Ilmu Pelaris Bisnes Yang Mujarab

Bila sebut ilmu pelaris tentu ada dikalangan kalian mungkin rasa seram sejuk kaki dan tangan.Maafkan HB.Ilmu pelaris yang HB maksudkan di sini bukan ilmu sihir atau guna-guna.Ia adalah satu ilmu psikologi yang popular dalam bidang pemasaran dan perniagaan.Nak tahu lanjut jom baca lagi dan lagi.

Bisnes bidang yang sangat mencabar tetapi menyeronokkan.Pada sesetengah orang bisnes penuh dengan sepak terajang atau teknik tipu daya yang licik.Itu persepsi yang negatif.Pasti HB tak setuju dan tak berkenan.Hakikatnya bisnes adalah bidang yang membolehkan seseorang akan menjadi jutawan.Misalnya bisnes telco seperti BestMobile.

Kuching Preview

Berbalik kita kepada pengisian tajuk pula.HB takut kalau dikatakan tajuk je hebat tapi isi entri hampas.Malu sungguhkan.Memang ilmu pelaris moden tertumpu kepada perkara yang HB kongsikan dibawah.Orang kata sharing is caring dan tertentunya HB sayang penggunjung yang membaca blog ini.Sebab itu nak ‘sharing’ dalam entri yang ada bau –bau pelaris ini.

1)Produk kualiti tinggi

Produk berkualiti tidak semestinya mahal.Ada yang harga berpatutan,Jangan hairan ada produk yang berkualiti diberi secara percuma sebagai teknik pelaris.Sekali cuba nak lagi dan lagi.Kebiasanya diberi percuma dalam bentuk sachet yang kecil dan terhad.

Apabila pelanggan dah tahu kualiti maka ilmu pelaris akan berlaku dengan sendirinya.Produk yang bagus akan mendapat pengulangan pembelian.Cuma tanggungjawab pengeluar  mesti  mementing kualiti terhadap barangan mereka.

2)Layanan kelas pertama

Pembeli akan rasa dihargai jika mereka diberi layanan yang terbaik dan kelas pertama.Dalam soal begini jangan mengukur nilai barangan yang dijual sebaliknya memberi lebih servis kepada para pembeli.Mereka yang terkesan dan berpuas hati pasti datang lagi.Bukan itu sahaja turut memberi promosi viral melalui media sosial.

Wah sungguh beruntung kepada para pengusaha jika soal layanan menjadi keutamaan.Perlu diingatkan juga tidak semua kepuasan pelanggan dapat dipenuhi.Ada cacat celanya.Cuma jangan diperbesaran seperti kesalahan tersebut terlalu berat

3.Promosi tanpa henti

Inilah ilmu pelaris yang mujarab.Promosi dan terus promosi.Biar satu dunia tahu.Tak kisah cepat atau lambat kesannya.Apa yang penting kesan promosi secara berterusan akan meresap masuk dalam minda separa sedar bakal pembeli.Segala tindak tanduk dan cara berfikir akan terpengaruh kerana kesan promosi yang agresif.

Dapat kita lihat sekarang ini promosi oleh restoren ayam goreng uncle janggut putih tidak pernah berhenti.Lihat bagaimana pelanggan yang menggunjunginya tanpa henti juga.Jangan tanya HB berapa untung mereka dalam sehari la ye.

Kesimpulan dari admin

Sekarang kalian boleh faham bahawa ilmu pelaris bisnes bukan terletak jampi serapah dan pengeras.Ia sangat semulajadi kerana berada dalam diri manusia itu sendiri.

Jika ada dikalangan kalian yang belum ada bisnes untuk dijalankan apa kata mula langkah bisnes telco di >>> Groupsbest.net.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di puncak kejayaan.

46 ulasan

Produk yang berkualiti sememangnya akan terjual sendiri apabila kepercayaan pelanggan terhadap produk diperolehi. servis yang bagus juga dapat memuaskan hati pelanggan dan dengan sendirinya mendapat kesetiaan mereka.
namun semua itu tak berguna tanpa promosi yang berterusan ;-D

terima kasih HB kerana penerangan yang cantik

Sokong semuanya, suka ilmu pelaris mujarab hehe. berurusan dengan manusia, sememangnya layanan perlu di utamakan :)

setuju kata yani..berurusan dengan manusia..layanan perlu diutamakan...mulut kena manis..

setuju bab produk mesti berkualiti, ramai orang akan kembali membeli jika produk berkualiti..

Setuju.. produk & perkhidmatan berkualiti serta ikhlas dlm segala urusniaga menjadi pelaris yg paling berkesan. Kehidupan pun pasti akan sentiasa diberkati, in shaa Allah..

Setuju dengan pandangan rakan-rakan lain. Bila produk itu berkualiti, kita tidak memerlukan promosi yang berlebihan kerana ianya akan disebarkan dari mulut ke mulut. Bak kata pepatah, Sharing is Caring.

penerangan yang cantik..hu...hu..lintang pukang ada lah..

sokong semuanya bagusnya!

kalau nak mulut manis..rajin-rajinlah hisap gula-gula..he..he..

produk berkualiti memang pilihan ramai..

ya..tuan ..semuanya dengan izin Allah SWT

penyebaran dari mulut ke mulut dah termasuk promosi walaupun bukan kita yang buat..hu..hu..

Kalau amalkan setiap ilmu pelaris yg HB kasik ni, maka business automatik akan terlaris sendiri.. tambahan pula, memang berkualiti tinggi seta perkhidmatan yg diberikan memang bagus..

betul produk berkualiti ni biasanya customer yang cari seller.

ha..ha..ilmu pelaris klasik..klise ayat tu

ho..ho..itu sudah semestinya

nak pandai sesuatu bidnag mesti ada pengerasnya itu ilmu insyallah akan berjaya hendaknya

kala ilmu pelaris ini bagus majukan perniagaan harap akan kekal lama dan usaha tanpa henti ya.

Ingat kena mandi bunga tadi...hihi..

bisnes memang best, apatah lagi kalau benar-benar jatuh cinta dengan apa yang kita usahakan

Yang pelaris asli ni.. Kena amalkan.. Percuma tanpa sebarang kos..huhu

produk berkualiti pun kalau kurang promosi, pengguna takkan tahu pasal produk tu.tapi kalau promosi besar besaran tanpa kualiti produk, pengguna akan beli sekali je.takde belian kali kedua dan seterusnya.pendek kata (panjang tak kata apa apa pun), kualiti perlu dijaga, promosi mesti di buat betul2

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/keputusan-perak-lawan-jdt.html

produk berkualiti orang dah tak kisah pasal harga , mahal mesti sanggup beli punya.. yang penting services terbaik

Ini betul-betul laris dan boleh diamalkan turun temurun. Janji halalnyer...

pengeras..satu idea yang menarik

usaha tanpa henti adalah kunci untuk berjaya..

mandi air bunga memang best..

wow..jatuh cinta..bagus tu MJ

ho..ho..komen yang bernas..

servis yang terbaik perlukan seni ..

intipatinya yang betul pada hukum agama

Produk yang berkualiti tinggi tak perlukan iklan yang gah..cukup sekadar produk itu sendiri yang 'berbicara'..hihi

satu lagi kalau,ayat dah cantik,gaya dah ada...bau mulut adalah perosak segalanya,bau mulut kadangkala kena jaga..nabi nak berdakwah memang akan mengelak makanan yang mendatangkan bau..takpe spray mulut banyak jual,jangan guna ridsect jer sudah

Kene amalkan ni HB, baru berbondong-bondong customer :)

yang penting kena pandai bersuara.. jgn sampai menikam diri sendiri

ya..itu yang terbaiknya

hu..hu..peringatan keras..jangan spray guna ridsect

betul tu..mesti amal mesti jadi punya

atau suara yang sedap he..he..

kalau pelangan puas hati, insyaAllah sales mencanak naik sampai ke langit.. :-D

nk berjaya dalam perniagaan kena rajin berusaha la. jgan guna ilmu yang salah seperti sihir kerana ingin cepat kaya. kita boleh menghadiri seminar dan bertanya orang yang pakar dalam perniagaan. ia dapat memberi kita ilmu dan teknik teknik untuk berjaya dalam perniagaan. ingat, nk berniaga boleh but kena jaga batas dalam perniagaan

ho..ho..hebat tu..sales mencanak naik

ilmu sihir adalah syirik..jangan main-main ho.ho..


EmoticonEmoticon