5 Tanda Seorang Suami Yang Bijak

5 Tanda Seorang Suami Yang Bijak…Keluarga bahagia adalah idaman semua orang.Sudah semestinya kebahagiaan rumahtangga tidak datang begitu sahaja melainkan diusahakan oleh kedua pihak baik pihak suami maupun isteri.Namun orang yang penting dalam usaha tersebut ialah suami yang bijak.Ini tidak bermakna kita menidakkan peranan seorang isteri.Hasil kerjasama dan kerja sepakat sudah pasti membawa kebahagiaan keluarga itu sendiri.

suami bijak

Ada 5 tanda seorang suami yang bijak.Tahap kebijakan suami dapat dikenalpasti seperti berikut.Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dijadikan panduan supaya suami atau bakal suami  menjadi seorang yang bijak dalam mengendali bahtera rumahtangga.

1.Hal kerja tidak dibawa ke rumah

Suami yang bijak tidak akan membebankan fikirannya yang berserabut dengan soal kerja ke rumah.Anak dan isteri memang tidak patut dilibatkan.Soal kerja biarlah ditempat kerja.Takkan kisah bos ada skandal dengan setiausaha boleh diceritakan ke rumah (bos itu adalah kalian opss..)

2.Sentiasa berkata yang baik-baik

Akhlak seseorang mudah diterjemahkan melalui komunikasi lisan.Suami yang bijak tidak akan bercakap celupar,kotor atau ayat sumpah seranah.Nak dengar pun rasa sakit hati.Sebab itu suami yang bijak akan berkata-kata dengan lembut,tutur kata yang sedap telinga mendengar dan ayat yang memikat.Anak dara diluar harus hati-hati dengan suami jenis ini kerana mereka bisa terperasan nanti.

3.Bersabar dalam banyak perkara

Orang bijak sudah sinonim dengan orang yang sabar.Jadi suami yang bijak ialah orang sabar melayan karenah isteri yang pelik,sukar dijangka dan 101 kelemahan sebagai manusia.Misal keadaan fizikal yang tidak menawan seperti yang dulu-dulu.Ada juga isteri yang jadi pemarah walaupun langit sentiasa cerah.Angin tidak.Ribut pun tidak.

4.Seorang yang tenang berhadapan masalah

Mana ada manusia yang ada di dunia tidak diuji dengan masalah hidup.Begitu juga dalam kes rumahtangga.Sebagai ketua keluarga yang bijak jangan menunjukkan rasa resah dan gelisah yang keterlaluan.Ada masalah besar sekalipun mesti dihadapi dengan hati yang tenang dan cari penyelesaian sungguh-sungguh.Tidakan bijak begini akan menjadi sumber inspirasi kepada ahli keluarga yang lain.

5.Bertindak rasional setiap masa

Dalam melayari bahtera merdeka rumahtangga sudah pasti berhadapan dengan ombak rindu dan badai.Oleh itu suami yang bijak perlu rasional dalam tindakannya.Tak boleh bertindak secara melulu dan membuta tuli tanpa usul periksa.Contohnya tindakan si isteri yang tak sudi untuk ‘gitu-gitu’ dengan suami jangan pulak ada keinginan untuk tambah cawagan pulak.Lain-lain kalau bertahun-tahun minta ‘gitu-gitu’ tetapi tak dilayan bolehlah mulakan langkah kanan untuk cari pengganti.Itu baru dinamakan suami yang bijak.

 

Kesimpulan admin,

Tanda-tanda ini bukan mutlak untuk membuktikan suami itu seorang yang bijak.Mungkin ada tanda lain yang lebih meyakinkan.Oleh itu amat wajar para pembaca bagi komen pulak dibawah.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di puncak kejayaan.

 

best gilak

Dapatkan Info Best Mobile Prepaid

20 ulasan

Mudah2an diri ini sentiasa menjadi suami yg bijak lah hendaknya.. thanks sharing HB

setuju carilah suami yang penyabar
dan tidak bercakap kasar atau bertindak kasar semasa marah
MY-Emily

kena juga bezakan tuntutan agama dengan adat melayu kita. apapun suami yang penyayng adalah yang paling baik kepada isterinya.

saya pun sama tuan..

biasa kalau marah memang terkeluar perkataan negatif.

ikut sahaja sunnah Rasullah..

Sebagai seorang isteri orang, yang nombor 1 tu kurang setuju eheheh
saya lebih gemar jika suami tidak underestimate keupayaan isteri hendak memahami suami dari segi kerja , maslaah dan sebagainya
tapi dari satu segi tu saya setuju, bila stress di tempat kerja, janganlah melepaskan stress di rumah.
tetapi berbincang atau sekadar bercerita, meluahkan hati dengan isteri itu dapat membantu isteri lebih memahami suami, yang akhirnya menjadi manfaat kepada suami. Imagine la kalau suami tak share tentang bos yang kurang timbang rasa di ofis nak suruh kerja weekend, lepas tu isteri ni pula hujung minggu je ajak jalan2. mesti stress giler si suami. dan bukan salah si isteri jika kurang memahami...oh panjang pula komen hahaha

sekali sekala macam best je komen yang panjang macam nie..terima kasih

tahniah kepada suami yang ada kebijakan ini, aman rumahtangga

Wah, bestnya kalau semua suami sebegini. Apa pun sangat bersyukur sebab hubby Mek ila seorang yang penyayang. Yang no 1 tu best juga kalau suami suka share. At least kita tahu cerita suami di tempat kerja.

Nak kena bagi tips ni kat suami, mungkin ianya boleh membantu

mudah2an saya dapat suami yg sebegitu ...

Alhamdulillah...suami saya baik orangnya.

harap2lah jadi seorang suami yang bijak juga

sebab itu bakal isteri cari betul betul

ya..bersyukur dengan apa yang ada..dan redha..

senangkan ..inbox sahaja ke HP suami.

Amin..kalau itu yang didoakan..memang dapat punya!

itu yang sebaiknya..

sama-samalah kita berdoa untuk menjadi seperti itu.


EmoticonEmoticon