Blogger Kerjaya Masa Hadapan Terbaik

laptop 

Blogger Kerjaya Masa Hadapan Terbaik..ramai yang berimpian untuk menjadi blogger yang berjaya.Blogger yang boleh menghasilkan pendapatan secara tetap,bermusim dan sebagainya.Pendek kata kerjaya blogger yang boleh menggantikan kerjaya rutin seperti yang kita lakukan hari ini.Blogger boleh dianggap sebagai profesional jika sudah memberi satu income yang bagus dan stabil setiap bulan.

Perlu HB ingatkan menjadi blogger bukan kerana duit semata-mata.Lebih dari itu kerana blogger adalah insan yang suka menulis untuk berkongsikan ilmu dan maklumat kepada pembaca.Kepuasan berblogging terpancar jika pembaca mendapat manfaat dan kebaikan dari hasil penulisannya.

Perkara ini bukan trend baru.Ada yang telah memilih blogger sebagai kerjaya sepenuh masa.Mereka ada blog,jenama dan reputasi yang kukuh.Namun HB percaya apa yang mereka perolehi ketika ini tidak berlaku secara semalaman.Bukan sebulan dua.Yang pasti sudah dibina dan diusahakan paling kurang 3 tahun.Mereka bermula dari tiada sehingga menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan.Senang cerita dari zero menjadi hero borneo.

Pada masa kini kehidupan kita terlalu dekat internet.Dulu-dulu internet perkara mewah sehingga HB pernah dikenakan bayaran RM10 sejam untuk melayari internet di pusat siber (CC) sekitar tahun 1997.Tengok sekarang ini internet dapat diperolehi secara percuma jika berada di Kampung Tanpa Wayar dan lokasi WIFI.Tak kisahlah sama ada di restoren segera,salon atau rumah kawan.Jadi ada internet maka kemudahan bagi seseorang yang bergelar blogger.

Apabila internet berada dalam  gengaman maka kuasa makluma sudah berada dalam tangan.Setiap masa dan ketika kita akan terdedah dengan makumat melalui media sosial yang sudah berlambak di pasaran.Misalnya kes Myvi di Jalan Duke.Ada maklumat bagus.Ada yang menjadi sampah.Jadi pandai-pandailah pilih yang mana satu.

Blogger perlu menggunakan peluang ini untuk menyampai maklumat melalui blog mereka.Kalau boleh  kepada bakal pembaca seramai yang mampu dengan kadar segera.Keupayaan berbuat demikan akan menarik trafik supaya rating blog akan naik.Ada trafik yang kencang maka ada pendapatan melalui iklan dalam blog.

Keperluan ‘dump box’ atau peti TV untuk  memberi hiburan,maklumat dan pendidikan masih relevan.Mereka sanggup pula melanggan program berbayar secara bulanan.Tentunya juga pada masa hadapan ada blogger dibayar lumayan oleh individu tertentu demi memenuhi keperluan tersebut.Hakikatnya sudah ada juga terutama melibatkan pihak syarikat.Biar masa yang akan menentukannya.Malah HB berharap dapat menempatkan diri dalam golongan blogger yang ada jenama dan reputasi tinggi suatu hari ini.

[Catatan admin]

Masa hadapan yang HB bicarakan dalam entri ini bukan 10 tahun lagi.Mungkin 3 tahun dari sekarang atau lebih awal daripada itu.Perlu kita sedari bahawa masa tidak pernah menunggu.Sebaliknya masa akan berlalu sia-sia jika HB dan mungkin juga kalian masih memasang impian tetapi tidak berbuat-buat apa tindakan pada saat itu.

Hanya mereka yang suka menulis,membaca dan tiada pilihan akan menjadikan blogger sebagai kerjaya masa hadapan yang terbaik.HB amat percaya apa yang kita fikirkan hari ini akan menjadi kenyaatan esok hari jika ada sungguh-sungguh dan keyakinan.

Sekian.Salam motivasi dan ceria-ceria selalu sebagai seorang blogger.Teruskan berimpian dan jangan berhenti sehingga apa yang kita lakukan menjadi kenyataan.

 

p/s: HB cukup sibuk sekarang ini.Ada bisnes hebat yang HB promosi tanpa henti sekarang.Potensi bisnes ini menjadikan anda pencen awal dengan pendapatan pasif yang aweseome setiap bulan.Jika tak nak pencen awal boleh terus bekerja tetapi menjadi blogger sepenuh masa.

[  Nak tahu bisnes tersebut sila dapatkan infonya di SINI ]

26 ulasan

orang yg menulis jer mampu bertahan dlm blog... Apa pun sy suka berblogging hehe

tapi bkn mudah nak jadikan blog terkenal dan ada trafik yg tinggi ... perghhh ... kesat peluh jap .

nur ikaa memang seorang blogger kan..kan..

ya..memang betul banget..tu!

Kadang2 susah nak dapat idea. Ilmu blogging saya pun tak banyak lagi.

Pernah berangan nak jadi blogger terkenal suatu masa nanti :-)

teringat juga satu masa dulu suka ke CC. bayarannya RM2 satu jam, masa tu dah rasa mahal hehe

Belajar dan terus belajar.. dengan minat, in shaa Allah ada jln kejayaan buat kita semua dlm berblogging ini. Semoga HB terus sukses mencapai impian... aamiin.

Komitmen kena 100%.. kalo x.. memang payah.. huhu

banyak membaca ,insya Allah banyak idea akan timbul

ho..ho..berangan boleh menjadi kenyataan..

itu masih murah..tempat saya sekarang RM2.50 sejam.

terima kasih tuan..minat memang penting!

komen 100%..hebat sangat tu..

dulu blog pertama dulu suka-suka je, taktahu pun pasal trafik apa benda, hatta nuffnang. lepas tu tutup blog tu.
bila sekarang ni, rasa sayang pula blog lama tu hahaha sebab follower dah agak ramai tapi sebab tujuan bukan untuk duit masa tu, tapi nak bermonolog depan komputer hahaha
sekarang ni, alhamdulillah, memang suka menulis ni

Berblog untuk memanjangkan silaturrahim pun boleh juga kan?

seronok menjadi blogger sebab kita dapat berkongsi info yang bermanfaat. Sharing is caring kan :)

memang ambik masa untuk jatuh cinta dengan blog...bagus sangat tu.

blog memang penyambung silaturrahim..

saya akur kenyataan tersebut..

berkongsi info adalah cara untuk memberi manfaat kepada orang lain..

k lily tulis ikut suke suke sajorrrrr hahahahha

Saya pun masih belajar cara nak menjana pendapatan dari blog ni...hehe...

sekarang ini,semua maklumat di hujung jari je. macam macam boleh buat untuk jana pendapatan. blogger memang satu kerjaya yg amat bagus dan pendapatannya pun amat lumayan. cari la ilmu lagi untuk upgrade blogger kita. saya bercadang adakan seminar untuk bekerja sebagai blogger ni. sekarang ini, anak-anak muda amat berminat dengan dunia IT, so , bagi la peluang kepada mereka dalam kerjaya blogger ini.

yang penting happy maa..he.he..

sama kita kalau macam tu..

kalau Farina jadi penceramah memang best tu..


EmoticonEmoticon