Adab Menuntut Ilmu Wajib Tahu

Adab Menuntut Ilmu Wajib Tahu…Orang yang menuntut ilmu sangat dimuliakan.Mereka adalah golongan yang berusaha untuk membaiki diri dan menukar daripada jahil kepada alim.Dengan ilmu yang penuh didada mereka akan menjadi insan yang lebih bermanfaat kepada orang lain.Namun begitu untuk mencapai tujuan tersebut mereka perlu meneliti beberapa adab agar perjalanan mendapat ilmu lebih berkat.

Adab merupakan peraturan yang mesti diambil tahu oleh para penuntut,para pelajar atau sesiapa sahaja sekarang ini yang masih belajar.HB sendiri tidak terkecuali kerana masih belajar untuk membuat perniagaan telco terhangat sekarang ini iaitu Bestmobile.HB telah menyenaraikan beberapa adab yang HB petik dari sebuah buku.Memang bagus dan sesuai untuk dikongsikan bersama pembaca blog ini.

adab menuntut ilmu

1.Niat ikhlas kepada Allah SWT

Seseorang yang nak belajar apa jua ilmu kebaikan, mesti niat ikhlas kepada Allah SWT.Tujuannya supaya beroleh pahala dan berkat.Ilmu yang berkat mudah difahami dan diamalkan.

2.Bersih zahir dan batin

Ilmu mudah meresap dalam jiwa jika  penuntut bersih dari dosa.Ini khususnya kepada penuntut ilmu hafiz atau hafazan al-Quran.Tak bermakna kita yang belajar illmu duniawi boleh mengabaikan perkara tersebut.

3.Fokus tahap tertinggi

Apa jua perkara yang kita lakukan mesti fokus.Dengan fokus kejayaan kita akan lebih terarah dan lebih mudah tercapai.Sebab itu ada  blog White Barley menggunakan tag hebat iaitu Focus and Win.HB suka blog tersebut.

4.Selalu berzikir

Orang berzikir ada kelebihan tersendiri.Hati mereka sentiasa diisi dengan mengingati Allah.Jadi tidak hairan tahap kefahaman mereka lain dari yang lain.Hijab ilmu terbuka menyebabkan mereka dapat melihat sesuatu dengan lebih baik.

5.Kurangkan makan dan tidur

HB faham tak ramai yang sanggup buat.Namun banyak kelebihan.Kurang makan dapat jimat belanja.Kurang tidur pula lebih masa untuk belajar.Perlu HB ingatkan apa yang kurang ini berdasarkan keperluan peribadi.Ia tak sama denga orang lain.

6.Pilih teman yang bagus

Teman amat mempengaruhi seseorang.Jika pilih teman yang baik maka baik pergaulannya.Teman yang kurang baik jangan dilayan sangat takut mereka lebih kuat untuk mempengaruhi kalian untuk berbuat perkara negatif.

7.Dapatkan ilmu yang bermanfaat sahaja

Dalam dunia ini banyak ilmu yang bagus dan tak kurang juga yang tak bagus.Tugas penuntut ilmu ialah dapatkan ilmu yang bermanfaat dan bagus sahaja.Yang tak baik tu abaikan sahaja.

8.Menghormati guru

Guru lebih tinggi kedudukan dari pelajar kerana ilmu.Sebab itu amat wajar guru dihormati.Sikap menghormati guru lebih menjamin kejayaan seseorang ketika belajar.Semua orang mesti faham hakikat ini.

9.Memiliki buku yang diperlukan

Tanpa buku apalah ertinya belajar.Oleh itu ketika kalian menjadi pelajar atau penuntut ilmu maka buku adalah sumber ilmu yang amat diberi perhatian.Cuma Buku Online sahaja patut dijadikan sumber kedua untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada.

[catatan admin]

Huraian tentang adab nmenuntut ilmu ini telah HB ringkaskan agar menjadi bacaan santai.Penulisan yang serius dan ilmiah boleh kalian cari sendiri dalam buku-buku yang banyak dipasaran kini.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

27 ulasan

Wah, bagus sungguh tips ini. Menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Selagi hidup selagi itulah kita tetap perlu belajar pelbagai perkara.

Semua tips sangat penting. Terima kasih HB atas perkongsian :)

Selagi hidup selagi itulah diwajibkan kita menuntut ilmu. Semoga kita semua beroleh keberkatan diatas ilmu yg baik... aamiin. T kasih atas peringatan dan perkongsian ini HB.. :)

dimana2 dan tiap masa boleh dapat ilmu yang baru...jangan malas cari ilmu sebab ilmu itu pelita kehidupan :-))

Semoga ilmu yang dituntut diberkati... dan ilmu dikongsi bersama... :)

ada ilmu bagus panjangkan begtu juga dengan pengalaman baik2 bagus sahre cam ilmu ibu bapa ker hee...

menghormati guru, walau apa pun ilmu tu berkat jika menghormati guru

sangat setuju soal niat, fokus dan hormati guru

Menuntut ilmu memang sangat penting.
Semoga sentiasa mendapat ilmu yang bermanafaat. Tq

tips-tips diatas patut dilakukan agar bisa sukses dalam menuntut ilmu.. terimakasih kakak dengan tipsnya

Guru perlu dihormati even umurnya lebih muda dari kita

tips ini untuk universal tau..

sama-sama..harap ianya bermanfaat untuk anda.

mudah-mudahan ilmu yang kita dapat itu berkat.

ho..ho..saya setuju.illmu itu pelita hidup

amin..dan itu yang kita mahukan tuan

ilmu ibubapa memang terbaik..

menghormati guru sangat penting..

sama-sama gan..moga ia bermanfaat untuk kita.

umur tak penting...yang penting tahap keilmuan.

Allah akan darjat orang yang berilmu. Luangkan masa walau 10 minit untuk membaca artikel contohnya.

betul tu..luangkan masa untuk membaca artikel dalam blog atau mana-mana sumber ilmiah

Zumal singgah menuntut ilmu dari HB, moga dapat memotivasikan diri ke arah lebih baik...

terima kasih..apa sangat ilmu saya nie..

semasa menuntut ilmu, mesti kena beradab baru la ilmu itu berkat. ilmu ini ibarat pelita yang menerangi rumah. untuk berjaya dunia dan akhirat,tuntutla ilmu yang bermanfaat, jangan belajar ilmu sihir dan yang tidak baik.. sekarang kita masih hidup ini, cari la ilmu sebanyak mungkin agar kita tidak lalai.


EmoticonEmoticon