Cara Meningkatkan Ghairah Menulis Blog

Cara  Meningkatkan Ghairah Menulis Blog…Maaf ada keghairahan sebagai  ayat pancing kat situ.Bukan niat HB nak manipulasi minda kalian.Ia cuma nak merujuk kepada cara menulis blog.Sebab ada rakan-rakan blogger yang sudah dijangkiti penyakit ‘M’.Mereka mengeluh tahap penyakit ‘M’ yang mereka hidapi sudah masuk ke Fasa 4.Bunyinya macam serius la tu.

ghairah menulis

Hakikatnya menjadi blogger bukan semudah ABC.Blogger ada tugasan penting.Tugas blogger ialah menulis untuk menyampaikan informasi,perkongsian ilmu dan menyatakan pendapatan terhadap sesuatu isu.Pada dasarnya menjadi blogger perlu ada keinginan dan keghairahan untuk terus menulis.

Dalam masa yang sama menulis  bukan perkara yang mudah.Menyusun ayat dan memberi kefahaman terhadap pembaca merupakan satu cabaran yang tidak boleh dipandang sebelah mata.Itu belum masuk soal tatabahasa agar ayat digunakan memberi maksud yang mudah difahamiJadi tidak hairan ada penulis blog yang mampu kemaskini blog hanya seminggu sekali maupun sebulan hanya beberapa kali.

Ho..ho..dah jauh juga mukadimah nie.HB nak kongsikan sedikit cara nak meningkatkan ghairah menulis.Maaf ghairah yang maksudnya bukan gitu-gitu.Harap jangan salah anggap pulak.

1)Berlatih menulis setiap hari

Menulis merupakan kemahiran.Kalau nak mahir mesti berlatih setiap hari.Macam atlit atau ahli sukan.Mereka ada latihan yang konsisten supaya prestasi boleh berada pada tahap optimum.Justeru untuk sentiasa ghairah menulis perlu ada latihan yang seumpamannya  setiap hari.Macam HB, kini masih berlatih untuk menulis meskipun sudah berada dalam dunia blogging sejak tahun 2012 lagi.Jujurnya HB masih tak puas hati dengan kemahiran menulis blog yang HB kuasai tatkala kini.

2)Paksa diri untuk baca buku sebanyak yang mampu

Tahap pembacaan yang tinggi memberi kesan pada tahap pemikiran seseorang.Memang tidak dinafikan orang yang mempunyai sikap suka membaca mempunyai banyak idea.Benak pemikiran mereka dipenuhi idea yang bernas.Lagi luas pembacaan maka lagi hebat tahap penulisan.Sebab itu seseorang yang nak menulis buku perlu membaca buku-buku dalam jumlah yang sangat banyak.Sama juga dengan blogger.Penulisan blog yang berisi dengan ilmu sangat disukai pembaca.

3)Rajin buat blogwalking ke atas blog-blog terbaik

Blog-blog terbaik biasanya sarat dengn ilmu,info dan pengetahuan yang sudi dikongsikan oleh penulis.Dengan kunjungan ke blog tersebut kalian akan mendapat sumber inspirasi untuk terus menulis blog.Tak tulis blog maka tak ada keinginan pulak nak buat blogwalking.Jadi blogwalking akan menjadi pencetus untuk ghairah menullis.Faham tak ayat yang HB tulis nie?Rasa macam berbelit je.Apapun HB anggap ia sebagai satu latihan praktikal minda.

Kesimpulan dari admin,

HB pernah alami sindrom ‘M’ untuk menulis blog.Kekadang minda buntu kerana kesuntukan masa dan keletihan bekerja.HB teringin menjadi blogger sepenuh masa yang ada pendapatan stabil.

Atas sebab peribadi begini HB ghairah menceburi perniagaan telco yang perlukan modal kecil tetapi potensi sangat luas.

Dengan kelebihan hampir tiada risiko dan produk keperluan masa kini HB telah nekad untuk memberi komitmen kepada promosi Bestmobile melalui penulisan blog khas.Sekiranya nak tahu lebih lanjut tentang bisnes tersebut maka HB pelawa kalian untuk singgah sebentar di >>>>[SINI ]

Sekian.Salam motivasi dan jumpa kalian di puncak kejayaan

29 ulasan

Terimakasih tipsnya bagus. Jadi bergairah lagi deh buat ngeBlog.nice post Bro...

Tips menulis setiap hari tu memang berkesan. Kalau dulu mungkin Mek ila ambil masa 1-2 jam untuk menulis entry. Sekarang masa 15-30 minit dah mencukupi untuk hasilnkan entry. Bab touch up je yang masih ambil masa lagi.

hu..hu..sama -sama Gan.

touch up penting agar kelemahan typo dan susunan ayat lebih teratur.

kadang M tu datang pakej dengan tak ada idea...biasanya yan akan buat bw... :-))

tips yang bagus. nombor 2 tu, kalau ulat buku tu mmg tak perlu paksa diri heheh
Menulis dari hati juga memudahkan nak tulis blog. kadang-kadang idea tu datang tak bertempat, contohnya semasa mencuci pinggan di sinki. saya selalu berhenti serta merta untuk tulis nota dan kemudian sambung semula hehehe

bukan mudah nak tulis setiap hari atau nak kekalkan momentum. menulis pun ikut mood je. hehe

Tulis blog pun kena ghairah ye HB...ni kes saya tak ghairah la ni sebab tu blogwalking ja mencari idea bernas...

biasa penyakit M ni...kadang2 tu sampai berbulan2...tu dah tahap nafas atas kepala dah tu... :)..btw...thanks for the tips HB

Betul juga kan.. skrg ni mmg tgh berusaha nak menulis entry setiap hari.. rasanya boleh juga djadikan 1 tips ni.. masa tgh buat entry jgn duk tgk fb, wechat atau wasap.. bila mula tgk bnde lain, entry pun kelaut.. hehehe.. tips yg bagus sekali, tq..

pakej M menang menarik..hu..hu..

idea datang bila-bila masa..memang bagus ia terus datang dan terus tulis

he..he..ghairah menulis blog memang boleh dibentuk

itulah cabaran sebagai blogger..

kalau dah berbulan-bulan tu..agak serius gak penyakit M tu.

fokus tu amat penting la..

kuncinya , banyak membaca ...

pembukanya ialah banyak menulis

Banyak kena belajar dalam dunia blogging ni. Terima kasih atas perkongsian :)

Zumal pun selalu terjebak dengan penyakit M nie...

Saya sedang berusaha untuk menulis tiap hari.
Gairah menulis itu sering muncul apabila uangnya bergairah juga. :)

Blog ini sudah saya tampilkan di blog direktori kitaabah.com. Ini bahasa Melayu ya Mas? Terimakasih

boleh diatasi dengan sikap R

ada uang lagi ghairah gan..

Menulis setiap hari memang suatu cabaran yang begitu sulit. Kadang idea tu tak ada. Membaca salah satu idea yang benar -bernar bernas. Thnaks admin untuk tips yang sangat bermanfaat sekali.

Memang mencabar kadang-kadang nak dapatkan mojo menulis entri tu kan.. nak berlatih hari-hari sangatlah payah.. kite cuba yang terbaik! :D

ya..menulis boleh jadi satu cabaran juga jika dah tiada idea..

kite mesti faham alah tegal alah bisa..

Nampak gaya gua kena beli banyak lagi buku


EmoticonEmoticon