Alahai GST Dah Terasa Bahangnya

Alahai GST Dah Terasa Bahangnya…Golongan berpendapatan tinggi dan sederhana tak akan terasa sangat.Duit mereka cukup dan pasti ada lebihan untuk menampung kehidupan seharian.Cuma golongan miskin dan fakir pasti terasa bahangnya.Dah la tak cukup-cukup dan kini semakin pula terhimpit dengan kos hidup yang semakin meningkat.

GST menyusahkan

‘’kalau dah tak ada duit terpaksa tenung pinggan,garpu dan pisau je la’’

Sebelum GST memang ada cukai lainnya.Namun cukai tersebut tidak mengena semua orang.Ada barangan berbentuk kehendak dan yang tak diperlukan orang miskin.Jadi tak la mereka terkena cukai-cukai tersebut.

Kini golongan berpendapatan rendah yang pergi ke pasaraya akan membeli barangan yang dah dikenakan GST.Harga pasti bertambah.Jarang-jarang ada barangan pengguna yang turun harga.Semakin banyak barang yang dibeli maka semakin tinggi nilai GST yang perlu dibayar.

HB menulis entri ini berdasarkan pendapat peribadi.Tidak bermakna HB menentang pelaksanaan GST yang banyak memberi kebaikan kepada perolehan negara.Secara amnya negara yang banyak duit pasti memberi banyak kelebihan kepada rakyat.Itu sudah pasti walaupun kebenarannya belum tentu.

Apa yang perlu dilakukan oleh golongan berpendapatan rendah untuk menyerap kenaikan kos hidup.Tak lain dan tak bukan bekerja lebih bijak.Cari pendapatan lebih.Kurangkan masa santai dan rehat,tidur serta makan.Itu tabiat yang menyebabkan ramai golongan ini terus kekal selesa dengan hidup miskin.

GST cuma satu sistem yang boleh menyedarkan kita semua bahawa mana mungkin tiada peningkatan dalam dunia ini.Hidup pasti bergerak ke hadapan.Kos hidup lama kelamaan akan meningkat juga.Sumber-sumber makanan akan berkurangan.Tenaga fosil pun berkurangan.Penduduk dunia semakin bertambah.Usia kita bertambah dan jangka hayat pula berkurangan.

Sekarang dapat perasan tak, bahawa ada kitaran hidup nampaknya berlawanan.Ada yang bertambah dan dalam masa yang sama ada juga yang berkurangan.Begitu juga dengan sistem GST.Pertambahan pada harga barangan menyebabkan kuasa membeli berkurangan pada golongan tertentu.Sebab itu golongan wanita khususnya wajib baca entri HB bertajuk Bekerja Dari Rumah Pilihan Terbaik

Persoalannya kini adakah gaji akan naik lebih baik ketika musim GST melanda negara.

Kesimpulan dari admin,

Seandainya kalian sudah buntu untuk mencari pendapatan lebih apa kata baca artikel-artikel yang HB tulis khas dalam blog mrhanafi.com.Baca dan buat tindakan bijak kerana keputusan yang kalian buat boleh mengubah tahap kehidupan kalian.Percayalah.

Sekian.Salam motivasi dan jumpa lagi,

39 ulasan

alhamdulilah setakat nie pendapatan masih stabil...

mulai ya terasa imbas nya GST ini memang merisaukan lagi di Indonesia lebih besar lagi GST ini

betul tu..patutnya bersyukur

Kat Malasyia 6% manakala Indonesia berapa ya..8%?

Kalaulah saya dapat bekerja dari rumah.....

singgah baca entri kat sini..salam kenal utk tuan rumah..

kalau itu yang diimpikan pasti dapat punya!

terima kasih kerana sudi singgah..

Sabarlah... Setiap ujian itu ada hikmahnya. Kini masa untuk istiqamah dan bertindak kerana hikmah darinya tidak akan dapat jika hanya duduk diam dan pot-pet2 sahaja... :)

setiap kesempitan dan kesulitan pasti ada ruang dan peluang. masa GST pakat ramai-ramai cari side income pulak..

Tidur pun x lena

Tidur pun x lena

Memula sblm terlaksananya GST memang tak nampak kesannya, la nih bila dah terlaksana, memang menampakkan kesannya... Memang ada kelainan dalam perbelanjaan harian...

Memang kene cari gak side income kalau nak hidup agak selesa.

Betul, dah melaluinya baru kita terasa macam mana kesannya

Memang best dan menjadi impian ramai orang terutamanya wanita

Mana mungkin tiada kenaikan dlm kos kehidupan bila ada GST ni.. menteri pun senang2 ckp barang turun.. tak baiklah mcm tu. GST mmg bagus utk negara cuma perlaksanaannya pada waktu ekonomi tngh tak elok. Politik pun bukan stabil sgt.. Ramai sangsi duit tu takut ke lain pula... wallahualam...

Zumal pun ada rasa juga bahangnya. Yang murah tu kereta je yang diwar-warkan. Kita tak beli kereta hari2. Kena cari side income jawabnya....

baru 8 hari dh memang terasa bahangnya..memang panas bahangnya...

Betul tu En.Khir Khalid anda telah nyatakan di antara persoalan rakyat Malaysia. GST dilaksanakan tak kena timing sebab muncul masa ekonomi tengah tak elok. wallahualam..

Semua ada kelebihan dan kekurangannya ya HB...Manakala menguntungkan perolehan negara pasti itu dianggap baik, Padahal tidak untuk orang miskin

kalau beli barang sket2 tak la rasa mana klu kena 6% tu. Tapi klu beli amaun yang besar, banyak tuh 6%.
Saya tak rasa langsung ia kebaikan untuk rakyat...

semua orang terasabahangnya baik beli barang secara on line atau tidak sungguh terasa kesannya kepada pengguna.

betul tu bro.sabar amat penting

cara orang positif minda berfikir..cari side income untuk serap GST

tidur tak lena memang parah tu..

yalahkan..semua pasti terasa..

solusi terbaik sekarang ini..

kalau ditarik balik negara pula hilang banyak sumber tahun depan..

kereta je yang murah tetapi kos hidup mahal..tak cun la..

tambahan pula kena dengan musim panas..

betul tu..negara pula cenderung kepada ekonomi kapitalis..

paling kasihan kepada ahli keluarga besar...mesti belanja banyak dan GST punya kena bayar banyak

saya fikir saya sorang yang kena bahangnya..

GST ada sedikit sebanyak belanja jadi sikit duitnya ..lebih banyak beli barang yang penting jer... huhu

@Hanafi Abdullah : Soalnya tak berani mencuba dan saya rasa, ramai yg macam tu..

@Hanafi Abdullah : Soalnya tak berani mencuba dan saya rasa, ramai yg macam tu..

ada hikmahnya juga tu..

susah kenak GST tok..mun beli reload,cgek reload RM 10 harganya RM 10.60 mun beli RM 30 harganya 31.80 aduh ..panas..tok..abu bakar omar alu ilang..


EmoticonEmoticon