Mitos 4 Batang Lilin Berbicara

Mitos 4 Batang Lilin Berbicara…Ada beberapa hari HB tak kemaskini blog ini.Maafkan HB kerana kelewatan tersebut.Nak kata sibuk tak juga.Namun memang ada perkara penting yang perlu HB utama pada masa tersebut.Baru-baru HB ada kesempatan untuk mengikuti Seminar Keibubapaan di salah satu pusat pengajian tinggi di Samarahan.Dari situ dapat cedok idea untuk tulis perkara yang berkaitan dengan lilin.

4 batang lilin

Ada 4 batang lilin yang tengah menyala di dalam sebuah bilik.Mereka berbicara tentang manusia yang berada di sekeliling mereka.Jangan hairan cerita ini berkaitan dengan penjimatan elektrik tahap tegar.Selain nak bajet untuk tampung GST penggunaan lillin tak sesuai la.Risiko terbakar sangat tinggi,Jangan cuba lakukan perkara ini dirumah kalian.

Berbalik tentang cerita 4 batang lilin maka amat molek kalau HB buat penceritaan dengan satu persatu.Setiap satunya membawa makna yang amat mendalam.

a)Lilin Pertama

Aku  tak berkenanlah dengan manusia kini.Mereka amat sibuk bekerja.Siang dan malam.Rumah sendiri bagaikan hotel sahaja.Tempat tidur seketika dan langsung tak memperdulikan sesiapa yang berada dalam rumah tersebut.Akhirnya lilin pertama terpadam kerana tiupan angin yang menerpa masuk ke dalam bilik.

b)Lilin kedua.

Aku pun sama la dengan pendapat lilin pertama.Manusia bila dah terlalu sibuk maka leka untuk menunaikan solat 5 waktu.Solat yang dulunya adalah tiang agama namun kini solat  untuk dibuat kat mulut sahaja.Ada yang tertinggal dan ada yang solat namun tiada kekhusyukkannya.Maka lebih baik aku padamkan diri daripada cuba menerangi hati yang tengah gelap.Akhirnya lilin kedua terpadam dengan sendirinya.

c)Lilin ketiga

Nampaknya kita semua sependapat.Aku juga perhatikan ramai manusia sudah obses dengan media sosial.Ditambah pula dengan gajet yang sangat mudah akses ke internet.Sekarang bukan sahaja anak dara atau anak teruna yang terleka dengan media sosial.Ada kaum bapa dan ibu yang beranak kecik pun sanggup memingkirkan anak sendiri berbanding media sosial.Penangan media sosial sebenarya  untuk berkongsi kebaikan bukannya berkongsi kelalaian.Kalau macam ini lebih baik aku padamkan diri.

d)Lilin keempat.

3 batang lilin sudah terpadam.Tiba-tiba anak dara yang berumur 17 tahun masuk bilik.Dia terkejut kerana 3 batang lilin sudah tiada lagi.Lantas lilin keempat diangkat dan digunakan untuk memasang 3 lagi lilin yang lain untuk menyala.Ketika semuanya kembali kepada asal lilin keempat mula bersuara.Sungguhpun kalian kecewa,aku tetap meletak satu harapan.Dengan harapan itu aku percaya bahawa untuk berjaya kita mesti memberi cahaya kepada manusia tanpa syarat,Buat cara ikhlas.

Kesimpulan dari admin,

Seperti HB katakan awal tadi 4 batang lilin berbicara adalah mitos semata-mata-Namun menyampaikan mesej bahawa apa yang berlaku adalah perkara realiti dalam kehidupan sebenar.

Andai kata kalian ingin berjaya jom baca Tips Sangat Luar Biasa Untuk Berjaya.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi.

30 ulasan

keren filosofi 4 lilin nya mas :)

itu cara berhikmah untuk menyampaikan maksud..

Banyak pengajaran cerita ini..
Hidup..harus berbakti dan sentiasa menolong orang.
Berbuat sesuatu biarlah ikhlas.
Tak semestinya pendapat orang lain (saya maksudkan yang 3 lilin pertama tadi) adalah betul dan perlu diikuti. Hidup perlukan pendirian.
Thanks HB.

terima kasih kerana memahami cerita ini..

Cerita yang mengandung makna luar biasa boleh menjadi pengajaran buat kita semua

Kita kena jadi lilin keempat yer...

deep..tapi itulah hakikat sebuah kehidupan kan

Terpikir seketika baca kisah lilin ni...

Kalau keempat-empat lilin terpadam sebelum sempat anak dara tu masuk bilik, jangan putus asa jugak. Kan ada mancis, lighter, penembak api gas dapur untuk hidupkan semula lilin-lilin tu.. Saya faham maksud apa yang cuba disampaikan dalam cerita ni cuma saya mengajak semua blogger dan pembaca blog berfikir di luar kotak. :)

Ilmu itu diibaratkan seperti cahaya lilin. Ianya akan menjadi terang andai ianya disampaikan kepada 'lilin-lilin' yang lain. Namun, jika tidak disampaikan, cahaya berkenaan akan lama-kelamaan hilang begitu sahaja.

Itulah hakikat kehidupan sekarang. Demi masa, sesungguhnya manusia dlm kerugian. Kecuali mereka yg sentiasa berpesan2 dgn sabar. T kasih atas perkongsian dan peringatan ini HB.

semoga ianya menjadi iktibar buat kita semua..

kalau ada yang kelima lagi bagus maa..

hu..hu..betul tu bro

ya..memang patut juga untuk difikirkan

susah-susah pakai sahaja lampu neon bro.

memang sangat dekat maksunya tu bro

saya lebih suka kalau lilin ibaratkan jangka hayat..bila-bila boleh padam

mendalam maksud dia... lilin itu sebagai simbolik perumpamaan sahaja... dalam realiti itulah kita barangkali...

sibuk sibuk juga, tanggungjawab hakiki jangan dilupa..

Wahh..penuh dengan maksud tersirat di sebalik lilin tuh... hurmm...

ha..ha..bijak bro mentafsir cerita ini..

jangan terlalu leka sudah..

harap kalian semua mendapat manfaatnya

wah mendalam bahasa lilin tu. kita jadi manusia, memanglah tak patut putus harapan. mengalah tu seolah-olah putus asa dari yang Maha Pemberi.

wah mendalam bahasa lilin tu. kita jadi manusia, memanglah tak patut putus harapan. mengalah tu seolah-olah putus asa dari yang Maha Pemberi.

kena tiup angin padam lah lilin tu..tapi kalau kita kepung lilin tu insyallah lama bertahan lilin tu

cara bagus jangan pakain lilin..
pakailah lampu neon..


EmoticonEmoticon