ada juga versi yang kata 500 patah perkataan dan yang lain-lain 1000 patah perkataan.

Oleh sebab itu HB cuba dalam entri ulang tahun ini nak tulis sehingga 500 patah perkataan.Memang kurang selesa tetapi berlatih dulu.Lama-lama nanti akan menjadi biasa.

Latihan yang mesti dilakukan bermula dari sekarang.Kalau bukan sekarang bila lagi la jawabnya,HB yakin pada entri yang akan datang penulisan HB lebih awesome dan banyak memberi manfaat kepada pembaca.

Itu adalalah fokus.Insya Allah selepas ini HB nak setkan visi dan misi blog ini pulak.Jadi lebih terarah dan menuju ciri-ciri profesionalisme seorang blogger.Biar pihak pembaca rasa tak menyesal dan ingin datang lagi ke blog ini.Sebab ada orang tanya apa yang ada dengan blog Hero Borneo.

Jadi untuk menjawabnya biar HB menulis dengan sungguh-sungguh dan berkongsikan perkara yang lebih bermanfaat untuk pembaca.

Akhir kata dari admin,

Sekian.Sehingga jumpa lagi dan semoga ada ceria-ceria selalu hendaknya.

16 ulasan

asalamualaikum hanafi :-))

500 patah ? jenuh nak cari idea tu...apa2 pun goodluck

Selamat ulang thun HB.. sama plk tarikh lahir suami n mak mertua saya.. hihihi..

semoga berjaya mencapai cita2 untuk menjadi blogger pro..

sekejap sahaja masa berlalu dah cecah satu tahun banyak penulisan harapan dapat sumber rujkan diri orang luar hendaknya

Selamat ulang tahun buat blog Hero Borneo. Nama Hero Borneo tu pun sebenarnya sgt unik dan ada nilai komersilnya yg tersendiri. Mmg nampak peluang utk pergi jauh lagi nanti.. apa pun tahniah dan saya mendoakan agar HB terus berjaya... aamiin.
T kasih kerana menghargai penulisan saya. Menjadi inspirasi juga buat saya... Semoga HB terus sukses ye.. :)

selamat menyambut ualngtahun blog bro..semoga terus success dalam arena blogging.

tahniah dan selamat ulang tahun.
semoga terus maju.
*kamek urang Serawak juak

Tahniah. Semoga suksess selalu.
Setiap orang ada style dan gaya penulisan tersendiri. Itulah uniknya sesebuah blog..

waalaaikum salam..yanti,

kalau dah biasa 500 patah perkataan senang je tu..

hu..hu..bestnya blog pun dah ada hepi birthday

terima kasih atas sokongan..

ya..masa amat cepat berlalu ho..ho..

sama-sama tuan KK..dan semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menulis blog dengan lebih baik..

terima kasih bagi sokongan..terbaik la

ho..ho..terima kasih bagi sokongan

'auk lah tek..asal kampung ney?'

blog macam orangnya jua..ada kelainan tersendiri..

setakat ni sedar tak sedar dah ada lebih 15 domain..hohoh..pening gak nanti nak renew..eeehe..apa pun tahniah, semoga makin maju lagi dimasa akan datang

15 domain..banyak tu bro..tapi perkara biasa untuk mereka yang terlibat dengan dunia online..


EmoticonEmoticon