5 Sifat Isteri Yang Terbaik

5 Sifat Isteri Yang Terbaik…Sesungguhnya tiada makna bagi seorang suami yang hebat tanpa peranan seorang isteri.Sebab itu peribahasa klasik  menyatakan  tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia masih relevan sehingga ke hari ini.Tidak seorang pun yang berani untuk mempertikai kenyataan demikian.


Mari kita lihat apakah sifat wanita yang terbaik untuk dikahwini dan dijadikan suri hidup dunia serta akhirat.Sebagai wanita yang akan mendapat gelaran isteri, maka amat patut membaca artikel sebelum ini bertajuk 10 Tips Terbaik Memilih  Calon Suami manakala untuk jejaka terpilih pula amat digalakkan membaca artikel sampai habis.Sebabnya supaya dapat memilih sehabis baik bakal isteri mereka nanti.

1.Isteri yang redha dan tidak meminta luar kemampuan suami

Zaman sekarang ramai kaum suami berkurang berduit dalam melayari kehidupan rumahtangga.Pihak isteri pula majoriti ada kuasa membeli kerana mempunyai pekerjaan yang jauh lebih baik dari suami.Apabila ada situasi begini jangan sesekali paksa suami untuk menghadiahkan kalian sebuah kereta Camry keluaran terbaru.Lainlah kalau suami kalian seorang Bestmobile Brand Partner yang sudah berjaya.

2.Berhias secantik mungkin hanya untuk suami

Tidak dinafikan ada isteri yang nak cantik pada pandangan bos atau rakan sekerja lelaki yang lain.Maafkan HB.Cara begini sudah menyimpang jauh.Sebaik-baiknya golongan isteri hanya berhias untuk suami.Perhiasan yang mahal atau murah bergantung dengan keihlasan.Jika niat betul maka si suami takan jeling wanita lain secantik Mia Ahmad atau Aida Jebat.

3.Memelihara diri dari buat skandal dengan lelaki lain

Isu ini berat.Sifat wanita yang mudah hatinya berbolak balik boleh terancam untuk membuat skandal dengan lelaki lain.Maklum sahaja apabila suami kurang power dan si isteri semakin bergetah.Bahaya skandal boleh mengundang bila-bila masa.Cuma isteri yang setia sahaja boleh menjauhkan diri dari gejala kurang sihat ini.

4.Suara tidak melebihi suara suami

Ada wanita yang semulajadinya bersuara comel dan merdu.Tambahan pula ada yang suara lembut bak sutera.Tutur kata penuh kesopanan dan tatasusila.Nak lebih mudah abaikan wanita yang suka nak berlawan suara dengan lelaki.Jika dah terjodoh tu maka banyak-banyak berdoa agar dilindungi.

5.Tidak keluar rumah sesuka hati

Hakikat ini ada para isteri yang menganggapnya remeh.Mereka tidak sedar perbuatan mereka kurang manis.Sekiranya ada isteri yang sangat menghormati suami dengan meminta izin untuk keluar maka bagi tepukan untuk kalian.Sudah terbukti kalian adalah isteri terbaik untuk insan bergelar suami hebat.

Kesimpulan dari admin

Ternyata 5 sifat isteri yang dikemukakan ini tak lah seratus peratus betul.Jika kalian ada idea tentang topik ini jom lah bagi pandangan dalam ruangan komen dibawah.


23 ulasan

Emmm rasanya Sha tak cukup baik sebagai isteri,, berapa kali tersasul tinggi suara kat suami :(

Semoga saya menjadi isteri yang baik..aamiin

tak sengnaja tu apa lah..

Saya sayang isteri saya.. :) :)

Semoga saya juga dapat memenuhi kriteri menjadi isteri yang terbaik buat suami saya...

satu komitmen diri yang saya suka dengar maa..

hmm rasanya susah sangat jadi isteri yang baik dengan kriteria-kriteria yang dinyatakan
kalau zaman dulu, memang inilah semua yang perlu dipatuhi oleh perempuan yang dah kahwin
MY-Emily

blm jadi isteri . fikir kemudian je la ...

Ciri2 yang amat penting setiap isteri wajib ada. Alamak Terliuq tengok apple watch tu ��

zaman sekarang mungkin ada kelonggaran..

boleh fikir sekarang untuk persediaan akan datang..

kalau minat..boleh sembat satu la..

Semoga Mek ila pun dapat jadi isteri yang baik dan dikasihi suami. Amin :-)

amin dan itu yang memang kita nak..ho..ho..

Sedangkan lidah lagi tergigit. Tak semua orang perfect kan. Kena banyakkan bertanya dengan orang yang betul hehe

Setiap hari perlu perbaiki diri untuk memenuhi kriteria tu supaya boleh masuk ke syurga bersama suami...

setuju, walaupun ini memang bergantung juga kepada upbringing dari kecil. dalam Islam, saranannya begini, tetapi bagi non pula, maybe agak kurang relevan bagi mereka.
apapun, bagi orang Islam, ini merupakan panduan yang praktikal untuk diikuti dan memberi impak.. benda kelihatan remeh dan kecil, tetapi memberi makna yang besar. wahh panjang pula komen

suami isteri memang saling melengkapi..

secara praktikalnya memang kurang sesuai bagi non muslim tapi boleh juga dijadikan panduan asas..

Bertolak-ansur dan saling faham-memahami. Paling penting kena juga perbaiki diri mana yang tak patut tu hehe..tq untuk sharing yang sungguh bermanfaat bagi seorang isteri ni.

Bertolak-ansur dan saling faham-memahami. Paling penting kena juga perbaiki diri mana yang tak patut tu hehe..tq untuk sharing yang sungguh bermanfaat bagi seorang isteri ni.


EmoticonEmoticon