Panduan Untuk Dapat Isteri Ideal

HB nak berkongsi panduan untuk dapat isteri ideal.Ini tidak bermakna para suami yang sudah beristeri tidak memerlukan info tersebut.Namun HB suka nak fokuskan kepada bakal suami yang akan mendirikan rumahtangga setahun dua lagi.Tak akan esok nak kahwin hari ini pulak baru nak mencari isteri ideal.

Maksud ideal adalah luas.Jangan fikir ideal itu sempurna dan terbaik yang tiada cacat dan cela.Mana ada manusia atau makhluk yang tiada kelemahan dan kekurangan.Memang tiada.Sebab Yang Maha Sempurna hanya Allah SWT.Jadi ideal lebih elok kalau HB katakan secocok,sepadan dan sama kepala.Sekarang faham ke?

isteri ideal

‘Siapa terasa dia la makan cili tu’

Berikut adalah panduan untuk dapat isteri yang ideal buat kalian.Tidak semestinya betul seratus peratus.Setakat separuh daripada itu HB dah boleh anggap terbaik dan diyakini keberkesanannya.

1)Nilaikan diri sendiri

Sebelum pandai-pandai nak nilai orang lain apa kata nilaikan diri sendiri dulu.Berapa skala indikator terbaik yang ada pada diri sendiri untuk mendapatkan bakal isteri ideal.Jika rasa (perasan) hensem,baik hati,kuat luar dan dalam serta bertanggungjawab maka silakan buat carian ke terhadap gadis menawan seluruh negara.Sekarang banyak  kemudahan.Salah satu daripadanya ada dalam portal semaniskurma.my

2)Serahkan kepada kepakaran ibubapa

Jasa orang ibubapa terhadap kita sebagai anak sangat besar.Tak ternilai dengan wang ringgit.Mereka membesarkan kita dengan kasih sayang tidak bersyarat.Betul-betul kaw.Betul-betul ikhlas.Sebab itu kita jadi manusia berguna sekarang ini.Jadi dalam pemilihan calon isteri ideal suruh sahaja emak kita yang merisik.Mereka pakar.Kata orang serahkan kepada yang pakar.Insya Allah pemilihan mereka jarang buat silap terutama kepada ibu kita yang ada pegang gelaran ibu mithali.

3)Longgarkan tahap piawaian

Perkara ini sangat berisiko.Hanya mampu digalas oleh suami yang ada ciri-ciri wibawa yang tinggi.Maksud HB ialah calon isteri yang ideal  sudah cukup kalau ada sifat keibuan,taat kepada agama dan orang tua serta boleh dibentuk menjadi isteri solehah.Semua manusia yang boleh berubah.Terpulang berubah nak jadi baik atau sebaliknya.Sebab itu sebagai suami mesti ada wibawa untuk membimbing isteri ke syurga.Seandainya tahap wibawa masih lemah maka wajar pilih isteri yang sedia ada pakej dengan ciri-ciri solehah.Kuranglah risiko kepada suami dalam proses tarbiah isteri.Itu baru ideal namanya.

Kesimpulan dari admin

Apa yang HB kongsikan ini untuk menjelaskan panduan untuk dapat isteri ideal.Jika berlaku kesilapan semasa berkahwin anggap sahaja ia ujian untuk menambah kebaikan kita sebagai suami.Anggap ia sebagai peluang  supaya kita memahami ilmu,kepimpinan dan matlamat kehidupan itu sendiri.

Sekian salam motivasi dan ceria selalu.Jumpa lagi.

 

‘Cara  cepat untuk cukupkan bajet perkahwinan boleh rujuk di SINI

35 ulasan

Tips yang bagus...perlu di sebarkan kepada adik2 yang sedang mencari calon.

Tips no 1 tu memang betul HB. Kadang-kadang kita terlalu mencari kesempurnaan sedangkan hakikatnya tiada yang sempurna kecuali Allah.

ini berlaku juga untuk cari istri kedua tak he he

ramai orang yg nak cari isteri yg perfect tapi tak pernah nak kaji dan cermin diri sendiri dulu...aku rasa tips ni sangat berguna dan amat menarik untuk dikongsikan bersama dengan yang lain...terutamanya bagi yang masih bujang....

:-)) jodoh yan rasanya sekepala

Berkongsi lebih baik untuk para jejaka yg masih bujang..

Opps perkongsian yg baik...

Klu dah ada isteri boleh guna tak tips ni utk isteri ideal lagi satu hehee.. Salam ceria selalu HB.. :)

panduan yang baik.. hehee.. tapi tue la.. awal2 tue kena la cermin diri.. ada yg demand lupa diri sangat pun susah..nak yang perfect sedangkan diri? sendiri mau ingat. haha

Terima kasih sedikit ilmu buat panduan hidup

Pilihla yang betul-betul sayangkan kita. Bukan sebab harta atau pangkat.

ya..adik-adik yang bakal mebcari pasangan masing-masing

kita suka mencari kelemahan orang lain tetapi sedangkan kesilapan itu banyak lagi kepada kita sebenarnya

boleh juga kalau berani..

wow..bestnya..semoga berbahagia hingga ke syurga

opps ..untuk yang dah kahwin atau nak kahwin nie..he..he..

itu mahu tanya dulu dulu dengan isteri pertama..he..he..

saya suka kepada sendiri mau ingat..

kalau dapat jumpa insan yang saling menyayangi atau cinta tanpa syarat.itu.memang terbaik la bro.

Panduan yang baik bagus .. apepun kita hidup saling melengkapi... yang kurang kena di baiki.sesama sendiri..

hu3..jangan masa bercinta je bagai nak rak..tapi bila dah kahwin lain pula jadinya

longgarkan tahap piawaian..i like! hehehe

serahkan keparan pada ibu bapa tu susah sikit.sebab biasanya budak ni berlakon baik depan orang tua.lebih baik nilaikan sendiri

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/kucing-jadi-jururawat.html

mana ada manusia yang tiada kelemahan..

betul tu..itu yang kita tidak mahu berlaku kepada pasangan suami isteri

hu..hu...kira ada tolenrasi kat situ

mungkin sesuai pada sesetengah orang sahaja

Hehehe...hidup berumah tangga ni macam tu la..nak kena saling baiki memperbaiki..

i like this artikel hehe..mungkin kena juga buat artikel panduan untuk dapat suami ideal plak..

Cocok sekali buat para bujang nih, i like this article.

ye ke..terima kasih..boleh juga dipertimbangkan tu.

ya..ya..memang cocok sekali untuk mereka yang masih bujang


EmoticonEmoticon